LANGKAH AWAL MENYANGGAH PH
(Fikrah Bangi:
130),
BBB, 21 Jamadil-Awwal 1440H.= 27 Januari 2019M. (AHAD):
Selepas kemenangan PH dalam pilihanraya ke 14
(10 Mei 2018) dan kemenangan beberapa pilihanraya kecil berikutnya, PH
kelihatan begitu gagah bagai tidak tercabar. Dalam masa PH mencanang `Malaysia
Baru`, beberapa parti menentang PH dalam kemelut kepimpinan. Namun dalam
menghadapi PH dalam pilihanraya Parlimen Cameron Hinghland, suasana politik
kembali teratur dan BN berdepan dengan situasi sebenarnya. Menghadapi
pilihanraya ini berlakupakatan strategik antara BN (Umno) dan Pas. Ada kekecohan yang timbul dari
calon PH M. Manogaran, ketepatan memilih calon oleh BN iaitu Ramli Mohd Nor
dari kalangan orang asli yang pertama kali calon Orang Asli ditampilkan. Dengan
pilihanraya ini kepimpinan Muhammad Hasan Pemangku Presiden Umno terserlah
bersama dengan Pemangku Timbalan Ismail Sabri dan pasukan mereka dan kepimpinan
dari Pas yang bekerjasama dengan Umno.
Kewibawaan PH mulai tercabar dengan banyak
isu-isu yang dibangkit yang tidak diselesaikan seperti janji-janji pilihanraya ke 14, kenaikan kos
hidup yang berterusan, pembatalan projek-projek kerajaan terdahulu yang
dianggap bermanfat kepada rakyat, tapi kerana ianya projek kerajaan dahulu,
maka dibatalkan, polisi baru menggugat keyakinan sebahagianrakyat dan negara solah-olah menuju
ke arah Police State ? Lebih dari itu perbalahan yang terjadi di dalam komponan
PH yang amat ketara. Tiada falsafah dan arah jelas yang mau dituju oleh PH. Apa
yang dianggap sebagai `Malaysia Baru` tiada ertinya.
Kemenangan Ramli Mohd Nor dari BN, lebih
khusus Umno mempunyai beberapa significant. Ianya menampilkan pertama kali
calon dari Orang Asli yang merupakan anak tempatan dengan majoriti besar (12,038) undi mengalahkan calon PH M.Monogaran
(8,800) undi. Kerjasama antara Umno dan Pas nampaknya berkesan dan memberi
impact yang baik. Muhammad Hasan, Ismail Sabri dan rakan-rakan perlu
mengukuhkan keyakinan yang diberi kini dalam menghadapi cabaran-cabaran
mendekat. Pilihanraya Parlimen Semenyih adalah ujian seterusnya. Kerjasama
antara Umno dan Pas dan komponan BN perlu diteruskan dengan secara lebih kemas
dan strategik. Untuk kerusi ini lebih significant. Kalau kerusi Cameron Highland
lebih bersifat mempertahankan kemenangan, tetapi jika kerusi Semenyih dapat
dirampas ianya mempunyai makna yang lebih besar, lantaran ianya kerusi PH, jika
kerusi ini dapat dirampas dan bukan mustahil untuk dimenangi.
Untuk jangka panjang, seperti yang pernah kita
perkatakan, bahawa kerjasama diantara Umno dan Pas masih belum cukup, kerana
ianya memperlihatkan kerjasama dari satu kaum. Bagi Umno dan Pas yang MCA tidak
lagi menjadi komponan, kecuali MIC, perlu mencari rakan dari sebuah parti
yang kalau boleh tidak mencerminkan nama
kaum sebagai saluran sokongan bagi semua
kaum. Tanpa parti yang bersifat semua kaum, maka Umno dan Pas tidak mampu
berhadapan dengan pilihanraya yang majoriti pengundinya bukan dari satu kaum.
Kita melihat untuk jangka panjang perlu
mempunyai dua kumpulan parti yang mempunyai kekuatan seimbang dan membentuk
sistem dua parti. Rakyat boleh memilih atau menukarkan pemerintahan jika satu
komponan parti tidak memuaskan kepada satu komponan parti lagi yang dianggap
lebih baik. Kekuasaan seharusnya tidak dimonopoli oleh satu komponan parti dan boleh ditukarkan
apabila dianggap tidak memuaskan. Kita berharap sistem dua parti yang berwibawa
akan wujud dalam masa terdekat dan rakyat setiap kali memilih membuat pilihan
yang tepat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment