BBB,
14 Safar 1439H. = 03 November
201`7M. (Juma`at):
Al-Hujwiri membicarakan tentang hal atau
ahwal (jama` = plural) secara serentak dengan waktu dengan mengaitkan antara keduanya. Misalnya
dikatakan bahawa hal adalah sifat bagi objek waktu . Dan hal adalah
sesuatu yang turun ke atas waktu dan menghiaskannya sebagaimana roh menhghiasi
badan. Walau bagaimana dibandingkan pembicaraan terhadap hal adalah jauh lebih
sedikit dari pembicaraan terhadap waktu yang mendominasi pembicaraan,
Abu Bakar Muhammad al-Kalabadzi di dalam
Al-Ta`arruf li Madzhab ahl al-Tasawwuf membicarakan tentang ahwal di dalam skop
yang lebih luas. Katanya,
``Bahawa ilmu-ilmu kesufian ialah mengenai
ilmu-ilmu ahwal. Dan ahwal mewarithi a`mal dan tidak mewarithi ahwal melainkan yang sah amalan-amalan.
Seawal membetulkan amalan-amalan, ialah mengetahui tentang ilmunya. Dia adalah
ilmu hukum shara` daripada usul fiqh dan cabang-cabangnya daripada solat, puasa
dan segala yang fardhu dan kepada ilmu mu`amalat daripada nikah, t*alaq dan
jual beli dan segala yang diwajibkan
Allah Ta`ala dan disunatkan kepadanya dan apa yang berkaitan dengan kehidupan.
Ahwal bagi Al-Kalabadzi adalah amalan berorientasikan shari`at sebagaimana dia
juga berorientasikan tauhid bila membicarakan persoalan tasawuf yang berkaitan
dengan akidah.``
Adapun Abu Nas*r al-Sarraj al-T*usi di
dalam Al-Luma` melihat ahwal lebih spesifik. Bagi Al-Sarraj,
``Ahwal ialah apa yang menapak di hati atau
yang hati menerima daripada bersihnya
zikir-zikir.`
Dan dihikayatkan daripada Al-Junayd bahawa
dia berkata:
``Hal bersifat turun atau mendatang.
Penurunannya ke atas hati, tetapi tidak kekal.` `
Al-Junayd juga berkata, ``Hal ialah dzikir secara
tersembunyi.``
Dan dikatakan, diriwayatkan daripada
Rasulillah s.a.w. bermaksud:
``Sebaik-baik dzikir adalah secara
tersembunyi.``
Menurut Al-Sarraj, ``Hal didapati bukan
dengan cara mujahadah, ibadat dan
riyadhiyyah sebagaimana maqam-maqam. Aspek-aspek hal sebagaimana disebut Al-Sarraj ialah seperti, muraqabah,
qurb, mahabbah, takut (khauf), harap, al-shauq, al-uns, t*ama`ninah, yaqin dan
lain-lain.
Berkata Al-Junayd bahawa, ``Tidak sampai
kepada menjaga hak-hak, melainkan dengan menjaga hati. Siapa yang tiada baginya
rahsia, maka dia mudharat dan dengan mudharat tidak terbuka (jernih) hatinya
bagi kebaikan.``
Menurut Al-Qushairy di dalam Al-Risalat
al-Qushairiyyah,
``Hal ialah, suasana rohani yang intuitif, tanpa ada
unsur-unsur sengaja. Seperti rasa takut dan sukacita. Hal seperti kilatan yang
datang dan boleh segera hilang.``
Demikianlah berbagai pendapat tentang hal.
Ada yang bersifat luas dan terbuka
seperkata Al-Kalabadzi yang melihat ahwal ialah amalan-amalan hasil dari
pegangan. Ianya seharusnya bersifat ilmu yang membenarkan amalan sebagai sesuatu yang sahih.
Namun banyak yang berpendapat ahwal adalah suasana hati yang menerima
kehadiran sesuatu sebagai lintasan atau
pertapakan suatu yang dialami secara sementara dan pergi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment