BBB, 29 Safar 1439H. = 18 November 2017M. (Sabtu):
Setelah membicarakan istilah-istilah
kesufian secara panjang, dibicarakan oleh Al-Hujwiri istilah-istilah secara
ringkas. Istilah-istilah ini walaupun ringkas, tapi menurut Al-Hujwiri agak
sulit untuk diterangkan. Antara istilah
berkenaan ialah:
·
AL-Haqq
Bermaksud `Benar`. Ada hubungan dengan haqiqat sebagaimana telah dibicarakan,
iaitu sesuatu yang benar dan tidak dapat dinafikan kebenarannya seperti Haqiqat Tuhan.
Haqq adalah `Kebenaran`
Ianya merujuk kepada Tuhan, bahkan `Al-Haqq` salah satu nama
Tuhan.
Banyak ayat-ayat Al-Qur`an yang menyebut
tentang `Haqq`
Contoh ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Wahai manusia, telah datang kepada kamu
`al-Haqq` daripada Tuhan kamu`` (Yunus: 108).
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dia menghantar Rasulnya dengan pertunjukan dan agama yang Haqq` (Al-Saff: 9).
Haqq adalah sesuatu yang benar dan Haqq dan
tidak dapat dinafikan tentang kebenarannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment