PROJEK ECRL BERCANGGAH: MASIH TIADA
KEPUTUSAN
(Fikrah Bangi: 133),
BBB, 24 Jmadil-Akhir 1440H. = 30 Januari
2019M. (Rabu):
Projek Keretapi Ke Pantai Timur yang
diwarisi oleh Kerajaan PH dari BN,
menyebabkan Kerajaan PH di dalam delima. Ini oleh beberapa sebab. Projek sejauh
6,883 km. Dari Pelabuhan Kelang melalui
Pahang dan Terengganu ke Tumpat Kelantan itu, jika dilaksanakan, maka projek yang
dijangka memakan kos lebih 100 bilion itu menyebabkan kerajaan akan terbeban dengan hutang selama
30 tahun. Ia adalah di luar dari kemampuan. Malaysia juga terpaksa menanggung
interest sebanyak RM500 milion secara
tahunan. Dalam hal ini Menteri Ekonomi Azmin Ali membuat kenyataan projek
berkenaan terpaksa dibatalkan. Kenyataan Azmin Ali ini bercanggah dengan Lim
Guan Eng Menteri Kewangan yang masih belum membuat sebarang kenyataan.
Ada dilema berhubung dengan projek ini. Jika
tidak diteruskan ianya memberi implikasi politik. Janji yang diharap oleh
penduduk di tiga negeri Pantai Timur, jika tidak diteruskan oleh PH, bererti
akan merugikan dari segi politik. Dalam kata lain, ianya akan menyebabkan
penduduk di Pantai Timur tidak akan memberi sokongan kepada PH. Bukan setakat itu ketiga negeri akan bersatu
menyokong usaha bagi menjatuhkan kerajaan PH yang mengabaikan pembangunan di
Pantai Timur.
Sebenarnya Kerajaan PH terikat dengan
perjanjian yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu, andainya Projek Keretapi ke
Pantai Timur itu dibatalkan, maka Kerajaan PH tidak boleh melepas diri, kerana
dengan membatalkan projek berkenaan Kerajaan PH terpaksa membayar pampasana
sebanyak RM20 bilion. Ertinya tanpa projek menjadi realiti dan dibatalkan, maka
Kerajaan PH atau mana-mana Kerejaan yang mewarisi terpaksa membayar 1/5
daripada harga asal projek ! Jika demikian apakah wajar projek dibatalkan ?
Dalam pada itu Menteri Besar Terengganu Dr. Ahmad Samsuri dan Timbalan Menteri Besar
Kelantan Nik Amar berharap projek dapat diteruskan, kerana ianya memberi impak
ekonomi yang baik dan mendekatkan hubungan antara Pantai Barat dan Pantai
Timur. Menteri Besar Terengganu, mengharap jika kos di luar kemampuanm beliau
berharap rundingan dapat dilakukan dengan Kerajaan Cina agar dikecilkan projek
dan mengurangkan kos seperti mengubah jalan laluan dan kecilkan atau
mengurangkan station dan sebagainya yang dapat mengurangkan kos.
Dari satu pihak Presiden MCA Sr. Wee Ka Siong
menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri mengingatkan bahawa jika projek
ECRL dibatalkan ianya memberi kesan hubungan
diplomatik yang tidak baik antara
Negara Cina dan Malaysia. Beliau berharap cadangan untuk membatalkan projek
ECRL dikaji kembali.
Sebenarnya Projek ECRL sepatutnya sudah lama
dibuat bagi membangunkan ekonomi dan kemajuan di negeri-negeri Pantai Timur
yang banyak menyumbang hasil ekonomi terutama minyak kepada Malaysia. Untuk
jangka panjang, projek ini jika dibatalkan, ianya tetap perlu, maka terpaksa
dimulakan kembali kelak. Pada masa itu kos makin bertambah tinggi, jadi jika
perjanjian telah dibuat lebih baik diteruskan mungkin buat permulaa dalam skala
yang lebih kecil terlebih dahulu.
Dilema tentang projek ini membuat Kerajaan PH
masih tidak membuat keputusan. Kenyataan Azmin dianggap bukan kata putus. Dr.
Mahathir tidak membuat keputusan, sebaliknya meminta supaya menunggu kenyataan
rasmi dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kita menunggu kenyataan akan dibuat. Diharap
ada positif.
Sekian
No comments:
Post a Comment