January 16, 2019

ESTETIKA HASIL DARI DAYA KREATIVITI


ESTETIKA HASIL DARI DAYA KREATIVITI
(Fikrah Bangi: 119),
BBB, 10 Jamadil-Awwal 1440H. = 16 Januari 2019M. (Rabu):
Satu aspek yang penting  bakal  dibicarakan tentang Masjid Al-Umm ialah elemen estetika. Kita telah membicarakan tentang bentuk fizikal Masjid Al-Umm
. Bangunan fizikal adalah elemen tampak yang bersifat zat dan bentuk lahir bagi masjid yang dapat dilihatr bentuknya oleh panca indera, manakala estetika ialah sifat yang lahir dan terpancar dari bentuk fizikal yang tidak berdiri sendiri tanpa elemen fizikal. Ianya sebagai suatu yang tidak dapat dipisahkan sama ada buruk, biasa atau indah.
Menyebut estetika, sesuatu yang mempunyai nilai yang menyenangkan, menarik, bahkan indah. Keindahan ada yang bersifat tabi`i dan ada yang bersifat kreatif.
Pada dasarnya semua kejadian ciptaan Tuhan adalah seni dan indah. Ia adalahmanifestasi sifat sempurna Allah – Indah (Jamal).
Hadith diriwayatkan oleh Ibn `Umar radhiya Allah `Anhu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
``Inna Allaha Jamilun yuhibbul Jamal.`` Bermaksud:
``Sesungguhnya Allah itu Indah dan Dia sukakan  keindahan``.
(Hadith riwayat Muslim).
Secara tabi`i, bahawa manusia juga sukakan keindahan danbila membuat sesuatu biasanya mau hasikan sesuatu yang indah dan sempurna.
Satu dari tabi`at manusia ialah bekerja dan menghasilkaan sesuatu hasil dari kerja yang dilakukan. Sebagaimana dikatakan, apa yang dihasilkan seboleh-bolehnya mau dihasilkan sebaik mungkin yang puncak penghasilan yang dilakukan memberi `Kepuasan.`
Bagi proses penghasilan ini pada peringkat bawah ialah adalah `Peniruan`. Sebagaimana dikatakan manusia adalah mengkagumi sesuatu yang indah. Kagum misalnya pada cakerawala di langiy tinggi dengan planet-planet seperti matahari, bumi, marikh, mushtari dan sebagainya. Kagum pada gugusan bintang-bintang, pada laut bergelombang. Kagum pada gunung-ganang, bukit bukau, pohon-pohon menghijau, air sungai mengalir dan kagum kepada berbagai bentuk dan sifat yang dijadikan oleh Tuhan. Tabiat manusia bila melakuklan sesuatu perkara ialah suka meniru objek-objek yang dikagumi. Misalnya bentuk buah, bunga, binatang dan sebagainya. Hakikatnya manusia tidak dapat lari dari melihat bentuk yang sedia ada. Peniruan pada tahap rendah mungkin, relatifnya huduh – tidak sebaik yang mau ditiru dan pada tahap yang lebih baik dikatakan biasa dan pada tahap yang lebih tinggi dikatakan baik dan indah.
Estetika dari ciptaan, selain dari yang tabi`i, ialah proses penghasilan yang bermula dari tiruan dan tiruan pula tidak semestinya sama, tetapi ianya di sulami dengan elemen yang disifatkan sebagai kreativiti. Bermaksud di dalamnya  ada elemen tiruan atau sebarang elemen yang sedia ada, maka ditambah dengan elemen-elemen barui yang bersifat kreatif dan menghasilkan sesuatu yang bersifat indah dan seni yang menyenang,  menarik dan indah. Kreativiti ini dapat dilihat misalnya sesuatu objek yang ditambah hiasannya dengan dekorasi bersifat bunga-bungaan atau bersifat geometrik, misalnya  hiasan pada batang kayu yang dikorek menjadi perahu, maka dihiasai dengan dekorasi burung, ikan  dan sebagainya. Begitu juga dengan kenderaan-kenderaan yang lain. Penghiasan yang bersifat estetik berlaku pada pembinaan rumah,, kawasan laman rumah, barang permainan dan berbagai-bagai lagi.
Wujudnya bahan menjadi tiruan, peniruan meningkat kepada elemen kreasi dan kreativiti. Kreativiti yang tinggi menjadikannya sesuatu itu bersifat  seni kreatif dan berestetik.
Sekian.

No comments:

Post a Comment