BBB, 28 Safar 1439H. = 17 November 2017H.
(Juma`at):
Shari`at dan haqiqat adalah dua daripada empat
istilah yang berkaitan di dalam tariqat dan tasawuf. Kedudukan susunan ialah
shari`at , tariqat, haqiqat dan ma`rifat. Untuk sampai kepada ma`rifat , kata
ahli tariqat mestilah melalui tahap-tahap sebelumnya terlebih dahulu.
Al-Hujwiri membicarakan dua daripada
istilah di atas, iaitu shari`at dan haqiqat.
Shari`at
dari segi akar kata berasal ari shara`a bererti bermula, peraturan, perintah dan hukum shara` yang diperintahkan.
Manakala asal kata bagi haqiqat ialah haqqa, haqaqa
bererti yang haq, yang benar, haqiqat.
Keduanya shari`at dan haqiqat menurut Al-Hujwiri
ialah bagi menunjukkan kebagusan dari
segi lahir (shari`at) dan batin (haqiqat).
Ada berbagai pendapat tentang kedua istilah
ini.
Menurut kalangan theologi formal tidak ada
perbezaan antara shari`at (hukum) dan
hakikat (kebenaran). Kerana menurut theologis hukum adalah kebenaran dan kebenaran adalah
hukum.
Menurut satu pendapat yang dinisbahkan
kepada Qaramitah yang dianggap zindiq, ``Salah satunya boleh ada tanpa ada yang
lain.``
Menurutnya ``Kebenaran dinampakkan dan
hukum lenyap.``
Kedudukan sebenarnya bahawa,
``Haqiqat adalah suatu kenyataan yang tidak
dapat dihapuskan dan sama kekuatannya dari zaman Adam sampai ke akhir dunia,
seperti pengetahuan tentang Tuhan.
Shari`at bererti satu kenyataan yang dapat
dihapus dan diubah seperti peraturan dan perintah.
Shari`at ialah tindakan manusia, manakala haqiqat ialah penjagaan dan
perlindungan Tuhan. Dan shari`at tidak
boleh dipertahankan tanpa haqiqat. Sebagai contoh ialah hubungan badan
dengan roh. Bila roh tinggalkan badan, maka tubuh jadi mati dan roh lenyap
seperti angin.. Nilai bagi keduanya adalah bergantung antara satu sama lain.
Hukun tanpa kebenaran adalah riya` dan
kebenaran tanpa hukum adalah munafik.
Hukum ialah salah satu tindakan diupayakan
oleh manusia, sedang kebenaran adalah satu anugerah dilempahkan oleh Tuhan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment