January 5, 2019

SURAU AL-IKHLAS MAKIN DIPERBESARKAN


SURAU AL-IKHLAS MAKIN  DIPERBESARKAN
(Fikrah Bangi: 108),
BBB,  28 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 05 Januari 2019M. (Sabtu):


Surau Al-Ikhlas yang memulakan Solat Juma`at pada 4 Januari 2019 adalah surau yang dibangunkan oleh Pemaju (PKNS) yang membangunkan kawasan 4 Tambahan. Kawasan Empat Tambahan ini  diabangunkan selepas dibangunkan rangkaian kedai,  warung-warung  dan rumah-rumah pangsa di Seksyen 16, sebelum dibangunkan Seksyen 7. Kawasan Seksyen 4 Tambahan adalah perluasan dari Seksyen 4. Bersama perumahan kediaman dan 6 deret kedai 4 Tambahan turut disediakan oleh PKNS bagi penduduk sebuah surau kecil di pinggir bukit dihujung  dan di belakang kawasan komersil. Kos semasa bagi surau berkenaan menurut harga semasa dijangka RM200,000 pada penghujung 1990an. Dan Surau Al-Ikhlas menurut Tuan Haji Zakaria Pengerusi pertama bagi Surau Al-Ikhlas mula digunakan pada tahun 2000.
Sejak dari penggunaannya beberapa Pengerusi telah bertukar ganti dan jawaeankuasa mentadbirkan Surau Al-Ikhlad bermula sebagaimana dikatakan  dari Tuan Haji Zakaria  seorang pekerja di UPM. Selepas Haji Zakaria digantikan oleh TuanHaji Abdul Rahim, kemudian Tuan Haji Zakaria memimpin kembali, diikuti oleh Haji Othman dan kini Tuan Haji Aminuddin bin Abdul Samad. Oleh kerana Haji Aminuddin berada di luar negara, maka jawatannya kini dipangku oleh Tuan Haji Yahya bin Abdul Shukur.
Menurut Tuan Haji Yahya, oleh kerana berlaku pertambahan penduduk, maka bangunan Surau A-Ikhlas terpaksa dibesarkan dan sehingga kini cost pembesaran lebih kurang satu juta ringgit.
Dalam ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Yahya menyebut, `` Dengan pertambahan penduduk dan pembesaran surau, maka jawatankuasa mencadangkan agar dipohon keizinan dari pihak JAIS kebenaran mendirikan Juma`at atas alasan penduduk makin ramai dan murid-murid dan pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan  dapat menunaikan solat Juma`at secara lebih dekat. Menurut Tuan Haji Yahya, permohonan permulaan tidak diluluskan sehingga dalam tahun 2018 tiga kali permohonan terpaksa dibuat dan al-hamdulillah akhirnya permohonan diluluskan.
Menurut Tuan Haji Yahya, kehadiran jama`ah pada setiap waktu adalah memuaskan.  Pada setiap waktu terdapat tiga saf yang  berjumlah lebih kurang 200 orang. Adalah diharapkan surau yang kini boleh memuatkan 1,500 orang itu terus didatangi jama`ah secara berterusan.
Satu perkembangan yang baik, pihak Surau mendirikan bangunan Sekokah Agama dua tingkat. Ini memberi peluang kepada anak-anak mempelajari ilmu agama lebih dekat dan tidak perlu lagi berulang alik ke sekolah agama yang agak jauh.
Dalam ucapannya Tuan Haji Yahya menyebut pihak surau dan sekolah memerlukan derma jama`ah dan orang ramai diharap meneruskan derma bagi membiayai kos operasi  Surau Al-Ikhlas dan juga pentadbiran  bagi sekolah agama berdekatan.
Khutbah Juma`ay bagi kali pertama di Surau Al-Ikhlas ini disampaikan oleh Tuan Haji Mahayuddin bin Abu Bakar Pegawai Tadbir  PAID. Tajuk khutbah pada hari ini ialah berkenaan Perubahan Masa dan  Azam Baru Sempena Dengan Tahun Baru 2019. Setiap orang perlu menilai sejauh mana pengisian yang dapat dibuat pada tahun 2018. Sewajarnya hasrat dan azam baru yang lebih baik ditanam. Usaha pengisian perlu lebih dipertingkatkan dengan amalan-amalan kebajikan dan lebih mendekati diri dengan Allah.
Selepas Solat Juma`at, para jemutan khas diraikan dengan makan tengahari di ruang bangunan sekolah dan diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan bersejarah Surau Al-Ikhlas.
Sekian.

No comments:

Post a Comment