BBB, 04 Rabi`ul-Awwal 1439H. = 23 November
2017M. (Khamis):
Penulis adalah Pembentang kedua pada
Persidangan Antarabangsa Islam Dan Tokoh 2017 (21 Nov.). Politik perjuangan
lebih luas dari perjuangan politik. Islam adalah menjadi prinsip perjuangan
Dato` Dr. Haron Din sebagaimana ayat Al-Qur`an (Ali `Imran: 19 dan 85) dan
(Al-Rum: 30).
Dapat dirumuskan jihad keislamannya dan
siasah perjuangannya di atas tiga perkara:
·
Keilmuan
dan dakwah
·
Perubatan
Islam dan kebajikan
·
Politik
Keislaman.
2. Keilmuan
dan Dakwah
Dato` Dr. Haron Din adalah tokoh berkelayakan
dan berwibawa.
Berkelulusan Kolej Islam Malaya (1962-66),
Sarjana Shari`ah dari Universiti Al-Azhar
(1966-68), juga Diploma Pendidikan (`Ain al-Shams) Dan Dr. Falsafah di dalam bidang Shari`ah dari
Universiti Dar al-`Ulum, Al-Qahirah
(1972-74).
Berekerjaya sebagai Pensyarah di Jabatan
Shari`ah, Fakulti Islam, UKM (1975-76). Timbalan Dekan Fakulti Islam (1977-85),
Profesor (1986-2000 – Bersara).
·
Pengajaran
secara formal di universiti
·
Pengajaran
diberbagai institusi seperti masjid, surau dan berbagai tempat pengajaran
·
Forum
terbuka dan di media letronak . Penggerak `Forum Perdana` bersama Dato` Dr.
Hasan `Ali, Dato` Ismail Kamus dan beberapa yang lain.
·
Menganggotai
Majlis-Majlis Fatwa, Penasihat Shari`at bagi
beberapa bank dan security juga consultant
·
Menghasilkan
buku-buku seperti Manusia Dan Islam, Islam Jihad Sebagai Survival Insan, Masalah
Pendidikan Di Malaysia dan lain-lain.
·
Membina
dan menggerak Pusat Dakwah Islam Serantau
3. Perubatan
Islam
* Minat Perubatan Islam sejak di kampung.
Ayahnya juga pengamal perubatan.
* Mempelajari perubatan secara tidak formal di
Mesir. Gurunya seperti Dr. Kamal dan Shaykh Muhammad Idris al-Marbawi dan Bapak Mukhtar Lintang.
*
Mengenalpasti tumbuh-tumbuhan yang
berkhasiat dari segi perubatan.
4. Penubuhan Pengajian Perubatan secara
formal
*
Selepas siri pengajaran di rumah sejak 1977 dan kesempitan ruang dan
pelajar bertambah perlu bangunan.
* 17
Ogos 1986 tertubuh JK pembinaan diketui Haji Abdul Rahman Ahmad. Tapak dibeli
berhampiran rumah Dato` Dr Harun Din. Kos RM700,000/=.
* Pembinaan siap dan mula digunakan 1
Ramadhan 1411H. = 17 Mac 1990. Perasmian (1 Sept. 1991`. Kuliah, pengajaran,
perubatan dan latihan berlaku di sini.
* Tubuh cawangan hingga ke setiap negeri.
Kini cawangan berjumlah 30 dengan
10,000 pelajar (2016).
* Kaedah rawatan ialah dengan ayat Al-Qur`an,
Al-Hadith, ruqyah, doa dan penggunaan tumbuh-tumbuhan.
5.
Kebajikan
Dato` Dr. Haron Din banyak melakukan amal
kebajikan
*
Penubuhan Dar al-Shifa` bersifat kebajikan, bukan untuk mencari pulangan
kewangan
* Membina beberapa buah masjid, termasuk 2 buah di Perlis.
*
Banyak menderma. Contoh menambah dan menggerakkan dana Masjid al-Umm
* Bergiat
dengan kerja-kerja dakwah seperti mengajar, berceramah dan menulis buku
*
Menjaga kebajikan keluarga Haji Din
6. Perjuangan Politik
*
Kesedaran dan perjuangan politik keislaman Dato` Dr. Haron sejak awal
dan istiqamah.
* Dia
tidak ekstrim dan tidak lantang
* Dia
dihormati kawan dan lawan
* Parti memerlukannya lantaran ketokohannya
*
Dia tidak perlu bertanding merebut jawatan di dalam parti, tetapi
dilantik di dalam Dewan `Ulama` dan Shura.
* Selepas bersara dia bertanding beberapa kali pada peringkat
parlimen di tanah kelahirannya di
Perlis, tapi tidak menang, namun ianya tidak mematah semangatnya dalam
perjuangan keislkaman.
*
Dia dilantik ke jawatan Murshidul Am Pas selepas Murshidul `Am Pas –
Dato` Nik `Aziz meninggal dunia pada 20 Rabi`ul-Awwal 1436 bersamaan 12
Februari 2015. Sebelumnya sebagai Timbalan Murshidul `Am Pas.
* Dalam pergolakan Pas yang menyebabkan
berlakunya perpecahan sehingga sebahagin besar golongan intelektual keluar (dianggap tidak mendapat didikan Islam
secara formal) dan menubuhkan Parti Amanah, beliau kelihatan lebih berdiam diri.
*
Beliau tetap dihormati kawan dan lawan hingga ke akhir hayat.
* Dia berjasa bukan saja kepadsa parti
tetapi lebih dengan keilmuan, dakwah, perubatan Islam dan kebajikan.
Kembalinya ke Rahmatullah Dato` Dr. Haron
Din pada 16 September 2016 meninggalkan jasa. Semoga Allah mencurahkan rahmatNya
ke atas roh Al-Marhum.
Bersambung ... (Rumusan dan cadangan)
Sekian.
No comments:
Post a Comment