November 9, 2017

MUHADHARAH DAN MUKASHAFAH


BBB, 19 Safar 1439H. = 08 November 2017M. (Rabu):
Istilah kesufian seterusnya yang dibicarakan oleh Al-Hujwiri di dalam Kashf al-Mahjub ialah  `Muhadharah` dan `Mukashafah`.
Istilah muhadharah berasal dari  hadhara ,hadhir, berada berdepan. Muhadharah bererti `hadhir depan berdepan`,  manakala istilah mukashafah  berasal dari kata kashafa bererti terebuka, tersingkap yang membawa maksud hingga terlihat apa yang di sebalik yang merupakan rahsia bagi yang belum  mengalaminya, mukashafah bererti terbuka.
Untuk mudah memahami pada peringkat permulaan, kita dapat dekatinya dari sudut seni.
Misalnya melihat kepada alam ciptaan Tuhan bererti hadhir diri  berdepan dengan bukti kebesaran Tuhan
Lebih jauh daripada itu melihat alam dengan pertanda wujudsnya Pencipta dengan kejadian yang teratur, indah dan mengkagumkan adalah merupakan peringkat mukashafah secara akli dan rohani yang ianya dapat dikatakan tiba pada peringkat terbuka dan tersingkapnya bukti-bukti ketuhanan dan langsung pada ketuhanan.
Menurut Al-Hujwiri, muhadharah ialah kehadhiran hati dalam ketinggian-ketinggian pembuktian (bayan). Muhadharah ialah petanda-petanda mengarah kepada bukti tanda-tanda – ayat Allah.
Ciri-ciri muhadharah ialah ketakjuban terus menerus kepada ketakjuban Tuhan.
Mukashafah ialah menunjuk kepada kehadhiran roh secara sirr di dalam wilayah penglihatan yang sebenarnya, dan bukti-bukti dialami secara kontemplasi  (pernghayatan dan renungan kerohanian).
Al-Hujwiri membawa contoh muhadharah tentang Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika menatap ke langit. Dia merenungi realiti keberadaannya. Dia mencari Pelaku pada kehadhirannya. Terdapat bukti Sang Pelaku (Tuhan). Di dalam ma`rifat yang sempurna dia mengungkapkan:
``Inni wajjahtu wajhiya li al-ladzi fat*ara al-samawati wa al-ardh. (Al-An`am: 79).
Bermaksud:  ``Sesungguhnya aku mengahala wajahku kepada Yang Mencipta langit dan bumi.``
Ertinya Nabi Ibrahim melihat pertanda-pertanda ketuhanan  secara muhadharah dengan melihat kepada ciptaan Tuhan yang menandakan kewujudan  Allah.
Berbanding secara mukashafah dengan mengambil contoh Rasulullah s.a.w. ketika diangkat ke langit. Baginda tidak melihat tindakan-tindakan Tuhan kepada makhluk dan dirinya, sebaliknya, terus kepada Pelaku (Tuhan) secara kashaf yang menjadikan keinginan bertambah.
Menurut Shibli, ketakjuban adalah antara jalan ketauhidan, iaitu dengan menghayati sumber kejadian Tuhan yang mengukuhkan tauhid keyakinan. Tetapi melihat langsung pada kuasa ketuhanan adalah lebih tinggi.
Dalam hal ini Al-Hujwiri membawa contoh ungkapan Shibli kepada mereka yang pada tingkat muhadharah dengan berkata,
``Wahai pemandu orang orang yang ta`ajjub, tingkatkanlah ketakjuban.``
Menurut Shibli, ``Dalam mushahadah ketuhanan bertambah besar ketakjuban seseorang bertambahlah darjatnya.``
Al-Hujwiri mencatat tentang Abu Sa`id al-Kharraz dan Ibrahim bin Sa`id `Alawi, ceritanya, mereka melihat seorang wali All;ah di pinggir laut. Antara mereka bertanya,
``Apakah jalan menuju Tuhan ?
Katanya ada dua jalan,
Pertama orang awam sebagaimana kalian jalani dengan menerima atau menolak sebab-sebab tertentu. Dan
Kedua orang terpilih, hanya melihat Sang Penyebab dan bukan melihat sebab-sebab !

Sekian.

No comments:

Post a Comment