UKM,
02 Rabi`ul Awwal 1439H. = 21 November 2017 (Selasa):
Selepas lebih setahun kembalinya ke Rahmatullah Dato` Haron
Din (m 16 September 2016), Jabatan Shari`ah UKM, jabatan yang pernah Dato`Dr.
Haron berkhidmat (1975 hingga akhir 1990an) dan menjadi profesor di jabatan
itu, maka sebagai tokoh yang berjasa kepada jabatan, Fakulti dan universiti
bahkan kepada mesyarakat, pihak jabatan
dengan kerjasama beberapa pihak pada hari ini mengadakan Persidangan Antarabangsa
Islam Dan Tokoh (2017) dengan mengambil Dato` Dr. Haron Din sebagai tokohnya.
Persidangan hari ini adalah dengan
kerjasama Masjid Al-Hasanah, Dar al-Shifa`dan Pusat Islam UKM. Persidangan
seharian yang berlangsung di Dewan Senet,
Bangunan Pentadbiran UKM itu
diisi dengan pembentangan kertas-kertas kerja, perkesahan dari adik dan anak
al-Marhum. Persidangan dihadiri Dato`
Seri Hasan Din adik Dato` Dr. Haron Din dan anak beliau Dr. Huda Haron Din.
Hadir sama ADUN Bangi YB Ustaz Shafie Ngah, Profesor Wan Kamal Mujani. Dekan
Fakulti Islam UKM,, Dr. Mat Nor Mat Zain, Ketua Jabatan Shari`ah, UKM, Dr. Muhammad Adib bin Samsudin Pengarah
Persidangan, Dr. Abdul Rahman Mahmud Pengarah Pusat Islam, UKM, Haji Abdul Rahman Ahmad Ketua Dar al-Shifa` dan wakil-wakil
dari Masjid al-Hasanah. Turut sama hadir Tuan Sufi Munasir Yang Dipertuan Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dan
peserta-peserta yang memenuhi dewan.
Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan menghadiahkan
`Al-Fatihah` kepada roh al-Marhum Dato` Dr. Haron Din dan pembacaan Do`a oleh Dr. Muhammad Zaini Yahaya Timbalan
Pengarah Pusat Islam, UKM dan terus dengan ucapan alu-aluan dari Dr. Muhammad Adib
bin Samsudin Pengarah Persidangan.
Dr. Muhammad Adib mengucapkan terima kasih
di atas kesudian hadir, terutama keluarga Al-Marhum Dato`Dr. Haron Din, khususnya Datuk Seri Abu Hassan
Din, adik kepada Dato` Dr. Haron Din dan anak al-Marhum Dr. Huda. Beliau juga
mengucapkan terima kasih di atas kerjasama pihak Dar al-Shifa` yang diketuai
oleh Haji Abdul Rahman Ahmad, kepada Pusat Islam UKM yang turut hadir
Pengarahnya Prof. Dr. Abdul Rahman Mahmud, juga wakil-wakil dari Masjid
al-Hasanah. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kesudian
pembentang-pembentang kertaskerja membentang
kertaskerja.
Menurut Dr. Muhammad Adib Dato` Dr. Harun
adalah tokoh yang sedari awal yang telah sama membina Jabatan Shari`ah, Fakulti
Islam, bahkan Fakulti Islam UKM itu sendiri. Beliau tidak saja terkenal di
kalangan ahli akademik di kampus, tetapi terkenal dikalangan masyarakat, khususnya
melalui Dar al-Shifa` serta pengajaran dan ceramah-ceramah disampaikan.
Dato` Dr. Haron Din juga menganggotai berbagai Lembaga Penasihat
Shari`ah bagi berbagai-bagai institusi kewangan. Selain daripada itu beliau
juga telah menghasilkan berbagai-bagai buku dan tulisan di dalam berbagai
bidang.
Mengenang jasa Al-Marhum Dato` Dr. Haron Din,
maka pihak Fakulti Shari`ah, Fakulti Islam pada hari ini mengadakan Persidangan
Antarabangsa mengenai tokoh Dato` Dr. Haron Din, bukan saja sebagai kenangan,
tetapi juga bagi merakam maklumat berhubung dengan Dato` Dr. Haron Din,
sementara mereka yang mengetahui maklumat, bahkan bergiat bersamanya di dalam
melaksanakan visi dan misi Dato` Dr. Haron Din masih wujud. Insya Allah kata
Dr. Muhammad Adib melalui persidangan ini dapat didokumentasikan segala yang berhubung dengan Dato` Dr. Haron Din.
Dari segi objektif persidangan diadakan
ialah bagi:
·
Mengadakan
perbincangan ilmiah berkaitan Islam dan tokoh, khususnya Dato` Dr. Haron Din.
·
Mengambil
manfaat daripada pandangan dan maklumat individu yang mempunyai hubungan
kekeluargaan, sahabat handai, para pelajar Al-Marhum berkenaan keperibadian
Dato` Dr. Haron Din sebagai tokoh fiqh, pendakwah dan pengamal perubatan Islam.
·
Bertukar
fikiran dan pandangan berkenaan dengan sumbangan serta pemikiran fiqh tokoh
dari kalangan penyelidik, pensyarah, pentadbir, pengamal perubatan dan pelajar
siswazah sama ada pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.
·
Mengukuhkan
jaringan akademik di antara institusi-institusi pengajian Islam di Nusantara
dan seluruh dunia.
Bersama sidang ini diwujudkan apa yang
dinamakan sidang selari.
Dalam sidang selari yang diadakan pada
bahagian akhir sidang beberapa pembentang mengemukakan pembentangan secara
ucapan ringkas berkenaasn:
1. Dr. Muhammad `Uthman El-Muhammady, Analisis
sumbangan dalam penulisan
2. Ketokohan Dato` Dr. Haron Din Dalam bidang
dakwah dan politik: Satu Kajian.
(Bertindih dengan Sidang utama dan patut dimasukkan dalam sidang utama).
3. Unsur pembaharuan dalam rawatan secara
ruqyah` ( juga wajar dimasukkan dalam
sidang utama).
4. Shaykh Ahmad Khatib al-Minangkabau dan konsep
warisan harta.
Ertinya sepatutnya dua pembicara sahaja
berhubung dengan sidang selari.
Walau bagaimana didapati dalam sidang yang
bersifat antarabangsa ini, nampaknya tidak diedarkan kertaskerja yang tajuknya
telah ditentukan kepada
penyedia-penyedia kertaskerja. Penulis sendiri telah menyerahkan kertaskerja
berkenaan tokoh setebal 18 halaman, tetapi nampaknya tidak diprint out dan
tidak diedarkan. Adalah tidak pasti dengan pembentang-pembentang yang lain
adalah menyediakan kertaskerja bertulis atau tidak. Selain dari rakaman dibuat
oleh pihak penganjur, bagi yang lain, jika malas membuat catatan,maka adalah
lebih bersifat mendengar sahaja.
Bersambung ...
Sekian.
No comments:
Post a Comment