January 13, 2019

MESYUARAT PERTAMA TADBIR-URUS DAN PENGIMARAHAN MASJID AL-UMM


MESYUARAT PERTAMA TADBIR-URUS DAN PENGIMARAHAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 116),
BBB. 07 Jamadil-Awwal 1440H. = 13 Januari 2019M. (Ahad):
Selepas pemilihan Pegawai dan Jawatankuasakuasa Masjid Al-Umm dilakukan pada 10  November 2018 dan penyampaian wathiqah kepada Nazir-Nazir Hulu Langat 27 Disember 2018 dan penyampaian wathiqah perlantikan Jawatankuasa dan pegawai-pegawai Masjid Al-Umm pada 01 Januari 2019, maka pada malam hari Juma`at 11 Januari 2019 bersamaan 05 Jamadil-Awwal 1440 diadakan Mesyuarat PertamaJawatankuasa Urus-Tadbir dan Pengimarahan bagi Kariah Masjid Al-Umm di Bilik Mesyuarat Masjid Al-Umm. Kesemua, kecuali seorang daripada 22 ahli yang terdiri dari  Jawatankuasa, pegawai-pegawa i dan kakitangan masjid hadir ke mesyuarat berkenaan.
Nazir sebagai Pengerusi Mesyuarat mengucap tahniah kepada semua yang dilantik yang merupakan amanah dan meminta semua berkhidmat secara ikhlas. Pengerusi juga merakamkan  `Terima Kasih` kepada Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarah Masjid Al-Umm yang setengahnya berklhidmat dari tahun 2010 hingga akhir tahun 2018. Jasa mereka yang jelas dengan siapnya Masjid Al-Umm – Insya Allah mendapat ganjaran di sisi Allah.
Mesyuarat pertama ini adalah pemakluman tugas sebagaimana termaktub dalam anekmen  2017 Kerajaan Negeri Selangor , khususnya berhubung dengan pegawai-pegawai dan AJK yang dilantik, juga berbincang dengan perlantikan mereka memimpin biro-biro (10 biro), pemilihan jawatankuasa biro-biro dan skop dan ruang lingkup tugas. Mereka yang dilantik juga menerima sebagai ketua-ketua biro yang dicadangkan, tetapi pemilihan ahli jawatankuasa diminta masa untuk penelitian dan pemilihan dan skop dan ruanglingkup tugas. Persiapan diharap dapat dilakukan sebelum mesyuarat bulanan bagi  bulan  Februari 2019.
Perkara penting yang dibicarakan ialah tentang laporan kewangan dari awal pembinaan hingga kini dan juga kitipan dan pengurusan. Juga dibincang tentanhg tenaga kerja  yang ada di Masjid Al-Umm dan peruntukan bulanan dari segi pengurusan. Setakat ini belanja pengurusan dapat ditampung dengan derma harian dengan sedikit lebihan yang digunakan secara berdikit untuk melunaskan hutang pembangunan yang masih berbaki RM1.8 juta.
Ahli mesyuarat, terutama yang baharu dimaklumkan tentang kegiatan ibadat, pengajian dan kegiatan kemasyarakatan. Disebut juga tugas Masjid dalam hubungan dengan surau-suarau di bawah  zon Masjid Al-Umm yang akan diadakan mesyuarat berkenaan dengannya. Satu konvensyen dijangka diadakan dalam masa terdekat bagimembincangkan pengajian-pengajian dan pendekatan bagi masjid dan surau-surau di bawahnya dan seminar bulanan bagi jenis-jenis pengajian. Masjid akan mendekatkan surau-surau melalui lawatan, kegiatan ilmu dan ibadat,  jaringan maklumat melalui media baru dan penerbitan.
Ahli-ahli dimaklumkan bahawa kemungkinan Masjid Al-Umm akan termasuk di dalam senarai Lawatan Tuanku Sultan Selangor pada bulan Ramadhan dan kemungkinan di Perkenan Tuanku u ntuk merasmikan Masjid Al-Umm, kita akan mempastikan dari pihak berkenaan. Rancangan untuk merasmikan Masjid Al-Umm sejak 2016 tetapi tertangguh, kerana Masjid tidak dapat disiapkan pada masa itu. Bagi tujuan sedemikian kita perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan berlaku.
Pengakhiran Pengerusi mengharapkan semua jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat merangka dan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan dapat bekerja secara berpasukan. Menurutnya kita berhasrat  dapat menjalankan Tadbir-Urus dan Pengimarahan secara terbaik menurut kemampuan dan kita berhasrat  unyul meningkatkan secara bersama dengan masjid dan surau-surau  dari segi ilmu, ibadat dan kegiatan kemasyarakatan.
Jadikan Masjid dan Surau-Surau tempat mendalami ilmu, meningkat kualiti ibadat dan harmoni hidup bermasyarakat.
Sekian.

No comments:

Post a Comment