January 30, 2017

ABU `UTHMAN SA`ID AL-HIRI: PESANANNYA


BBB, 01 Jamadil-Awwal 1438H. =  29 Januari 2017M. (Ahad):
Tokoh sufi seterusnya ialah `Uthman Al-Hiri  yang nama penuhnya ialah Abu `Uthman , Sa`id bin Ismail bin Sa`id bin Mansur al-Hiri al-Naisaburi. Dia berasal dari Al-Ray. Dia bersahabat dengan Shaykh al-Karmani, Yahya bin Mu`adz al-Razi. Kemudian dia pergi ke Naisabur bersama Shah al-Karmani dan berguru dengan Abu Hafs* al-Haddad dan mengambil tariqat darinya, bahkan diperisterikan `Uthman dengan anaknya. Dia hidup selepas Abu Hafs* lebih kurang tiga puluh tahun. Abu `Uthman meninggal pada tahun 298H. Dia adalah satu-satunya shaykh t*ariqat pada zamannya. Darinya tersebar tariqat yang dipimpinnya di Naisabur.
Abu `Uthman al-Hiri mempunyai sanad dan riwayat Hadith  kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh Sa`id bin `Abdullah bin Sa`id bin Ismail berkata, `Aku dapati dalam kitab datukku, Abu `Uthman dengan tulisan tangannya, bercakapkan kami oleh Abu Salih, Hamdun al-Qassar, sahabat kami berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Yahya al-Naisaburi, bercakap kepada kami Qutaibah bercakap kepada kami `Anbar daripada Ash`ath daripada Muhammad daripada Nafi` daripada Ibn `Umar berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa mati dan di atasnya kewajipan menunaikan puasa bulan Ramadhan, maka hendaklah memberi makan oleh walinya tiap-tiap hari kepada orang miskin. (Aku melihat,  akan Hadith ini dengan tulisan Abu `Uthman di dalam kitabnya).
Kata Al-Qushairy,
``Aku mendengar Muhammad bin al-Husain r.h.a. berkata, aku mendengar Abu `Amrin bin Hamdan berkata, aku mendengar Abu `Uthman berkata,``Tidak sempurna iman seseorang hingga mengimbangi di hatinya empat perkara: Menegah dan memberi serta kemuliaan dan kehinaan.``
Berkata Abu `Amrin bin Hamdan berkata, aku dapati pada kitab bapaku, aku mendengar Abu `Uthman berkata, ``Asal perseteruan iu tiga perkara: Daripada tamak kepada harta benda, tamak pada memuliakan (angkat) manusia dan tamak bagi mendapat penerimaan manusia.``
Abu `Uthman al-Hiri berkata, ``Memperbaiki hati pada empat perkara, bertawadhuk diri bagi Allah, faqir kepada Allah, takut daripada Allah dan mengharapkan kepada Allah.``
Didengar `Uthman al-Hiri berkata, ``Yang mendapat muwaffaq dari Allah, ialah orang yang tidak takut selain daripada Allah, yang tidak mengharap selain daripada Allah, ia memberi kesan pada keredhaannya lebih dari hawa nafsunya.``
Kata `Uthman, `Ujub ialah datang dari mengkagumi diri dan menmyebutnya dan melihat makhluk dan menyebutnya.``
Didengar dari `Uthman al-Hiri berkata, ``Takut ialah dari Allah lantaran hubungan engkau dengan Allah, takabbur dan `ujub pada diri engkau memutuskan engkau daripada Allah. Merendahkan manusia pada diri engkau ialah penyakit yang besar yang sukar mengubatinya.
Didengar Abu `Uthman al-Hiri berkata, ``Manusia menurut akhlak mereka selama dia  tidak menyalahi  hawa nafsu mereka, apabila mereka menmentangnya menyerlahkan sifat-sifat mulia daripada sifat-sifat yang hina.``
Abu `Amrin bin Mat*ar berkata, aku mendengar Abu `Uthman berkata,, ``Siapa tinggi kadarnya pada dirinya, tinggilah kadar manusia pada sisinya, siapa yang kecil qadar pada dirinya, kecil pula kadar manusia pada sisinya.``
Ahmad bin Yusuf berkata, ``Aku mendengar Abu `uthman berkata,``Mulialah mereka dengan kemuliaan Allah agar kamu tidak dihina.``
Berkata Abu `Uthman al-Hiri, ``Gembira engkau dengan dunia  menghilangkan gembira engkau dengan Allah di dalam hati dan takut engkau dengan yang lain menghilangkan takut engkau daripadaNya di dalam hati dan harapan engkau kepada yang lain darinya menghilangkan harapan engkau kepadaNya di dalam hati engkau.``
Berkata Abu `Uthman, ``Yang berakal ialah yang bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu peristiwa terhadap dirinya.``
Berkata Abu `Uthman, ``Satu potong dari kejahatan cukup mendorong kepada kecelakaan.``
Katanya lagi, ``Haqq bagi orang yang dimulia Allah dan ma`rifat bagi yang tidak dihina dengan ma`siat.
Berkata Abu `Uthman, `` Adab sandaran bagi kalangan fuqara` dan hiasan kalangan yang berada.``
Berkata Abu `Uthman, Allah memperuntukkan kemaafan  terhadap hamba yang cuai, sebagaimana firmanNya bermaksud:
``Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat. Bahawasanya siapa di antara kamu melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.`` (Al-An`am: 54).
Berkata Abu `Uthman, ``Zuhud pada yang haram adalah fardhu, pada yang harus adalah kelebihan dan pada yang halal adalah pendekatan (qurbah).``
Berkata Abu `Uthman,  ``Sabar dengan ketaatan hingga tidak terluput taat dan sabar daripada ma`siat engkau berjaya daripada terjatuh ke dalam kejahatan dari ma`siat.``
Berkata Abu `Uthman, ``Engkau dalam penjara selama engkau mengikut nafsu engkau bermaharajalela, apabila engkau menentangnya engkau selamat dan istirahah.``
Disoal Abu `Uthman, apa alamat bahagia dan celaka, maka katanya alamat bahagia engkau taat kepada Allah, dan takut ditolak dan alamat celaka engkau melakukan ma`siat terhadap Allah dan mengharap diterima Allah.``
Dan berkata Abu `Uthman, ``Siapa yang bersahabat dengan dirinya membawa kepada `ujub dan siapa yang bersahabat dengan auliya` Allah diberi taufik sampai kepada jalan Allah.``
Demikian sebahagian daripada pesanan `Uthman al-Hiri al-Naisaburi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment