November 13, 2017

NAFI DAN ITHBAT


BBB, 23 Safar 1439H. =  12 November 2017M. (Ahad):
Nafi bererti menolak, meniadakan, tidak menerima, manakala `Ithbat`, ialah menetapkan, mengukuhkan dan  menerima. Kedua-dua adalah istilah yang popular di dalam theologi dan juga tasawuf.
Menafi bererti menolak, tidak menerima dan tiada sama sekali. Sebagai contoh kita berpegang pada keesaan Allah dan menafi dan menolak  sama sekali jika dikatakan Allah beranak, atau diperanakkan. Manakala ithbat berert menthabit dan memperkukuhkan. Misalnya mengithbatkan Allah berkuasa ialah dengan dalil adanya alam ini, maka jika  Ianya tidak berkuasa, maka iaNya bukan Tuhan.
Di dalam konteks pembicaraan Al-Hujwiri beliau menyatakan `Nafi` ialah penghapusan sifat manusia melalui dengan bantuan Ilahi – meniadakan. Dalam kata lain adalah fana sifat manusia dan pengukuhan kebenaran. Sifat manusia akan tiada jika diperkukuhkan dengan kuasa Tuhan – pilihan Tuhan.
Berbanding dengan pandangan akidah dan sufi di dalam masalah nafi dan ithbat yang dimaksud  ada perbedaan antara keduanya.
Akidah memandang terhadap diri dalam hubungan dengan Tuhan., sedang sufi memandang dari segi hakikat. Akidah tidak menafikan diri dari segi lahir dan ketentuan mendatang  tetap tidak diketahui dari segi kemungkinan, sebab itu manusia bertindak selagi ada peluang dan tidak tahu, misalnya dengan ikhtiar,  kecuali diketahui ketentuan Tuhan, maka ianya  adalah diterima dan fana.
Manakala pandangan kesufian melihat dari segi hakikat dan segala-galanya ditentu Tuhan. Manusia seharus, bahkan semestinya menerima ketentuan . Dalam hal ini manusia diusahakan bagi memfana diri sesuai dengan  manusia tiada hak dan menerima, bahkan tindak tanduk menyamai, bahkan menepati apa yang dikehendaki Tuhan. Bahkan tidak mengambil sikap apa-apa. Contoh sebagaimana anekdot dibawa oleh Al-Hujwiri,
Seorang darwish tenggelam lemas di dalam laut dan seorang yang melihat berteriak,
``Tunggu aku akan menyelamatkanmu.``
Tapi kata yang tenggelam, ``Jangan` !
Kata yang mau menyelamatkan,
``Apakah kau ingin tenggelam ?
Katanya, `Tidak`
Aneh, ``Engkau tidak mau mati dan tidak mau diselamatkan !.
Bermaksud si tenggelam menyerahkan kedududukannya pada pemilihan Tuhan.
Dari segi akidah Sunni, manusia hendaklah berikhtiar dan tidak seharus membiarkan diri dalam kebinasaan. Pegangan bahawa diri tiada daya upaya ini adalah seperti pegangan Jabariyyah.
Menurut pandangan sufi sedemikian, bahawa, pilihan Tuhan tidak ada permulaan dalam waktu dan tidak mungkin dapat ditiadakan. Tapi pilihan manusaia bersifat mendatang (wadhi`) dan dapat ditiadakan.
Kata mereka dari segi hakikat, pilihan abadi Tuhan akan berlangsung selama-lamanya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment