BBB, 25 Safar 1439H. = 14 November 2017M.
(Selasa):
Ketriga-tiga istilah di atas adalah istilah
popular di dalam banyak bidang, khususnya di dalam bidang akidah.
Ketiga-tiganya dikaitkan dengan persoalan yaqin. Ketiga-tiganya mempunyai
martabat dari segi keyakinan.
Pertama `ayn al-yaqin, `ayn bererti mata,
iaitu salah satu dari panca indera manusia yang melaluinya dapat dtanggap dan
difahami sesuatu. Disebutkan `ayn` atau
`mata`, kerana indera mata yang paling utama di dalam menanggapi sesuatu,
berbanding dengan misalnya, ciuman, jamahan, kecapan dan pendengaran yang
kesemuanya alat yang dapat ditanggap tentang sesuatu melalui saluran
pancaindera yang berkenaan.
Melihat sesuatu membuktikan sesuatu,
misalnya melihat motokar, dia adalah kenderaan yang dapat bergerak membawa
seseorang atau barang. Melihat seekor kucing. Dia adalah seekor binatang yang
jinak dan melihat bukit adalah tanah
tinggi dari tanah biasa, tetapi lebih rendah dari gunung. Pokoknya apa yang
dilihat dikenal dan dipastikan dan memberi keyakinan. Namun walaupun semua
contoh yang diperkatakan adalah nampak dan nyata dan diyakini pada tahap mata
`ayn al-yaqin`. Walau macam mana makna
tahap ini dikatakan tahap maklumat keyakinan yang di bawah. Kadang-kadang keyakinan boleh
tergugat. Misalnya bergantung pada
kemampuan mata melihat. Dia terganggu apabila seorang sakit. Atau tahap
kejelasan berkurang pada seorang yang rabun. Bahkan mata boleh tertipu misalnya perbezaan jauh dan dekat, perubahan bayang
yang membiaskan pandangan. Ertinya kebenaran atau ketepatan tergugat. Maka ianya
tidak boleh dipercayai sepenuhnya.
Tahap yang lebih tinggi adalah tahap ` Ilmu al-Yaqin`, iaitu kebenaran yang dicapai
dengan kaedah ilmu. Ia adalah tinggi kebenaran berbanding dengan `ayn al-yaqin,
Ilmu itu sendiri adalah sesuatu yang benar dengan ilmu , menambahkan keyakinan.
Sebagai contoh keilmuan yang dapat dicapai melalui matematik bahawa 5 + 5 = 10,
atau 2 x 5 = 10 dan kaedah-kaedah yang lebih tinggfi daripada itu. Kebenaran sedemikian
atau kaedah logik secara akal memberi kefahaman yang yaqin. Misalnya kepercayaan Allah Yang Esa, Dia tidak
mungkin berbilang, kalau berbilang
berlaku kelemahan dan tidak dapat diterima.
Adsapu Haqq al-Yaqinb, iaitu sesuatu yang
Haqq dan diyakini, Wujud Allah Subhanahu wa Ta`ala dan bersifat dengan
sifat-sifat sempurna adalah sesuatu yang diyakini secara haqq. Dialah berhak
disembah.
Huraian secara akidah, bahkan secara logik akal adalah diterima oleh semua pihak dan ianya merupakan jalan membuktikan kebenran, Dari segi sebenarnya ketiga-tiga tahap benar sebagai tahap pencapaian maklumat, bahkan pencapaian tahap ilmu. Ketiga-tiga di atas haruslah selaras dari segi kebenaran dan tidak mencanggah antara satu sama lain. Tahap berkenaan adalah tahap pencapaian manusia dari awam, kepada hujah ilmu dan keyakinan secara haqq.
Huraian secara akidah, bahkan secara logik akal adalah diterima oleh semua pihak dan ianya merupakan jalan membuktikan kebenran, Dari segi sebenarnya ketiga-tiga tahap benar sebagai tahap pencapaian maklumat, bahkan pencapaian tahap ilmu. Ketiga-tiga di atas haruslah selaras dari segi kebenaran dan tidak mencanggah antara satu sama lain. Tahap berkenaan adalah tahap pencapaian manusia dari awam, kepada hujah ilmu dan keyakinan secara haqq.
Disebalik dari maksud dan tahap pencapaian
maklumat di atas, menurut Al-Hujwiri, kaum sufi mempunyai kelainan dari
tanggapan.
Menurut mereka:
`Ilmu al-yaqin ialah pengetahuan secara
praktis sesuai dengan apa yang
diperintah Allah.
`Ayn al-yaqin ialah pengetahuan menjelang
kematian dan saat-saat meninggalkan dunia.
Manakala haqq al-yaqin ialah pengetahuan
secara intuitif dan kontemplasi
berhubung dengan syurga.
Menurut mereka yang pertama bagi tahap
orang awam
Kedua bagi kalangan terpilih
Dan ketiga terpilih dari kalanbgan pilihan.
Nampaknya pendapat sufi jauh berbeza dari
maksud yang difahami, terutamanya dari segi akidah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment