KETUA HAKIM NEGARA DAN PEGUAM NEGARA MENARI
DI KHALAYAK DIPERTIKAI
(Fikrah Bangi: 124),
BBB, 15 Jamadil-Awwal 1340H. = 21 Januari
2019M. (Isnin):
Kalangan mereka yang berkedudukan dari segi
undang-undang adalah dipandang tinggi dan dihormati. Mereka dilihat sebagai
penegak undang-undang dan pembela keadilan. Dalam guaman bagi sesuatu kes,
lawyer diberi kepercayaan untuk membela sesuatu kes dan pihak hakim pula dilihat
sebagai penimbangtara yang teliti dan adil di dalam memberi keputusan. Keputrusan hakim diterima dan jika ada
ketidakpuasan hati ada peluang untuk `appeal`, dan akhirnya hakim jugalah akan
membuat revice dan menjatuhkan keputusan. Pendek kata kehakiman adalah rujukan
hukum dan keadilan. Hakim dan hirarki perundangan yang lebih tinggi sebagai
institusi yang dipercayai hendaklah dipandang hormat, bermoral tinggi dan
hendaklah dilihat tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh
dipertikaikan dari segi moral dan kredibiliti.
Isu yang hangat diperkatakan ialah Ketua Hakim
Negara Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara Tommy Thomas dilihat menari di khalayak ramai yang dianggap
perbuatan ini sebagai mereka yang berkedudukan tertinggi dalam bidang
perundangan tidak manis dan tidak beretika,
bahkan tidak professional.
Berbagai pihak mengeluarkan pendapat sebagai
tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Peguam Negara dan Ketua Hakim
Negara. Menari dianggap sebagai budaya rendah yang bagi negara kita Malaysia,
tak pernah mengangkatkan acara menari sebagai acara negara, lantaran ianya
dilihat tidak manis. Budaya menari adalah dilihat sebagai budaya rendah, picisan,
bahkan nafsu, apalagi jika disertai
dengan minum-minum yang memabukkan yang menyebabkan hilang akal dan memalukan.
Jika pun tidak disertai minuman memabukkan, maka ianya juga terdorong kepada
nafsu rendah, iaitu nafsu ammarah yang mendorong kepada sifat nafsu, jika pun
tidak kelihatan luaran, maka ianya adalah bersifat dalaman bila menari bersama
perempuan. Ini bererti menari mendorong lkepada nafsu ammarah dan nafsu ini adalah dikeji.
Pandangan ini adalah dominan, lantaran itu
keterlibatan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara dilihat tidak manis dan tidak
wajar dari segi pandangan umum dan dominan. Lantaran itu adalah wajar berbagai
pihak seperti dari Dr. Zaharuddin Abd. Rahman Presiden Murshid yang mengatakan,
````Perbuatan itu secara tidak langsung
merendahkan kredibiliti institusi
kehakiman dan Perundangan yang dipegang oleh mereka.`` (Sinar, 21.1.2019: 1).
Manakala Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk
Razak Idris berpendapat, ``
``Kredibiliti institusi badan kehakiman dan
sistem keadilan negara tercalar. Pembabitan mereka tidak disenangi seluruh
pimpinan parti akar umbi.`` (Sinar, 1)
Manakala Naib Presiden Pas Idris Ahmad
berpendapat,
``Masyarakat pertikai mereka yang berjoget itu
pemegang tonggak keadilan. Kalau hendak berjoget macam itu tak usahlah pegang
jawatan ini.`` (Sinar: 1).
Banyak lagi pendapat dikeluarkan oleh
berbagai-bagai pihak yang tidak menyenangi kelakuan yang ditunjukkan oleh
Peguam Negara dan KetuaHakim Negara.
Rakyat mempunyai skala moral yang melihat menari
dan berjoget rendah moral. Jika Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara melihat
sebaliknya dimanakah taraf mereka ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment