BBB, 03 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 22 November
2017M. (Rabu):
Persidangan pertama selepas alu-aluan
selaku pembukaan sidang yang dilakukan oleh D. Muhammad Adib bin Samsudin Pengarah
Persidangan pada pagi Selasa 21 November
2017 di Dewan Senet UKM itu ialah `Perkesahan Tentang Dato` Dr. Haron
Din` yang disampaikan oleh Dato` Seri Abu Hassan Din adik Al-Marhum dengan
judul:
Menurut
Dato` Seri Abu Hassan Din bahawa keluarga mereka yang dinamakan oleh
Dato` Seri sebagai `KHD` (Keluarga Haji Din) adalah keluarga yang susah. Mereka
berhijrah dari Patani mencari pekerjaan di Perlis dan menetap di Kampung Bohor
Mali. Di sini Haji Din berkerja sebagai
`Tukang Kayu` dan juga `Bertani` sambil dibantu oleh isterinya. Mereka dikurniai
Allah 10 orang anak. Daripadanya tiga lelaki dan tujuh perempuan. Haron Din
anak ketiga, manakala Hassan Din anak kelima, seorang lagi anak lelaki ialah
Ishak Din (meninggal selepas Haron Din). Pekesahan seterusnya lebih berfokus
kepada Haron Din dan Hassan Din. Haron Din tokoh yang dibicarakan lahir pada 8
Ogos 1940 (14 Rajab 1359H.) di Bohor Mali, Kangar, Perlis.
Dato` Dr Haron Din bersekolah di Madasah
al-Islahiyyah al-Wataniyyah di Bohor Mali, di Kampungnya. Kemudian berpindah ke
Madrasah al-`Alawiyyah al-Diniyyah dan Kuliah
al-Islamiyyah Perlis. Dato` Seri Abu Hassan Din yang lebih muda umurnya melalui
pengajian yang sama dan ketika bersekolah
luar dari kampungnya (di Arau), mereka menyewa pondok dan balik ke rumah
hanya pada hujung minggu.
Perpisahanb dengan keluarga berlaku di
dalam KHD, kerana pada tahun 1962 Dato` Dr. Haron Din ditawar belajar di Kolej
Islam Malaya, sedangkan berikutnya Dato` Seri Abu Hassan ditawarkan
belajar mengikuti pengajian
diplomaTahfiz Al-Qur`an di Masjid Negara.
Dato` Dr. Haron Din tamat belajar di Kolej
Islam Malaya tahun 1965 dan ditawarkan menyambung pengajian peringkat Ijazah
Sarjana dalam bidang Shari`ah di Universiti Al-Azhar dan tamat pengajian pada
tahun 1968 dan juga memperolehi diploma pendidikan dan kembali menjadi guru di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di Melaka dan kemudian di Pulau Pinang.
Apabila UKM dibuka pada 18 Mei 1970 dan
sedang mencari tenaga akademik, maka
Dato` Dr. Haron Din yang mempunyai ijazah Sarjana Shari`ah itu adalah antara calon
berkelayakan diterima menjadi pensyarah di UKM. Beliau mendapat tawaran skim pengajian lanjutan peringkat
Doktor Falsafah dalam bidang Shari`ah di Cairo University dan dapat menamatkan
pengajian dalam tempoh yang singkat dalam mana beliau lulus dan mendapat Ijazah
Dr. Falsafah dalam tempoh dua tahun sahaja (1972-74).
Menurut Dato` Seri Abu Hassan Din semasa
Dato` Dr. Haron Din menyambung pengajian pada peringkat Ph. D, ini Dato` Seri
Abu Hassan Din juga menyambung pengajian dalam bidang Al-Qur`an dan membuat
ijazah Usuluddin di Universiti Al-Azhar tahun
1969. Beliau menyatakan sebagaimana Dato` Dr. Haron Din, beliau juga membawa
keluarga semasa belajar di sana.
Dato` Seri Abu Hassan Din menyebut sifat
prihatin dan pemurah Dato` Dr. Haron Din, bahawa semasa belajar di sana beliau
hanya mendapat dermasiswa dengan nilai sebanyak RM250/= sebulan. Dengan jumlah
ini tentulah tidak cukup untuk perbelajaan pengajian dan keluarga, tetapi Dr.
Haron Din yang mendapat gaji pensyarah dan biasiswa yang menurutnya melebihi
RM6,000/= sebulan turut membantunya secara bulanan bagi menamatkan
pengajiannya. Dato` Haron Din dan keluarganya pulang lebih dahulu (1974) dan
berkhidmat sebagai tenaga pensyarah di UKM dan sempat bersama dengan ibu
sebelum ianya meninggal, sementara Dato` Seri Abu Hassan yang pulang lebih
kemudian tidak berkesempatan dengan kematian ibu mereka. Dari segi kerjaya mulai tahun 1977-1985 Dato`
Dr. Haron Din dilantik menjadi Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam di UKM
dan seterusnya mulai 1986 beliau dilantik menjadi profesor di UKM hingga
berpencen pada akhir `1990an.
Adapun Dato` Seri Hassan Din pernah
bertugas di Pusat Islam, Kuala Lumpur, Imam Besar Masjid Negara. Beliau juga
berkesempatan berkhidmat kepada 7 otang Duli- Yang Maha Mulia Yang Dipertuan
Agung Malaysia.
Menurut Dato` Seri Abu Hassan Din, semua
adik beradik mereka tinggal di Perlis
dan Kedah sebagai orang kampung. Hanya Dato` Dr. Haron Din dan beliau tinggal
di Kuala Lumpur. Namun bagi kami dalam KHD menganggap Dato` Dr. Haron Din
sebagai Ketua Keluarga.
Menceritakan tentang ciri kepimpinan Dato` Dr.
Haron Din saebagai Ketua Keluarga, bahawa:
Menurut Dato` Seri Abu Hassan Din Dato` Dr.
Haron Din mencetuskan idea bagi merapatkan hubungabn dalam keluarga (KHD), bahawa Dato` Haron Din mengadakan
pertemuan tahunan KHD pada hari kedua setiap Hariraya `Idul Fitri. Ianya wajib
hadir oleh semua keluarga. Pertemuan pertama diadakan pada tahun 1972, tempat
kemudian diubah-ubah antaranya ke Bangi dan Kuala Lumpur. Yang paling
menggembirakan anak-anak, bahawa setiap kali perjumpaan Dato` Dr. Haron Din
memberi setiap orang satu sampul sebanyak seratus ringgit seorang. Tahun 2016
adalah merupakan perhimpunan keluarga kali ke 26 dan kali terakhir dihadiri
oleh Dato` Dr. Haron Din yang kemudian meninggal di Amerika Syarikat pada
Juma`at 16 September 2016 bersamaan 14 Zulhijjah 1437H.
Menurut Dato` Seri Abu Hassan Din, Dato`
Dr. Harun Din pernah sponsor bagi sepuluh kel;uarga melancong ke luar negeri
dan perbelanjaan bagi mereka semua ditanggung oleh Dato` Dr. Haron Din.
Menurut Dato` Seri Abu Hassan Din, bahawa
Dato` Dr. Haron Din adalah seorang yang baik hati dan tidak menyimpan dendam. Beliau menyebut bahawa program `Forum
Perdana` yang disiarkan melalui tv Satu pasa
setiap malam Juma`at begitu popular, bahawa ianya pada permulaan dipopularkan oleh tiga personaliti, iaitu
Dato` Dr. Haron Din, Dato` Dr. Hasan `Ali dan Ustaz Ismail Kamus. Beliau pernah
digam dari tv, tetapi bila dipanggil, beliau sanggup datang kembali dan tidak menyimpan
dendam.
Keadaan yang sama berlaku terhadap
ceranmah-ceramah disampaikan di berbagai tempat. Dato` Dr. Haron Din pernah dilarang oleh pihak tertentu dari
menyampaikan ceramah. Beliau tidak menyimpan dendam, bila dijemput kembali dan
tidak disekat beliau berpegang atas prinsip dakwah kembali menyampaikan ceramah
di tempat yang menjadi larangan baginya sebelumnya. Beliau tidak dendam
terhadap pihak tertentu yang menyekatnya, bahkan beliau redha. Dato` Seri Abu
Hassan Din mengaitkan apa yang dilalui oleh Dato` Dr. Harun Din sebagaimana yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. yang
mendapat tentangan kaumnya dan ketika Baginda ke Taif, Baginda dilontar batu
dan sebagainya, tetapi Rasulullah tidak memohon kepada Allah membinasakan
mereka yang menyakitinya.
Dato` Seri Abu Hassan Din mengakhiri
perkesahannya tentang Dato` Dr, Haron Din yang diuji dengan penyakit jantung, tapi dia tenang dan sabar, tapi akhirnya Allah
menjemputnya semasa di kejauhan dari tanah air – ketika berubat di Amerika
Syarikat. ``Kami keluarga seluruhnya bersedih, tetapi kami redha di atas
ketentuan Allah.`` Mungkin sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Dan mungkin kamu benci terhadap sesuatu, dan dia baik bagi kamu dan mungkin kamu suka terhadap
sesuatu, tetapi dia tidak baik bagi kamu.`` (Al-Baqarah: 216).
Semoga Allah menurunkan rahmatNya ke atas
roh Al-Marhum Dato` Dr. Haron Din.`` Amin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment