November 7, 2017

40 TAHUN BANDAR BARU BANGI : PENCAPAIAN DAN KEMAJUAN - RUMUSAN


BBB, 17 Safar 1439H. = 06 November 2017M. (Isnin):
Selaku Pemidato pada sambutan 40 tahun Bandar Baru Bangi (BBB), malam 4 November 2017M, Penulis memperturunkan apa yang telah Penulis sampaikan pada malam tersebut secara rumusan.
1)      Pengumuman Kampus UKM Dan BBB



Pada tahun 1972 Tun Abdul Razak Canselor UKM yang juga Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Bangi menjadi pilihan bagi Kampus tetap UKM. Keluasan kampus ialah 2,709.2 elar. Seluas  5,118 ekar di Bangi diplilih menjadi kawasan perumahan dan perbandaran sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM dan sebaliknya. Pada 1975 kerja-kerja tanah dimulakan di BBB. BBB dimajukan oleh Pebadanan  Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).



2. Pembinaan Bangunan
 Dari tahun 1975 hingga 1995 perumahan dibina  secara berperingkat-peringkat  bermula (seksyen) 1 &16, 2 hingga 4, kemudian diikuti fasa 5 &6. Manakala Fasa 7, 8 dan 9 lewat dari pertengahan 1990an. Fasa 9 menjadi pusat Bandar. Fasa 10 & 11 kawasan industri, manakala fasa 12 &13  ialah kawasan agensi-agensi kerajaan, di sebelah kanan highway ke Seremban.Manakala seksyen 14 & 15 ialah kawasan West Country dan  (15) sebelah kiri ke Tol Bangi. Perancangan pembinaan melibatkan:

11,040  unit kediaman
     308   unit kedai
       43   unit kilang
01      kompleks pejabat (Pejabat Daerah).
82   ekar kawasan lapang
Penduduk mulai mendiami perumahan kediaman apabila kunci dikeluarkan oleh PKNS pada 30 November 1977 – khusus bagi Fasa Satu yang mula-mula berpindah.
3)       Gaya Hidup Islam
Dari awal perpindahan penduduk memilih budaya dan cara hidup Islam. Meskipun pada permulaan tidak ada surau dan masjid, mereka berusrah dari rumah ke rumah berjamaah. Mereka ke Kajang untuk berjumaat. UKM, sebelum didirikan masjid (siap 16 April 1982) menjadikan beberapa tempat bangunan seperti di ruang terbuka dan perpustakaan untuk bersolat Jumaat. Untuk memenuhi keperluan penduduk pihak PKNS membenarkan  sebuah rumah semi D di No. 6 Jalan 1/3G dijadikan surau. Ini merupakan pertama kali surau di BBB dan mula digunakan pada 6 Ogos 1978 bersamaan 1 Ramadhan 1398H. Pertambahan surau berlaku dengan bertambahnya seksyen-seksyen sehingga ada yang melebihi dua surau bagi satu seksyen. Kini BBB mempunyai hampir 50 surau dengan sebuah Masjid – Al-Hasanah (Dirasmikan 4 Zulhijjah 1420H. = 10 Mac 2000) dengan satu lagi masjid bakal digunakan (Masjid Al-Umm). Kesemua surau dan masjid giat dengan pengimarahan.
4)      Lahirnya Persatuan Penduduk
PKNS Dan Lahirnya Persatuan Penduduk menjadi faktor penting kemajuan BBB. Persatuan penduduk bermulanya dari adanya badan kebajikan yang ditubuhkan pada 4 Februari 1978 bertempat di Kedai Satu tingkat Jalan 1/1A, BBB dengan tujuan menyalurkan pengaduan dan kerosakan rumah, perparitan, kebersihan dan sebagainya. Dari Badan Kebajikan ini meningkat menjadi Persatuan Penduduk BBB.  Yang Dipertua pertama ialah Tuan Haji Omar Ja`far (1978- 19981), Kedua Tuan Haji Banhawi Mohamed (1982-1990), Ketiga Dr. Taul Ariffin Noordin  (1990-2012) dan kini Haji Sufi Muasir (2012 – Kini).
Persatuan Penduduk amat penting menjaga kepentingan penduduk, menjadi penganatra antara penduduk dengan MPkj dan agensi-agensi yang lain. Antara kejayaannya.



Menubuhkan koperasi penduduk yang mempunyai rangkaian premis perniagaan dan mempunyai aset berpuluh juta. Koperasi Penduduk BBB ditubuhkan pada bulan Julai 1985 dan diterima pendaftarannya pada  18 September 1985.kini dipimpin tokoh berpengalama Tan Sri Dato` Haji Mohd. Nor Ismail.
Persatuan penduduk juga melibatkan diri dalam bidang pendidikan sejak dari awal penubuhannya dan kini mempunyai sebuah kompleks Pendidikan Islam (KPI) 2 blok tiga tingkat.
5)      Pusat Pentadsbiran
 Bangi terkenal sebagai Pusat Pentadbiran Hulu Langat, khususnya selepas perpindahan Pejabat Daerah dari Kajang ke Bangi yang dirasmikan bangunannya oleh DYMM Sultan Selangor pada 25 Mac 1999. Berikutnya kesemua jabatan berpindah ke Bangi kecuali MPKj dan Syabas.
Seksten 12 misalnya dipenuhi berbagai-bagai agensi kerajaan dan Pusat-Pusat Latihan contoh Jabatan Kajian Tanah, Pusat Penyelidikan Kelapa Sawi, Penyelidikan Petronas (PERMATA), Kajian Pos,, Mara, Pusat Latihan Orang Cacat,, Latihan berbagai Bank, Latihan Sukan dan berbaga-bagai agensi lagi.
6)      Lonjakan Kemajuan
 Lonjakan pembangunan berlaku dan Bangi berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan  pada akhir 1990an dan awal 2,000, itu dengan penyambungan jalan highway  KL-Johor Baru, Pembukaan KLIA mulai 1997. Berikut dari itu di pinggir Bangi terbinanya Puterajaya (2001) sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Di Bangi sendiri terbukanya Hentian Kajang-Bangi pada awal 2,000. Bangi Melonjak maju dengan pertambahan premis  perniagaan dan rangkaian jalan. Penduduknya bertambah  melebihi 100,000. Lokasi yang paling maju ialah seksyen 7, 8 dan 9 yang dibangunkan pada akhir 1990an dan menjadi pusat bandar bagi BBB. Bangi melonjak maju dan menjadi pilihan penduduk.



Untuk  kemajuan mendatang Bangi wajar diperluaskan menjadi  `Greater Bangi`  dengan menjadikan Bangi nerangkumi  Pekan Bangi, Bandar Seri Putera, Bandar Bukit Mahkota,, Sungai Ramal dan Sungai Merab bahagian dari Greter Bangi`
7)      Perubahan Landskap Politik
Pada  1999 berlaku perubahan landskap politik di Bangi, kalau sebelum ini  Bangi dikuasai oleh BN, maka pada tahun 1999 Bangi yang terletak di bawah Dun Kajang dimenangi oleh Pas. Ia merupakan satu kejutan politik. Meskipun pada tahun 2004 Bangi yang mulai menjadi DUN kembali kepada BN, namun pada pilihanraya 2008 Pas memenangi kawasan Bangi dan kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri dar PAS, PKR dan DAP. Kekuasaan dapat dikekalkan hingga kini. Ini bererti perubahan yang berlaku  cukup disenangi rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan dan kemajuan yang disokong rakyat.
8)      Pertambahan Pusat Pengajian Tinggi
Satu ciri yang istimewa bagi Bangi, bahawa dalam masa Bangi meningkat maju turut bertambah pusat-pusat pengajian tinggi di Bangi dan sekitarnya hingga awal 2000 terdapat 18 buah pengajian tinggi seperti UKM, UPM, Malaysian-France Institut (Universiti Kuala Lumpur), Malaysian-German Institut,  Universiti Multimedia, Universiti Tenaga nasional,Universiti Infrastruktur,Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Nilai, Kampus Cawangan Nottingham University, Lim Kok Weng University , Cawangan Manipal University dan lain-lain, di samping itu terdapat berpuluh-puluh pusat penyelidikan, antaranya Pusat Penyelidikan Atom, Pusat Penyelidikan Tanah, Puaat Penyelidikan Kelapa Sawit, Pusat Penyelidikan Petronas dan berbaga-bagai lagi,. Selain daripada itu terdapat pula pusat-pusat latihan seperti Latihan Pos Malaysia, Pusat Latihan Bank-Bank, Pusat Latihan Sukan, Pusat Latihan Islam  dan sebagainya.  Jadi Bangi dan sekitanya semarak dengan Ilmu.
9)      Bangi Bandar Ilmu
Memandangkan Bangi dan sekitarnya begitu banyak dengan universiti, pusat-pusat penyelidikan dan pusat-pusat Latihan atas nisiatif ADUN Bangi (2008-21013) Bangi dislogankan sebagai `Bangi Bandar Ilmu, bagi melonjakkan Bangi dengan ilmu sesuai dengan kedudukan diwujudkan akibat dari wujudnya pusat pengajian tinggi dan wujudnya berbagai-bagai institusi sebagaimana telah disebutkan.



Sebagai puncaknya perasmian Bangi Bandar Ilmu telah dilakukan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor pada masa itu di Kolej Universiti Islam Antarabangsaa Seri Putera  pada 22.6.2008. Berikut dari itu Bangi dikenali sebagai `Bangi Bandar Ilmu`.
10)   Maju Alam Sekitar
Sesuai Bangi sebagai Bandar Ilmu yang maju, maka imejnya hendaklah ditonjol secara positif. BBB hendaklah baik dan menarik dari segi alam sekitarnya. Bangi  sewajarnya menjadi bandar di dalam taman dengan kawasan menghijau dan dihiasi dengan taman-kaman, mempunyai persekitaran yang bersih dan menarik. Ada kawasan riadhah dan rekreasi. Tasiknya dijaga, demikian juga dengan sungai-sungainya hendaklah dipelihara dan dipertingkat dan mempunyai daya tarikan.
Sebagaimana UKM tekenal  sebagai sebuah universiti terkemuka di tanahair dan di dunia, Bangi sudah berdaya maju dan mempunyai imej yang positif, tetapi banyak lagi ruang dapat dipertingkatkan
Bersambung  ... tentang cabaran.

Sekian.

No comments:

Post a Comment