BBB,
13 Safar 1439H. = 02 November
2017M. (Khamis):
Sebagaimana telah disebut bahawa pada
bahagian akhir (Bab 24) sebelum bahagian terakhir (Bab 25) Al-Hujwiri
membicarakan tentang istilah-istilah kesufian yang tentulah bagi membantu para
pembaca, khususnya peminat tasawuf dapat memahami lebih jelas – dengan bantuan
istilah-istilah, akan kandungan tasawuf. Satu tindakan yang kita anggap adalah lebih
wajar, walaupun Al-Hujwiri bukan sebagai
pemula berbuat demikian, kerana Al-Qushairy juga
membicarakan persoalan istilah ini di dalam Al-Risalat
al-Qushairiyyahnya.
Istilah awal yang dibicarakan ialah istilah
`Waktu`.
Dari segi pendekatan Al-Hujwiri tidaklah membicarakannya
secara terus, sebaliknya membawa elemen
falsafah dan intuisi kerohanian.
Waktu sebagaimana difahamai juga bererti
masa, zaman dan tempoh.
Waktu dan istilah-istilah yang semakna
dengannya ialah perjalanan dan ukuran
masa dalam tempoh tertentu. Misalnya seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan,
setahun dan sebagainya. Waktu pada hakikatnya tidak wujud pasa zatnya.
Sebaliknya diukur lantaran adanya pergerakan malam dan siang, pertukaran musim
akibat dari pergerakan bumi, cakerawala dan
planet ini.
waktu sesungguhnya sesuatu yang datang, pergi
dan menghilang. Andainya kesegalaan
terhenti, maka waktu juga terhenti dan
berlaku kerosakan, juga boleh membawa kepada kiamat.
Lantaran itu waktu juga sebagai
pengingatan, kita hendaklah mengisinya dengan sebaik mungkin dengan kerja-kerja
yang bermanfa`at. Jika ketinggalan dia tidak mungkin untuk diambil balik atau ditarik ke depan.
Al-Hujwiri mengambil maksud pepatah `Arab bermaksud:
``Waktu sebagai pedang, kalau engkau tidak
memotongnya, maka dia akan memotong engkau.``
Bermaksud jika engkau tidak menggunakannya
dia akan berlalu melintasi engkau.
Al-Hujwiri juga memetik pendapat Abu Sa`id
al-Kharraz yang berkata,
``Jangan lewatkan waktu-waktu, kecuali
engkau mengisikannya dengan sesuatu yang lebih berharga.`` Tambahnya lagi,
``Dan hal yang paling berharga ialah ketika berada masa lalu dan masa
hadapan.``
Bermaksud ialah kekinian. Sebab itu masa
sebenarnya mengingatkan supaya kita ada perancangan atau jadual yang teratur
bagi memenuhi masa hadapan agar dia tidak berlalu tanpa dapat memenuhinya dengan amalan-amalan kebajikan.
Beliau juga menyebut bahawa,
``Orang yang mulia hanya tertarik kepada
perkara yang mulia.``
Sebagaimana badan menjadi murni dengan roh yang suci, demikian
dengan waktu menjadi murni dengan yang suci.
Bila hal menghiasi diri, maka mulut diri
tidak perlu bercakap lagi, kerana pepatah ada berkata,
``Lisan hal itu lebih fasih dari lisan
diri.``
Pembawaan diri dengan waktu lebih dikenali
perwatakannya, baik atau sebaliknya dengan lisan al-hal.``
Lantaran itu dikatakan,
``Hal adalah pembawa sifat bagi objek.``
Sifat, perwatakan dan identiti adalah hal
yang terjadi dan terbina pada diri. jika
mau diri kita dikenali dengan sifat, perwatakan dan identiti yang baik maka
perlu dibina dengan ciri-ciri yang baik. Ia tidak berlaku dengan serta merta
tetapi di dalam waktu-waktu berterusan,
Sebab itu isi waktu diri dengan kebaikan
nescaya ianya menjadi sifat, perwatakan dan identiti berterusan
Waktu datang dan pergi, ambillah kesempatan
dengan mengisinya dengan kebaikan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment