MASJID FUNGSIONAL
(Fikrah Bangi: 118),
BBB, 09 Jamadil-Awwal 1440H. = 15 Januari
2019M. (Selasa):
Pembinaan Masjid Al-Umm ditentu dan
dipengaruhi oleh faktor saiz ruang tapak, visi dan misi pembinaan dan kewangan.
Dari segi keperluan mendirikan masjid di tapak yang ada yang memang disediakan
untuk tapak masjid atau surau (tanah belum digezet), tetapi tiada desakan
kritikal, kerana sudah ada Masjid Al-Hasanah dan paling dekat adanya Surau
Al-Nur yang diberi kebenaran mendirikan Juma`at.
Timbul hasrat mendirikan masjid, kerana surau-surau
yang lebih kemudian lebih sempurna, sedangkan
Surau Al-Umm masih bersifat sementara dan merupakan pinjaman bangunan
semi-D dari pihak PKNS. Dengan adanya tapak, wajar Surau Al-Umm diganti dengan
bangunan yang lebih baik. Adanya tapak mengapa tidak digunakan. Tetapi pada
peringkat permulaan ada kelainan dan perubahan pendapat. Sekali mau dibangunkan
surau dan permohonan pernah dibuat kepada JAIS dan mendapat kelulusan, pada
masa lain ditukar pendapat untuk mendirikan masjid, kemudian diubah kembali
kepada mendirikan surau.
Digerak oleh visi dan misi menjadikan Bangi
sebagai Bandar Ilmu yang dicetus pada Sambutan 30 Tahun BBB dan diisytiharkan
oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor
pada 22.6.2008 menggerakkan ADUN Bangi pada masa itu memanggil mesyuarat
penubuhan Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm pada 4 Februari 2010. Pembinaan
Masjid Al-Umm diharap menjadi pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu. Adalah diharap
dengan saiz tanah Masjid Al-Umm dibangunkan bagi memenuhi visi dan misi dengan
anggaran belanja pada permulaan mesyuarat ialah RM10 juta.
Bangunan masjid diharap fungsional, kompak dan
padat serta memenuhi visi dan misi. Bagi memaksimumkan ruang bangunan dijadikan
tiga tingkat. Semua tingkat selain dari
fungsi utama bagi ibadat, semua ruang adalah berorientasikan ilmu, bermaksud
boleh digunakan bagi pembelajaran dan pengajian ilmu. Ianya amat dipengaruhi
oleh konsep universit yang sebahagian dari AJK adalah dari tenaga akademik di
universiti-universiti.
Selain dari fugsional bagi ruang-ruang
pengajian bangunan walaupun sederhanma dari segi keluasam, tetapi memenuhi
tujuan, bahkan jika dilihat pada ruang utama ianya amat menselisakan untuk
ibadat dan pengajian. Ruangnya luas dan tinggi menjadikan ianya selesa untuk berada
di ruang utama, Ianya cukup dengan aliran udara dan cahaya, jika pada waktu
siang tidak memerlukan lampu dan cukup selesa dengan pemasangan kipas. Pendingin
udara hanya dipasang bagi waktu antara maghrib ke Isya`. Serambi kiri kanan
bagi ruang utama cukup selesa untuk beribadat, beriktikaf, bahkan untuk
mempelajari ilmu secara halaqah. Ruang legar pada bahagian masuk adalah begitu
fungsional untuk majlis ilmu, perhimpunan, penerangan dan jamuan. Aras satu dan
bawah tanah sebagaimana telah disebutkan lebih khusus bagi pengajian-pengajian.
Ruang dari bahagian luar masjid, sebenarnya
lebih kepada jalankeluar-masuk dengan hanya 51 ruang parkir, boleh dimuatkan secara
sesak sebanyak 80 tempat parkir. Manakala selebihnya kena menggunakan ruang
luar d Medan Usahawan dan bahu-bahu jalan. Cuma ada sedikit tanah bagi taman
yang terhad dalam kawasan masjid.
Peningkatan kos pembinaan hingga lebih 100%, kerana perubahan dan penambahan
yang banyak melibatkan 62% perubahan dan
kosnya meningkat kepada RM 21 juta.
Walaupum
bangunan berada di atas ruang tanah terhad, plan dan pembinaan dapat
dilakukan secara kompak, Di samping kekurangan, bangunan yang fungsional ini
memberi kepuasan maksimum bagi kami.
Sekian.
No comments:
Post a Comment