MASJID RAKYAT
(Fikrah Bangi: 15),
BBB, 06 Jamadil-Awwal 1440H. = 12 Januari
2019M. (Sabtu):
Satu yang menjadikan semua pihak merasa
gembira dan syukur, bahawa Masjid Al-Umm adalah didirikan adalah hasil dari
derma orang ramai (rakyuat). Pada permulaan keputusan diambil pada 4 Februari
2010 bagi mendirikan Masjid Al-Umm dapat dikatakan kewangan bermula dari
kosong. Namun atas semangat dan visi yang mencetuskan hasrat mendirikan Masjid
Al-Umm menggerakkan ahli jawatankuasa mengambil inisiatif awal dan berkesan,
ialah memohon derma dari rakyat, khususnya dari penduduk setempat (setelah
dapat izin dari MAIS). Hasil dari pelancaran derma pada 19 Mei 2012
jawatankuasa dapat memungut derma dari orang ramai sebanyak RM150,000. Duit ini
adalah menjadi induk bagi pengumpulan derma seterusnya.
Walau bagaimana selepas pelancaran derma di
atas respon dari orang ramai untuk menderma kurang menggalakkan. Adalah
dijangka pada peringkat permulaan ini, orang ramai masih belum yakin apakah
pihak jawatankuasa mampu mendirikan masjid yang pada masa itu kos telah meningkat dari RM10 juta kepada RM12 juta. Mereka masih
bersikap tunggu dan lihat – walaupun semua dokumen yang dipelukan sudah
diuruskan.
Langkah seterusnya diambil ialah berusaha
memohon dari pihak Dato` Menteri Besar Sl;angor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid
Ibrahim untuk melawat tapak dan perasmian. Dato` Menteri Besar Selangor memang
datang merasmikan tapak. Derma yang didapati pada hari itu tidak menggalakkan.
Iaitu sekadar RM70 ribu, tidak samapai separuh dari jumlah derma pada hari
pelancaran yang lepas. Dengan kehadiran Dato` Menteri Besar Selangor orang
ramai lebih mengharapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk membiyai perbelanjaan Masjid Al-Umm.
Pihak Jawatankuasa memohon dari pihak
negeri menurunkan terlebih dahulu jumlah
yang dijanjikan iaitu RM6 juta, sebelum dapat dipungut dari orang ramai
sebanyak RM6 juta terlebih dahulu. Adalah diharapkan pembinaan fizikal Masjid
Al-Umm dapat dilakukan tidak lewat dari setahun dari perasmian tapak, sedangkan
pada masa permohonan dibuat pihaj Jawatankuasa hanya dapat memungut :
Pada 5 Februari 2013 sebanyak RM1,359.933. 41
satu jumlah yang sukar bagi memulakan pembinaan pada akhir 2013 sebagaimana
diharapkan.
Adalah dikatakan untuk mendapat kepercayaan
penderma, maka perlu didirikan peringkat permulaan. Bila tapak dan ceracak ditanam ianya memberi keyakinan untuk menderma
kerana jika dapat dibuktikan dengan pembinaan, maka orang ramai lebih percaya
bahawa ,masjid benar-benar mau didirikan.
Gerakan mencari derma yang mendapat keizinanm dari MAIS adalah
antaranya dilakukan dengan cara meminta
izin dari masjid dan surau-surau untuk meletakkan tabung derma terutama di
Masjid Al-Hasanah dan surau Al-Nur dan beberpa surau yang lain. Usaha juga
dilakukan secara perseorangan
Bagi mendapat derma dari berbagai pihak.
Pada akhir tempoh yang diharap untuk memulakan
pembinaan tapak, iaitu tidak lewat dari akhir 2013. Kelulusan plan dari pihak
MPKj didapati pada 4 Disember 2013 dan masuk tapak dilakukan pada 10 Disember
2013. Pada permulaan pembinaan ini jumlah derma yang didapati:
Dana terkumpul pada 31 Disember 2013 adalah
sebanyak RM2,641,102.35.
Dengan jumlah ini pembinaan fizikal Masjid
Al-Umm bermula pada 10 Disember 2013 berkenaan..
Memang benar selepes tapak dan cerucuk naik,
maka orang ramai mulai banyak menderma dan dapat dikatakan pembayaran progres
pembinaan tidak terganggu dari segi pendapatan dana sehingga mampu dijelaskan
kepada jumlah RM18 juta hingga akhir 2016. Berikut dari bangunan kelihatan dari
luar telah siap, aliran tunai agak terhenti. Ada percubaan untuk menggunakan
masjid mulai dari tahun 2016 dengan jangkaan bila digunakan menggalakkan orang
ramai lebih menderma. Penggunaan hanya dapat dilakukan selepas mendapat CPC
14.12.2017 dan masjid digunakan pada 16.12.2017 dan memang derma mulai kembali
didapati dari orang ramai. Walau
bagaimana hutang masih belum dapat dilangsaikan. Namun hasil derma orang ramai
80% dari kos masjid adalah hasil derma orang ramai.Terima kasih dan syukur
kepada Allah. Mereka sebenarnya terus menderma terutama pada hari Juma`at. Dari
derma mereka belanja pengurusan dan baki hutang dilunaskan secara berterusan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment