BBB,
29 Safar 1439H. = 18 November 2017M. (Sabtu):
Antara istilah yang diberi penerangan
ringkas oleh Al-Hujwiri ialah `Khat`arat` bererti `Lintasan-lintasan` yang
berkait dengan minda atau hati (jiwa).
Istilah `khat`r` berasal dari kata dasar `khat*ara` yang kita
terjemahan dengan kata `Lintasan`
Maksud lintasan ialah sesuatu yang terbetik
di dalam fikiran atau di dalam hati secara spontan – tanpa usaha dan ikhtiar
mencarinya. Ianya bersifat tiba-tiba dan biasanya lintasan ini berlaku di dalam
masa yang pendek dan tanpa memberi perhatian ianya akan hilang begitu sahaja.
Lintasan-lintasan sedemikian mungkin tidak dianggap penting oleh orang biasa
dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Lintasan boleh dibahagiakn kepada biasa
Lintasan yang baik
Lintasan yang tidak baik.
Lintasan biasa. Misalnya terlintas pada
minda seorang untuk menziarah seorang kawan. Dia melakukannya dan mungkin melupakan hasratnya.
Lintasan yang baik, misalnya teringat
kepada arwah bapa. Maka tinmbul hasrat untuk bersedekah dengan niat agar sampai
pahala kepadanya. Lintasan ini mungkin diambil perhatian dan melaksanakan
Lintasan yang tidak baik adalah timbul dari
hati yang tidak baik seperti untuk merosak harta benda orang yang didengki dan
mungkin dia tidak melakukan.
Lintasan bagi yang baik bagi seorang hamba,
katakan bagi seorang penulis ia sebagai apa yang dinamakan `ilham`. Maka ilham
yang baik biasanya dijaga dan dicatat sebagai sumber yang dapat diolah di dalam
tulisan. Ilham yang baik jika tidak dijaga dan dicatat dia akan hilang dan
sukar untuk ditanggap kembali dan kalau datang ianya berubah dari yang asal dan
tidak sebaik sebagaimana sebelumnya. Mendapat ilham sebagai lintasan yang baik
tidak mudah. Ianya perlu kepada suasana dan mood tertentu yang dapat
membetikkan lintasan ilham
Keadaan yang sama berlaku kepada sufi.
Ilham kesufian boleh datang sebagaimana di dalam bidang penulisan. Ilham yang
baik perlu dipelihara. Ianya mungkin berupa hikmah atau kesedaran tinggi
terhadap yang Maha Tinggi yang tidak mudah dicari dan bukan pula perkara yang
dapat dicari-cari. Lintasan yang bersifat tinggi adalah mendekati sebagai apa
yang dikatakan `kashaf`.
Namun khat*arat yang diberi huraian ringkas
oleh Al-Hujwiri ialah:
Kepurtusan-keputusan tentang pemisahan atau
keterpisahan (ahkam tafriq) yang terlintas pada fikiran.
Ia merupakan satu dimensi daripada
khat*arat berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment