MENERIMA TANGGUNGJAWAB AMANAH JAMA`AH
(Fikrah Bangi: 104),
BBB, 24 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 01 Januari
2019):
Walaupun berita-berita dalam media cetak pada
pagi ini tidak menggalakkan seperti ibu-bapa kehilangan tiga anak serentak di
Pantai Sura, Dungan – Daerah asal
Penulis, penangguhan penurunan harga petrol dan kebimbangan umum terhadap
kenaikan harga barang, misalnya akhbar The Star naik 30 sen daripada harga asal
RM1.30, tetapi bagi kami menerima tahun baru dengan optimis dan berazam untuk
memberi khidmat terbaik ke hujung usia tersisa.
Pada hari ini semua masjid di negeri Selangor,
termasuk di Hulu Langat yang berjumlah
52 masjid menerima pentadbiran baru yang kebanyakannya juga menerima Nazir
baru. Keadaan yang sama berlaku kepada Masjid Al-Umm, bahkan mulai dari 1 Januari
2019 ini buat pertama kali Masjid Al-Umm
menerima perlantikan pegawai dan jawatankuasa pentadbiran dan pengimarahan. Demikian juga adalah perlantikan Ahli Kariah
bagi surau-surau di bawah zon Masjid Al-Umm. Wathiqah perlantikan Nazir-Nazir
telah dilakukan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID) pada Khamis 27 Disember 2018 bersamaan
19 Rabi`ul-Akhir 1440 dan pada hari ini berlaku dua peristiwa bersejarah bagi
Masjid Al-Umm.
Pertama Menyampaikan Warqah Pernghargaan
kepada Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Al-Umm yang telah tamat tempohnya
pada 31 Disember 2018 seramai 14 orang.
Kedua Penyampaian Wathiqah perlantikan Pegawai
dan Jawatankuasa Masjid Al-Umm (23
orang) dan Ahli Kariah Masjid Al-Umm (akan dijemput kemudian) yang memulakan
tugas dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021.
Untuk itu kedua-dua ahli jawatankuasa, iaitu
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm dan Pegawai dan Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengimarahan baru dijemput ke
majlis sederhana diadakan pada pagi ini
di Masjid Al-Umm bagi meraikan mereka semua. Al-Hamdulillah kehadiran kedua-dua
jawatankuasa amat memuaskan. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi ini
bertempat di Ruang Solat Utama masjid. Para hadirin duduk bersila di atas
carpet. Majlis bermula dengan bacaan doa`1 oleh Imam Satu Imam Rahmat dan
majlis dikendalikan saudara Ah Feisal Setiausaha Pegawai dan Jawatankuasa yang
baru dilantik.
Selepas do`a, oleh kerana sebahagian
jawatankuasa, terutama yang baru dilantik tidak dikenali, maka aturcara pertama
ialah `Ta`aruf` di kalangan ahli. Untuk itu seorang demi seorang memperkenalkan
diri masing-masing bermula dari kalangan muslimin yang berjumlah yang hadir 30
orang, kemudian kalangan muslimat pula memperkenalkan diri masing-masing –
seramai 4 orang..
Majlis bermula dengan pengerusi menjemput Timnalan
Pengerusi Ir. Tuan Haji Ishak bin Haji Arshad berucap. Beliau yang juga Bekas
Pengerusi Teknikal Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm melahirkan
kesyukuran kepada Allah sehingga kini, bangunan fizikal Masjid Al-Umm telah
siap sepenuhnya, kecuali beberapa perkara yang berhubung dengan kerosakan kecil
yang perlu dibaiki oleh kontrektor. Kita memegang 5% wang jaminan yang perlu
mereka baiki segala kerosakan sebelum wang dapat dilepaskan. Berhubung dengan
lift, kita telah bayar semua tuntutan berhubung dengannya, tetapi lesen
penggunaan loft telah tamat tempoh dan kita perlu memperbaharuinya dan permohonan sedang dibuat.
Menurut Tuan Haji Ishak, untuk masa akan datang
kita perlu membuat pembaikan. Misalnya jalan masuk ke bangunan masjid pada
bahagian kiri kanan jalan begitu terbuka, kita perlu membuat sekatan untuk
mengelak dari kemasukan kucing, bahkan anjing. Walau bagaimana sekarang kita
sudah menggunakan khidmat pengawal dari jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Jadi
soal keselamatan adalah terkawal. Menurutnya kita menghadapi masalah parkir
yang tidak kecukupan, terutama bagi hari Juma`at. Menurutnya kita berusaha
untuk menambak bahu jalan rintis TNB dengan batu kathran yang mungkin mendapat kerjasama
dari MPKj. Sebagai tambahan apa-apa masalah berhubung dengan teknikal akan
diteruskan oleh Tuan Haji Ishak, kerana beliau dilantik sebagai salah seorang
Jawatankuasa Pentadbiran yang baru.
Bersambung ...
Sekian.
No comments:
Post a Comment