January 18, 2019

ELEMEN ESTETIKA KETARA PADA MASJID AL-UMM


ELEMEN ESTETIKA KETARA PADA MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 121),
BBB, 12 Jamadil-Awwal 1440H. = 18 Januari 2019M. (Juma`at):
Banyak elemen estetika dapat dibicarakan pada Masjid Al-Umm.  Estetika ketara pada seni bina Masjid Al-Umm ialah susunan dari kubah ke bawah  di bahagian mihrab, bahagian atas yang pada mihrab bahagian atas ada enam ruang dengan tiang-tiang kecil memisahkan antara ruang-ruang ini, manakala pada bahagian kanan dan kiri ada enam jendela ( 3 x 2) terbuka  yang jumlah  6 pada mihrab dan ruang jendela terbuka ini dapat melambangkan sebagai rukun iman yang menjadi tonggak akidah bagi orang Islam.
Kubah berada pada bahagian paling atas dengan bentuk bulat adalah melambangkan kesempurnaan yang mencerminkan kesempurnaan Yang Maha Esa. Kebulatan ini dengan kedudukan paling atas adalah mengarah kepada tertinggi dapat mencerminkan perjalanan kualiti rohani seorang atau lebih hamba yang dengan kesucian hati, ibadat seperti solat disamping menyatu diri menghadap Qiblat, adalah juga melambangkan kualiti rohani bermi`raj jiwa dalam meningkat diri menuju yang Tertinggi, sebagaimana yang disebut mi`raj Rasulullah ke langit tinggi munajat diri Baginda terhadap Ilahi dan menerima kewajipan solat lima waktu, maka demikian bagi hamba di dalam bersolat adalah memi`raj rohami diri dalam munajat  dan menuju rohani terhadap Ilahi. Mengadap Qiblat adalah mekanisme penyatuan diri umat secara lahiri, sedangkan mi`raj rohani adalah penujuan dan mi`raj rohani terhadap Ilahi.
6 prinsip rukun iman ini amat penting di dalam pegangan akidah. Iaitu percayakan Allah, Rasulullah,  malaikat, kitab, hari akhirat dan percayakan qadha` dan qadar.Mengenal Allah adalah merupakan seawal-awal kewajipanpengenalan yang diwajibkan. Dalam pengajian keilmuan Islam, pengajian aqidah amat ditekankan. Termasuklah  pengajian di Masjid Al-Umm.
Manakala pada aras utama bagi serambi kanan dan kiri terdapat lima lengkungan pintu semi bulat. Jumlah lima ini  adalah melambangkan rukun Islam yang lima, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baytullah al-Haram bagi mereka yang kuasa.
Kedua-dua elemen estetika di atas yang melambangkan rukun Iman dan Islam bereda dan berkedudukan di hadapan, sesuai bahawa rukun iman dan Islam adalah yang utama, maka kedudukannya adalah pada bahagian hadapan dan utama.
Sebenarnya jika dilihat dari bahagian dalam kedua-dua elemen yang melambangkan rukun iman dan Islam, adalah lebih baik dan indah. Bermaksud jika dilihat bentuk kubah dari dalam, maka keindahannya lebih terserlah baik dari segi bentuk bulat dan dekorasi dalaman, juga dari segi kekukuhanya berada di atas telapak empat tiamg seri utama, melambangkan dukungan empat sahabat.
Demikian lebih hebat pandangan dan keindahan jika dilihat mihrab dari dalam yang pada bahagian atasnya  ada dua lengkungan yang dihiasi dekorasi menarik yang dari lengkungan di atas ke bawah mewujudkan pandangan yang hening, tenang dan kudus. Keheningan dan kekudusan yang seharusnya di alami di dalam menghadapi Ilahi.
Begitu juga bagi  elemen yang melambangkan rukun iman dan rukun Islam dilihat dari dalam adalah praktik jama`ah yang bersolat dan beribadat, bahkan mengaji dan mempelajari ilmu-ilmu Islam adalah mempraktikkan keimanan dan keislaman seseorang atau jama`ah. Aspek dalaman seorang muslim seharusnya lebih baik, hebat dan kental dan gemerlap berbanding dengan luaran.
Sebenarnya kesemua elemen di atas menjadi tarikan lahiri dan maknawi yang merupakan  ciri estetika utama bagi masjid Al-Umm.
Sekian.

No comments:

Post a Comment