BBB, 25 Rabi`ul-Akhir 1438H. = 24 Januari 2017M. (Selasa):
Tokoh sufi yang disusun oleh Al-Qushairy di
dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya seterusnya ialah `Abdullah bin Khubaiq al-Ant*aki yang
nama lengkapnya menurut Al-Qushairy dan
Al-Sulami ialah Abu Muhammad `Abdullah bin Khubaiq al-Ant*aki dengan kunyahnya
Abu Muhammad. Dia dari kalangan zuhhad
sufi. Bersahabat dengan Yusuf bin Asbat* yang juga dari kalangan zuhhad
sufi. Amat prihatin berhubung dengan makanan halal dan haram dan wara` dalam
segala ahwalnya. Dia berasal dari Kufah dan termasuk orang yang berpindah ke
Ant*akiah. Dia mengikut t*ariqat al-Nuriyyah dari segi tasawuf dan bersahabat
dengan sahabat-sahabat sealiran.
`Abdullah bin Khubaiq mempunyai sanad
Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
``Bercakap kepada kami `Umar bin Ahmad bin
`Uthman al-Wa`iz* di Baghdad, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin
Sa`id, bercakap kepada kami Yusuf bin Musa, bercakap kepada kami `Abdullah bin
Khubaiq, bercakap kepada kami Yusuf bin Asbat*, bercakap kepada kami Habib bin
Hassan daripada Zaid bin Wahab daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata, bersabda
Rasulullah s.a.w. Dia yang benar lagi dibenarkan bermaksud:
``Bahawa kejadian tiap kamu dihimpunkan pada perut ibunya empat
puluh hari ....`` Disebut Hadith.
Sebuah lagi Hadith bersanad dengan sanad
antaranya `Abdullah bin Khubaiq hingga kepada Rasulullah s.a.w. ialah:
Mengkhabarkan kami oleh Abu `Amrin bin
Mat*ar, bercakap kepada kami oleh Abu Hafs* `Umar bin `Abdullah bin `Umar
al-Bah*rani, bercakap kepada kami `Abdullah bin Khubaiq, bercakap kepada kami
oleh Yusuf bin Asbat*, bercakap kepada kami oleh Sufyan al-Thauri daripada Muhammad
bin Juh*adah daripada Qatadah, daripada Anas, ``Bahawa Rasulullah s.a.w.
berkeliling mendatangi isteri-isterinya,
ini, kemudian ini, kemudian dia mandi daripadanya dengan satu kali mandi.``.
Fath bin Shaghraf, berkata, bercakap
kepadaku oleh `Abdullah bin Khubaiq,
pertama kali aku menemuinya, maka dia berkata, Wahai Khurasani, sesungguhnya
ada empat perkara perlu diberi perhatian iaitu, mata engkau, lidah engkau, hati
engkau dan hawa nafsu engkau.
Lihat kepada mata engkau dan jangan melihat
kepada yang tidak halal, dan lihat kepada lidah engkau dan jangan berkata
dengannya sesuatu, Allah tahu apa kelainan di dalam hati engkau , dan lihat
kepada hati engkau dan janganlah ada padanya
sombong dan hasad kepada seseorang daripada orang muslimin dan lihat
kepada hawa nafsu engkau sehingga dia tidak
cenderung pada melakukan kejahatan. Apabila tidak ada pada hati engkau empat perkara ini, maka simbahlah
dengan debu ke atas kepala engkau. Engkau sebenarrnya menderita.
Kata
`Abdullah bin Khubaiq, jangan risau dengan apa yang berlaku pada diri
engkau esok dan jangan sukacita melainkan dengan perkara yang mensukacitakan
engkau esok.
Berkata `Abdullah lagi, `Keliaran hamba dari Haqq, meliarkan hati,
dan lupa dengan Tuhan, tidak melalui seseorang melainkan dengannya.
Katanya lagi ``Sebaik-baik takut ialah yang
menyekat engkau dari melakukan maksiat dan memanjangkan duka engkau dari apa
yang telah luput daripada engkau, lazimkan berfikir di kelanjutan umur engkau,
ambil manfaat dari al-raja` apa yang
mnyenangkan engkau lakukan.
Dia juga berkata, `lama mendengar perkara
bat*il memadamkan kemanisan taat dari hati.
Berkata `Abdullah bin Khubaiq al-Ant*aki,
``Apabila mendekati seorang lelaki yang
membaca (Al-Qur`an) melakukan maksiat, maka berkata Al-Qur`an yang di dalam
dirinya, ``Apakah yang engkau tanggungkan padaku ?``
Dan didengar daripadanya berkata, ``Allah
menjadikan hati tempat bagi berdzikir, maka dia juga boleh jadi tempat syahwat. Tidak terhapus syahwat
daripada hati melainkan ketakutan yang
menggoncangkan atau kecintaan yang memesrakan.``
Ja`afar bin Muhammad bin Sawwar berkata,
aku mendengar `Abdullah bin Khubaiq berkata, ``Bagi setiap saudagar mempunyai
modal dan modal bagi periwayat Hadith ialah kebenaran.``
Berkata `Abdullah, ``Siapa berkehendak menjadi kaya di dalam kehidupannya, maka
janganlah tamak hatinya.``
Berkata `Umar bin `Abdullah al-Bah*rani,
aku mendengar `Abdullah bin Khubaiq berkata,
``Sekiranya seseorang mampu mendahului dari
yang lain kepada `Tuannya`, maka silakan, tapi jangan memberi sebarang kesan negatif kepadanya.``
Kata `Abdullah, ``Janganlah terlampau perhati,melainkan
sesuatu yang memberi mudharat kepada engkau esok dan jangan terlampau
bergembira dengan sesuatu, melainkan sesuatu yang menggembirakan engkau esok.``
Dia berkata, ``Alamat baik hubungan (ulfah) tidak banyak khilaf. Dan
banyak menunjuk kepada perkara yang ma`ruf.``
Berkata `Abdullah lagi, ``Sebaik takut
ialah apa yang menghalangkan engkau dari maksiat dan panjang duka terhadap
perkara yang luput, lazimkan berfikir semasa umur masih berbaki.``
Berkata `Abdullah, ``Keliaran hamba dari
perkara yang benar, meliarkan darinya hati dan melupai Tuhan. Lazimkan dirimu
dengan kebenaran, nescaya mendekati dirimu setiap orang.``
Berkata `Abdullah, ``Sebaik-baik harapan
`al-raja`` apa yang mudah bagimu lakukan
bagi mendapat apa yang engkau harapkan.``
Berkata `Abdullah, ``Ikhlas amal lebih penting
dari amal itu dan amal melemahkan lawan (tak beramal).``
Dan katanya lagi, ``Mendengar kebat*ilan
berlamaan memadamkan kemanisan taat dari hati.``
Demikianlah pesanan dari `Abdullah bin
Khubaiq yang dapat direnungi dan dihayati.
Sekian.
No comments:
Post a Comment