BBB, 16 Safar 1439H. = 05 November 2017M.
(Ahad):
Bandar Baru Bangi (BBB) mula dihuni 30
November 1977. Kini genap 40 tahun usia BBB. Sempena 4 dekad BBB dihuni, Persatuan
Penduduk BBB mengadakan Karnival Sambutan 40 Tahun BBB (2017) dengan acara
puncaknya malam ini Sabtu 04 November 2017M bersamaan 15 Safar 1439H. iaitu ``Malam
Bangi Bersolawat`` bertempat di Medan PKNS, Bandar Baru Bangi dari jam 8.30
hingga 11.00 malam.
Upacara malam ini diisi dengan Solawat dan
Qasidah, Deklamasi Sajak 40 tahun BBB, Pidato Sambutan Ulang Tahun ke 40 BBB
dan Tayangan Montaj mengenai
Perkembangan BBB dan dipuncaki dengan
Ucapan Perasmian oleh Wakil YAB Dato`
Seri Mohd Azmin Ali Menteri Besar Selangor dan diakhiri dengan nasyid. (Sambutan
sedemikian pernah dilakukan Persatuan
Penduduk Sempena 30 Tahun BBB pada 30 Julai – 01 September 2007).
Sebelum majlis bermula yang acara dikendalikan oleh saudara Shamsul
Ghau-Ghau menjemput Tuan Haji Sufi Munasir Yang Dipertua Persatuan Penduduk BBB
(Bangiku) menyampaikan ucapan alu-aluan dan terima kasih terhadap kehadiran
para tamu jemputan dan orang ramai yang memenuhi medan dan ruang lapang PKNS.
Antara yang hadir ialah Senator Dr. Muhammad Nor Manuty Wakil Dato` Seri Menteri Besar Selangor yang juga sebagai Pegawai Dasar Agama
kepada YAB Dato` Seri Menteri Besar Selangor, Tan Sri (Dr.) Mohd Nor Ismail
Pengerusi Koperasi Bangi (Ko-Bangi) dan Dr. Shafie Abu Bakar Mantan ADUN
Kajang-Bangi yang juga sebagai Pemidato.
Dalam ucapannya Senator Dr. Muhammad Nor
Manuty mengimbau kenangan peringkat
permulaan BBB baru dibuka.
Menurutnya pemilihan oleh Tun Razak Perdana Malaysia Bangi sebagai kampus UKM
dengan BBB sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM adalah tepat, walaupun pada
permulaan kurang respond dari orang ramai. Menurut Dr. Muhammad Nor, hartanah
pada peringkat awal murah, dia membeli tapak bagi lot bungalonya hanya dengan
RM2.35 sekaki persegi yang menjadikannya penduduk tetap BBB.
Merujuk kepada hasrat Tun Razak yang mau
Bangi menjadi `Bandar Orang Melayu maju`
berjaya. Menurutnya , selepas beberapa dekad kita lihat Bangi dapat mencapai
hasrat yang diingini oleh Tun Razak. Bangi mendekati kemajuan yang dicapai oleh
Shah Alam dan mengharapkan penduduk Bangi terus mempertingkatkan daya maju
mereka.
Beliau juga berpendapat bahawa hasrat Bangi
menjadi `Bandar Ilmu` adalah menepati dengan apa yang dikehendaki oleh Islam di
mana penduduknya kebanyakannya mereka yang
terlibat dengan ilmu. Kebanyakan penduduknya bekerja dengan universiti dan
sebahagian pelajar tinggal di BBB.
Sementara penduduknya menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Bumi Bangi
diselangi kawasan penduduknya dengan surau-surau yang jumlah menghampiri lima
buah surau. Baik masjid dan surau-surau adalah diimarahkan dengan ibadat,
kegiatan ilmu, kebajikan dan kemasyarakatan.
Menurut Dr. Muhammad Nor Manuty, beliau
berpendapat Bangi adalah menepati apa yang digaris oleh Ibn Khaldun di dalam kitab Muqaddimahnya sebagai Bandar `Umran al-Hadhari atau disebut oleh Al-Farabi sebagai Bandar
Unggul di dalam kitabnya Al-Madinah
al-Fadhilah – Bahkan katanya menepati dengan maqasid al-shari`ah dan apa yang dimaksudkan sebagai - Baldah Tayyibah wa Rabbun ghafur.
Berhubung dengan motto `Bangi Bandar Ilmu
adalah tepat dengan kedudukan dan situasi Bangi yang berorientasikan ilmu.
Beliau bersetuju motto ini menjadi identiti dan lambang bagi BBB seperti di
Pasang pada tanda arah lebuh raya
mengarah ke Bangi dan juga di Bangi ini sendiri di mana yang bersesuaian.
Memberi respond kepada beberapa cadangan
pemidato sebelumnya, Dr. Muhammad Nor Manuty bersetuju dengan hasrat murni
Bangi diperluaskan sebagai Bandar Ilmu dan Pentadbiran, iaitu dengan
menjadikan seluruh kawasan selatan
Selangor bersempadankan Nilai sebagai `Greater Bangi`. Termasuk di bawahnya
Pekan Bangi, Bandar Seri Putera, Bukit Mahkota, Sungai Ramal dan Sungai Merab
bersempadankan Puterajaya. Kawasan Greater Bangi diharap muncul sebagai Bandar Ilmu, Bandar Pentadbiran dan
Bandar maju.
Berhubung dengan Bangi sebagai Bandar Taman,
Sejahtera dan Bersih beliau setuju pihak Persatuan Penduduk berusaha bersama
pihak berkuasa mempertingkat kualiti BBB dari aspek berkenaan. Kalau boleh
katanya, Bangi bukan saja mempunyai sebuah Tasik Cempaka, tetapi sungaii-sungai
di Bangi dipertingkat sama sebagai kawasan kreasi, riadhah dan berdaya tarikan.
Beliau mau melihat Bangi menjadi Bandar Mithali (Contoh). Beliau sedia bekerja sama dengan pihak Persatuan
Penduduk untuk berbincang dan mengangkat perkara ini kepada pihak YAB Dato`
Seri Menteri Besar Selangor untuk dipertimbangkan.
Seterusnya Senator Muhammad Nor Manuty
bercakap tentang bajet yang baru diumumkan oleh Dato~ Seri Menteri Besar
beberapa hari lepas, katanya bahawa negeri Selangor memperuntukkan 52% untuk pembangunan
dan hanya 48% untuk pengurusan,
berbanding dengan bajet kerajaan Persekutuan memperuntukkan hanya 16% saja untuk pembangunan dan sebanyak 84%
untuk pengurusan.
Sebelum merasmikan Karnival Sambutan BBB 40
tahun Wakil YAB Dato~ Seri Menteri Besar itu menyampaikan hadiah-hadiah
pertandingan futsal yang telah diadakan pada siangnya.
Peringkat umur bawah 14 tahun:
Johan: kumpulan Zabaliza FT, RM1,200 dan piala pusingan
Naib:
RSP Title , RM600
Ketiga: Akar Kecil,
RM300
Bawah 16 tahun
Johan:
Ali FTA , RM1,200 dan piala pusingan
Naib: Ma Toki, RM600
Ketiga: Akar A. Ali ASP, RM300.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Senator
Muhammad Nor Manuty
Dan oleh Tan Seri Dato` Mohd Nor Ismail
selaku Ketua Pengarah Karnival yang menyediakan court Futsal secara percuma.
Sekian.
No comments:
Post a Comment