January 2, 2019

WARQAH PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID AL-UMM


WARQAH  PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 105):
BBB,  25 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 02 Januari 2019M. (Rabu):
Majlis pada pagi Selasa 1 Januari 2019 bertempat di Ruang Utama Masjid Al-Umm, ialah bagi merai dan menghargai jasa dan sumbangan Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang tamat tempohnya kelmarin (31 Disember 2018) dan juga bagi mengalu-ngalukan kehadiran Jawatankuasa Baru dan menyampaikan Wathiqah Perlantikan kepada mereka yang mulai bertugas pada 1 Januari 2019.
Mereka yang dirai  dan disampaikan warqah penghargaan ialah:
1)      Prof. Dr. Abdul Razak bin Hamdan
2)      Haji Mohd Suib bin Maulud
3)      Haji Mohd Nor bin Haji Mohd Yasin
4)      Haji Ahmad bin Haji Hasbullah
5)      Haji Mohd Kalok bin A. Latiff
6)      Dr. Haji Tajul Ariffin bin Noordin
7)      Haji Abdul Rahman bin Daud
8)      Haji Ghazali bin Hussain  (meniggal 4.5.2017)
9)      Haji Hussin bin Yunos
10)   Haji Ahmad Sufie bin Munasir
11)   Haji Mohd Ghazali bin Abbas
12)   Dr. Mohd Sobri bin Haron
13)   Haji Mohd Annuar bin Haji Nordin
14)   Dr. Siti Saudah binti Haji Hassan.
Manakala mereka yang dipilih dalam Mesyuarat Agung pada 10 Oktober 2018 dan meneruskan tugas tidak diberi Warqah Penghargaan. Mereka ialah Dr. Shafie Abu Bakar, Ir. Haji Ishak bin Haji Arshad, Dr. Amran bin Abdul Majid dan  Datuk Dr. Wahid bin Samsudin. Sebakliknya kepada mereka diberi Wathiqah Perlantikan).
Selepas Ir. Ishak bin Haji Arshad selaku Pengerusi Teknikal dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm berucap, Penulis sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm (sehingga 31.12.2018) berucap dengan melahirkan rasa syukur terhadap Allah dan berterima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat hadir ke  majlis yang amat sederhana, tetapi amat bermakna. Sesungguhnya antara tuan-tuan menjadi ahli jawatankuasa sejak penubuhan jawatankuasa permulaan iaitu pada 4 Februari 2010 dan berterusan hingga 31.12.2018.
Pada hakikatnya majlis yang diadakan tidak sepadan dengan jasa semua ahli jawatankuasa yang dengan ikhlas telah berkhidmat secara sukarela menggunakan masa, tenaga, fikiran, bahkan kewangan bagi membina Masjid Al-Umm. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal di sisiNya kerana melakukan kerja yang paling mulia, iaitu membina `Rumah Allah`.
Banyak halangan yang ditempoh bersama seperti kesukaran bagi mendapat CPC (14.12.2017) hingga masjid dapat digunakan pada 16. 12. 2017. Kesukaran bagi mendapat dana.Usaha mendapat kelulusan plan yang akhirnya diperolehi pada 4 Disember 2013 yang membolehkan pembinaan dimulakan pada 10 Disember 2013. Usaha mendapat CCC  yang akhirnya mendapat kelulusan pada 4 Oktober 2018. Kemudian barulah masjid didaftarkan pada 10.10.2018 dan penyerahan secara simbolik dilakukan oleh pihak JAIS-MAIS pada 11.10.2018 yang pada keesokannya, iaitu pada 12.10.2018 buat pertama dan permulaan Jumaat didirikan di Masjid Al-Umm. Kini segala kesukaran yang ditempoh adalah menjadi kemanisan dalam perjuangan bersama bagi menyiapkan Masjid Al-Umm. Sesungguhnya tiada yang lebih mesra dan bahagia hati kita dari melihat siapnya Masjid Al-Umm yang tersergam indah dan mula dimarahkan.
Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dari individu, Kerajaan Negeri Selangor, Lembaga Zakat Negeri Selangor, Bank Muamalat, dan bank-bank yang lain, pejabat-pejabat dan agensi-agensi yang sama berperanan  berusaha bagi menjayakan pembinaan Masjid Al-Umm.Semoga Allah memberkati segala usaha dan jasa Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Berikutnya Warqah Penghargaan disampaikan oleh Pengerusi kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sekian.

No comments:

Post a Comment