November 12, 2017

AL-QAHR DAN AL-LUT*F


BBB, 22 Safar 1439H. = 11 November 2017M. (Sabtu):
``Tiada pilihan, melainkan pilihan Allah``.
Istilah seterusnya yang dibicarakan oleh  Al-Hujwiri ialah  Al-Qahr dan Al-Lut*f.
Al-Qahr berasal dari kata dasar `qahara` bererti menguasai, mendominasi, keterpaksaan. Al-Qahhar adalah sifat Tuhan yang bermaksud Maha Menguasai, Maha Mengatasi, Maha Super.
Manakala perkataaan  Al-Lut*f  berasal dari akar kata, lat*afa bererti lembut, halus dan mesra.
Namun dimaksud di sini  menurut Al-Hujwiri sifat-sifat ini dinisbahkan kepada hamba atau para sufi. Al-Qahr pada diri bahawa pemberian dari Tuhan kepada hamba dalam melenyapkan keinginan-keinginan serta mencegah jiwa rendah dari keinginan berahinya.
Manakala dengan Al-Lut*f, bahawa dengan kurniaan, maka hati tetap hidup dan terus menghayati secara  istiqamah.
Bahawa Tuhan melalui kehendakNya mencegah manusia dari kehendaknya sendiri dan menguasai dengan tidak kehendaknya. Dalam maksud manusia tidak dapat menentukan kehendak dan pilihan , kehendak dan pilihan adalah kehendak dan pilihan Allah.
Al-Hujwiri membawa satu anekdot sebagai tamthilan bagi konsep kehendak dan pilihan di atas.
Bahawa dua orang darwish dari Al-Karkh yang seorang percaya kepada  qahr dan seorang kepada lut*f, mereka  hidup selesa dengan alam kerohanuan  di Karkh yang diibaratkan sebagai istana kerohanian – gambaran bagi lut*f. Namun seorang darwish yang berpegang pada lut*f ini masih merasa tidak puas dengan apa yang dikurnia dan mau mencari apa yang dianggap lebih tinggi, lantas dia bertindak untuk melakukan pengembaraan, sebagai lambang untuk pencarian yang lain. Dia mau menuju ke Makkah. Lantas dia merentasi gurun pasir, tapi tak pernah mencapai tujuan. Beberapa tahun hilang berita tentang dirinya. Akhirnya dia dilihat oleh seorang musafir antara Makkah dan Baghdad. Darwish berkenaan menyampaikan pesan melalui musafir itu kepada temannya di Karkh, bahawa apa yang dialami dalam gunung pasir tidak sama  dengan istana rohani yang selama ini dinikmati di  Karkh. Tidak ada keunggulan di sini, bahkan apa yang dialami di sini adalah kesia-siaan dan tidak mencapai tujuan. Lantaran itu janganlah lari dari istana rohani dikurniai Ilahi. Sesungguhnya keunggulan terletak pada Karkh dengan segala kekayaannya. Gunung dan gurun pasir di sini mengerikan. Namun di bawah qahr aku rela dan bahagia di sini.
Dikatakan Shibli dalam ungkapannya mengatakan,
``Wahai Tuhanku, aku tidak akan berpaling darimu, walaupun Engkau jadikan langit belenggu ke atasku dan bumi merantai  kakiku dan seluruh dunia haus terhadap darahku.``
Sebuah lagi anekdot dibawa oleh Al-Hujwiri, bahawa para sufi mengadakan sidang pada sebuah padang pasir. Antara nmereka ke sana berjalan kaki, ada yang berkenderaan dan ada yang terbang. Shaykh Has*ri yang bersama bersendirian. Tiba-tiba dalam perjalanan dia melihat seorang pemuda sedang berjalan secara pincang dengan tongkatnya patah, tapi ia tetap bergerak.
Melihat akan pemuda itu  Shaykhh Has*ri  berdiri menghormati pemuda pincang itu dan menghantarnya ke tempat duduk  sebagai menghormatinya. Seorang bertanya Shibli tentang pemuda yang dihormatinya, maka katanya,
``Dia adalah  Wali Allah yang tidak mengikut kewaliannya, tapi kewalian mengikutnya. Dan dia tidak tertarik kepada keajaiban (karamah).
Dia memada dengan apa yang dikurnia dan memilih apa yang dipilih Tuhan kepadanya. Meskipun pada luarnya dilihat orang kelihatan susah dan menderita. Baginya tiada apa-apa , bahkn itulah kerelaan dan keredhaan yang membahagiakannya.
Berpegang dengan lut*f membahagiakan diri selari dengan apa yang dikehendaki Ilahi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment