January 20, 2017

PERMATA KATA DARI HATIM AL-AS*AMM


BBB,  20 Rabi`ul-Akhir 1438H. =  19 Januari 2017M. (Khamis):
Adalah dijangka  pada abad ke 4H. telah begitu ramai dengan ulama` sufi dan sumber tokoh dan bahan-bahan kesufian termasuk karangan-karangan dari abad ke 2H hingga 4H. sudah agak banyak,  Maka mulai  akhir abad ke 4H. satu konsep penulisan kesufian timbul, iaitu menyenaraikan tokoh-tokoh dan kegiatan kesufian mereka. Seperti yang dilakukan oleh Abdul Rahman al-Sulami (m. 412H.) dengan karyanya yang berjudul T*abaqat al-S*ufiyyah. Al-Qushairi  (m. 465H.) yang berada pada zaman berdekatan  selepas `Abdul Rahman al-Sulami, memasukkan sebahagian  bagi kitabnya – Al-Risalat al-Qushairiyyah berhubung dengan tokoh-tokoh ini. Mereka dijangka mendapat sumber yang berbagai-bagai, termasuk oleh Al-Qushairi, tetapi dari segi penyusunan tentang tokoh ini yang dikenali dengan `Tabaqat` nampaknya apa yang dilakukan oleh Al-Qushairy, tidak selengkap apa yang disusun oleh Al-Sulami. Tidak nyata dari segi bukti yang bahan-bahan (tokoh-tokoh) di dalam Tabaqat al-Sulami dipindah oleh Al-Qushairy, walaupun antaranya sama dari segi maklumat yang didapati. Selepas dari kedua-dua tokoh ini banyak lagi lahir karya-karya berkenaan tokoh-tokoh kesufian.
Hatim bin al-As*amm  adalah tokoh yang berasal  dari wilayah Khurasan. Hatim  al-As*amm  -  Hatim Tuli,  menuru Al-Qushairy, Hatim sebenarnya  tidak tuli, tetapi dia buat-buat tuli sehingga digelarkan Hatim al-As*amm  (Hatim Tuli).
Nama penuh Hatim ialah Hatim bin `Unwan, dan dikatakan Hatim bin Yusuf – dikatakan Hatim bin `Unwan bin Yusuf al-As*amm, dia dipanggil (kunyah) `Abdul Rahman. Dia dari kalangan awal shaykh-shaykh  dari Khurasan, iaitu dari bahagian negeri Balakh. Bersahabat dengan Shaqiq bin Adham. Dia adalah guru bagi Ahmad bin Khadhrawayh. Dia adalah orang suruhan bagi Al-Muthanna bin Yahya al-Muharibiyy dan berkeluarga serta  mempunyai seorang anak bernama Khashnam bin Hatim. Mati di Bawashajarrad tahun 237H. di  Ribat Ra`su Sarunad di atas sebuah bukit Washajarrad, di Khurasan.
Hatim mempunyai riwayat Hadith yang bersanad kepada Rasulullah s.a.w.
Menmgkhabarkan kami oleh Abu al-Husain, Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Mu`dzin, bercakap kepada kami oleh Muhammad bin Husain bin `Ali, bercakap kepada kami oleh Muhammad bin al-Husain bin `Alwayh, bercakap kepada kami oleh Yahya bin al-Harith, bercakap kepada kami oleh Hatim bin `Unwan al-As*amm, bercakap kepada kami oleh Sa`id bin `Abdullah al-Mahiyani, bercakap kepada kami Ibrahim bin T*ahman  Naisabur, bercakap kepada kami oleh Malik daripada Al-Zuhri daripada Anas, bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: Bersolatlah solat Dhuha, kerana dia adalah solat berkebajikan (al-abrar). Dan hendaklah engkau beri salam apabila engkau masuk ke dalam rumah engkau. Dia menambahkan kebaikan bagi rumah engkau.``
Ini adalah sebagai bukti dan hujah tentang sunnah melakukan solat duha dan didikan serta  galakan supaya kita memberi salam, termasuk apabila hendak masuk ke rumah sendiri sekalipun
Banyak lagi ungkapan-ungkapam yang dicatat dari Hatim al-As*amm, tetapi di sini  tidak dicatatkan rawi-rawi sepenuhnya kerana panjang. Hanya diambil rawi sebelum matan sahaja. Antaranya:
Berkata Ahmad bin Sulaiman al-Kafrashilani berkata, Aku dapati di dalam kitabku, daripada Hatim al-As*amm, bahawasanya dia berkata:
``Siapa yang masuk di dalam madzhab kami ini, maka hendaklah dia jadi pada dirinya empat perkara kematian: Kematian putih, kematian hitam, kematian merah dan kematian hijau.
Mati putih bermaksud lapar
Mati hitam menanggung  gangguan disakiti manusia
Mati merah  meyalahi dari nafsu
Dan mati hijau menghendarkan kemarahan kepada manusia.
Berkata Hatim al-As*amm, gopoh adalah sifat syaitan, melainkan pada lima perkara:
Memberi makan apabila hadir  tetamu
Memnguruskan mayat apabila berlaku kematian
Merakamkan dapatan fikiran  apabila terilham
Tunaikan hutang sebagai kewajiban.
Dan taubat dari dosa apabila berdosa.
`Abdullah bin Sahl, berkata, ``Aku mendengar Hatim al-As*amm berkata: `Siapa yang berpagi-pagi secara istiqamah dalam empat perkara, nescaya ia mendapat redha Allah, iaitu:
Pertama Percaya (thiqah) dengan Allah, kemudian tawakkal, kemudian ikhlas, kemudian ma`rifat. Dan semua perkara ini menyempurnakan ma`rifat.``
Berkata Hatim: Dikenali ikhlas ialah dengan istiqamah, dan istiqamah dengan raja`,  dan raja` dengan kemahuan (al-iradah) dan kemahuan dengan ma`rifat.
Berkata Hatim, Asal taat tiga perkara iaitu, takut, harap dan kasih
Dan asal ma`siat tiga perkara, iaitu takabbur, tamak dan hasad.
Berkata Hatim, tuntut bagi diri engkau empat perkara:
Beramal salih tanpa riya`, mengambil dengan tidak tamak, memberi dengan tidak mengharap (balasan)  dan  menyimpan dengan tidak  kedekut.
Berkata Hatim, Apabila engkau menyuruh orang berbuat baik, maka hendaklah juga diri engkau terlebih  aula dan lebih berhak, buatlah apa engkau suruh dan tinggallah juga apa yang engkau larang.
Berkata Hatim, berhematlah pada tiga perkara, apabila beramal, ingatlah Allah melihat engkau,, apabila bercakap ingatlah Allah mendengar engkau dan apabila diam  ingatlah Allah mengetahui apa yang di dalam diri engkau.
Demikianlah berbagai permata  yang  dapat dipetik dari kata-kata mendalam dari Hatim al-As*amm.

Sekian.

No comments:

Post a Comment