January 26, 2017

KATA-KATA AHMAD BIN `AS*IM AL-ANT*AKI


BBB, 26 Rabi`ul Akhir 1438H. =  25 Januari 2017 (Rabu):
Susunan tokoh sufi seterusnya di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyah ialah Ahmad bin `As*im al-Ant*aki. Nama penuhnya ialah Abu `Ali Ahmad bin `As*im al-Ant*aki, Abu `Ali  ialah kunyahnya dan dipanggil juga sebagai Abu `Abdullah. Ia adalah lebih betul menurut al-Sulami di dalam T*abaqat al-Sufiyyahnya. Antara kawan-kawan kesufiannya ialah Bishr bin al-Harith, Al-Sari al-Saqat*i  dan  Al-Harith al-Muh*asibi.  Dikatakan dia berkesempatan melihat Al-Fudhail bin `Iyadh. Adalah Abu Sulaiman al-Darani menamakannya sebagai  `Penyiasat Hati`. Kerana tajam firasatnya.
Kata Ahmad bin `As*im, ``Apabila engkau menuntut pembaikan hati engkau, maka mohonlah sama kepadaNya membaiki lidah engkau.``
Ahmad bi `As*im memetik firman Allah Ta`ala bermaksud;
``Bahawanya  harta kamu dan anak-anak kamu itu fitnah.``  (Al-Taghabun:  15).
Antara pendapat-pendapat yang dipetik  dari `Abdul Rahman al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyah (terlampau ringkas apa yang disampaikan oleh  Al-Qushairy).
Aku mendengar Abu al-`Abbas – Muhammad bin al-Hasan bin al-Khashshab, berkata, aku mendengar Ja`afar al-Khuldi berkata, aku mendengar Al-Junayd berkata, aku mendengar  Ibn Mas`ud al-H*ariri berkata, berkata Abu `Abdullah, Ahmad bin `As*im al-Ant*aki ``Cahaya mata, berlapang dada, wangi hati, elok nafsu daripada empat perkara (terpuji), pernyataan dengan hujah,   bertambah lembut dengan yang dikasihi, berpegang dengan janji dan t*ama`ninah hingga kepada puncak.``
Antara kata-kata Ahmad bin `As*im yang tidak disertai dengan rawi secara lengkap.
Aku mendengar `Ali bin `Abdul Rahman al-Zahid, berkata, berkata Ahmad bin `As*im al-Ant*aki,
``Setinggi manfaat akal apa yang boleh mengenalkan engkau ni`mat Allah Ta`ala kepada engkau dan menolong engkau mensyukurinya, dia juga menentang hawa nafsu.``
Ditanya Ahmad bin `As*im tentang ikhlas, maka katanya, ``Apabila engkau melakukan amalan salih, maka engkau tidak suka menyebutnya dan tidak suka dipuji dari amalan engkau  dan engkau tidak menuntut pahala (ganjaran) dari kerja engkau dari seseorang selain daripadaNya, maka demikian ikhlas amalan engkau.``
Berkata Ahmad lagi, ``Semanfaat tawadhu` yang menafikan dari engkau takbur. Dan aman diri engkau dari dimarahi.``
Dan berkata Ahmad lagi, ``Semanfaat ikhlas, ialah yang menafikn dari engkau riya`, menunjuk-nunjuk  dan berpura-pura buat.``
Berkata Ahmad lagi, Semanfaat faqr ialah apa yang engkau tanggung dengannya dan dengannya engkau redha.``
Kata Ahmad pula, semanfaat amalan ialah yang selamat dari kekejian dan adalah diterima dari engkau.``
Berkata Ahmad,. ``Daripada alamat kurang ma`rifat hamba dengan dirinya ialah kurang malu dan kurag takut.``
Berkata Ahmad, ``Semudharat maksiat ialah ketaatan secara jahil, dan lebih mudharat kepada engkau melakukan maksiat secara jahil.``
Berkata Ahmad, keadilan ada dua, adil zahir pada barang yang antara engkau dengan manusia dan adil batin pada barang yang antara engkau dengan Allah Ta`ala. Dan jalan keadilan ialah jalan yang istiqamah dan jalan kelebihan ialah jalan yang fadhilah.``
Berkata Ahmad, Yakin ialah nur  yang dijadikan Allah Ta`ala di dalam hati hingga dia menyaksikan  dengannya perkara-perkara akhirat, dan mencarik dengan kekuatannya segala hijab antaranya dan antara apa yang di akhirat hingga ternampak kepadanya segala perkara seolah-olah mushahadah dengannya.``
Berkata Ahmad, ``Apabila engkau  menuntut pembaikan hati engkau maka mohonlah bersamanya penjagaan  lidah engkau.``
Berkata Ahmad, ``Beramallah di atas muka bumi seolah-seolah tiada satu yang  lain dari engkau dan di langit  tiada  satu yang lain dariNya.``
Berkata Ahmad, ``Yang berakal ialah yang ta`aqqul tentang Allah dan bermau`iz*ah dan mengenal apa yang memudharatkannya dan apa yang memanfaatkannya.``
Berkata Ahmad, ``Memimpin bagi amalan hendaklah secara ilmu (berilmu), dan imam bagi yang berilmu memberi inayah (perhatian dan pertolongan).
Berkata Ahmad  bin Abi al-Hawari al-Dimashqi, Aku mendengar Ahmad bin `As*im  al-Ant*aki berkata,
``Ini harta rampasan yang didatangi, islahlah dengan apa yang tinggal, diampunkan Allah apa yang berlalu.``
Dengan sanad yang sama di atas berkata Ahmad dengan memetik firman Allah bermaksud,
``Ketahuilah bahawa sesungguhnya harta benda dan anak pinak kamu merupakan fitnah.`` (Al-Anfal:  28).
Tambah Ahmad, sesungguhnya kita makin menambahkan fitnah.
Demikian kata-kata Ahmad, semoga kita mendapat manfaat dari kata-katanya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment