BBB, 01 Rabi`al-Awwal 1439H. = 20 November
2017M. (Isnin):
Istilah seterusnya yang diberi makna
ringkas oleh Al-Hujwiri ialah istilah `Was*a`it*`
Wasa*a`it ialah jama` (plural) taksir bagi istilah ` wasat*. Satu lagi jama`
taksir ba wasa*at* ialah `ausat*`.
Wasat*
adalah berasal dari akar kata, wasat*a – aus*at dan was*a`it.
Wasat* bererti pertengahan, sederhana,
jalan lurus, tidak menyimpang dan jalan
betul.
Ayat
AL-Qur`an berhubung dengan istilah `was`at` bermaksud:
``Dan yang demikian itu kami jadikan kamu
umat yang di tengah-tengah (lurus)
supaya kamu menjadi penyaksian kepada
manusia dan supaya Rasul menerangkan kebenaran
kepada kamu (Al-Baqarah: 143)
Umat wasat*an bukan bererti umat yang tidak
bersungguh-sungguh, juga bukan tidak cemerlang. Ianya bermaksud berada di atas
landasan yang betul dan tidak menyeleweng.
Ianya tidak bermaksud pengantara – bermaksud
dengan antara manusia dan Tuhan. Seharusnya perhubungn adalah langsung dengan Tuhan
sebagaimana berlaku di dalam solat Ia adalah
komunikasi rohani dan tidak jasmani di dalam hubungan manusia dengan Allah.
Sebaliknya menggunakan pengantara antara manusia dan Tuhan dan dianggap dia
memberi kejayaan boleh menyeleweng dari segi keimanan.
Menurut Al-Hujwiri, istilah `Wasa`it*
Ia
adalah sebab kedua yang menjadi pegangan kepada para pendamba Tuhan dan
kerananya mereka mendapat keinginan mereka.
Sebab kedua ini, misalnya dengan sama` mennjadikan jiwa mereka lebih halus dan
terangkat dari lapisan suasana biasa kepada suasana estetik dan wajdan rohani,
menjadikan diri lebih dekat dan berada di dalam mesra rohani. Ia seharusnya
dilihat sebab akibat dan bukan sebagai penentu. Yang menentu hanya Allah
Ta`ala.
Sememangnya seharusnya rasa cinta dan
mesra hendaklah langsung kepada Allah,
tetapi jika tidak adanya suasana yang membetikkan kemesraan seperti mood yang
membawa kerinduan maka tidak hadir suasana mesra-cinta secara intim.
Inilah yang dimaksudkan sebab-sebab yang
membawa kepada mendambakan Tuhan dan kerananya dikatakan mendapat dan
menyampaikan keinginan mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment