PERJUANGAN BAHASA YANG MAKIN MALAP: PERLU
PIMPINAN DINAMIK
(Fikrah Bangi: 127),
BBB, 18 Jamadil-Awwal 1440H. = 24 Januari
2019M. (Khamis).
Tajuk Berita Harian hari ini, ``Beri DBP
taring``, menarik Penulis menulis berkait topik berkenaan pagi ini.
Meskipun tiada sebarang pertrukaran polisi
terhadap Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
tetapi kini terasa bahasa itu makin malap. Kecintaan terutama di dalam kalangan
koperat dan elit terhadap bahasa itu
semakin menurun. Pemimpin-pemimpin
sebagai sering tersiar dalam media letronik, makin galak menggunakan bahasa
Inggeris dalam ruang-ruang yang sepatutnya lebih wajar menggunakan Bahasa Kebangsaan. Dari segi
psikologi dianggap menggunakan Bahasa Kebangsaan tidak standard dan rendah dari
menggunakan bahasa Inggeris. Kita tidak menentang bahasa Inggeris menurut
kesesuaian, tetapi begitulah keadaan yang dialami oleh Bahasa Kebangsaan.
Mengapakan gejala sedemikian berlaku ?
Kita merasa penekanan terhadap bahasa itu oleh
berbagai pihak tidak lagi dianggap penting. Bahasa itu masih berpaut pada dasar
bahasa pada pengajian-pengajian, penggunaan di Parlimen dan majlis-majlis rasmi
yang dikehendaki menggunakan bahasa Kebangsaan. Di luar daripada itu tiada
kemestian dan berlaku polarisasi penggunaan. Kalangan elit dan atasan lebih
mesra menggunakan bahasa Inggeris, kerana dirasa lebih intelektual dan tinggi
dari segi status, manakala kalangan bawahan menggunakan bahasa kebangsaan yang
sesuai dengan kedudukan mereka yang rendah.
Sebagaimana dikatakan tiada pertukaran polisi
terhadap Bahasa Kebangsaan, tetapi tiada penekanan dan pendekatan seperti oleh Kementerian Pendidikan terhadap memperkasakan
Bahasa Kebangsaan. Sebagai contoh Dewan Bahasa dan Pustaka yang terletak di
bawah Kementerian Pendidikan dibiarkan terumbang ambing. Kita tidak tahu siapa
pimpinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan apakah yang dilakukan oleh badan
berkenaan. Kita rasa ada kelemahan pimpinan pada badan itu di dalam
memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Tiada tokoh segigih Syed Nasir dan Hasan Ahmad
dalam memperjuang dan memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Kita tidak melihat lagi
keluaran majalah-majalah seperti Dewan
Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa dan Dewan Pelajar yang
memupuk perkembangan Bahasa Kebangsaan. Tiada lagi kegiatan mengeluarkan
buku-buku ilmiah seperti dahulu. Tiada lagi pengiktirafan secara pertandingan
dan penilaian yang diberi terhadap karya
dan penulis. Terasa perkembangan Bahasa Kebangsaan kini amat kaku.
Yang kita lihat kerajaan yang memerintah
sekarang tidak menganggap penting untuk memberi perhatian terhadap Bahasa
Kebangsaan. Apa yang ada dan setakat yang berjalan, biarlah terus begitu.
Bahasa Kebangsaanb berkembang atau tidak tidak kisah. Tidak ada secara rasmi,
tetapi ada semacam trend ke arah multi-lingual sesuai dengan arah politik
semasa.
Kementerian Pendidikan yang dianggap pihak
yang bertanggungjawab terhadap pendidikan dan bahasa, kelihatan masih
tercari-cari tapak dan pendekatan mengukuhkan kementerian itu dan soal Bahasa
Kebangsaan bukan suatu yang prioriti dan cukuplah dengan trend dan polisi yang
ada. Kementerian Pendidikan sebagai kementerian yang di bawahnya Dewan Bahasa dan Pustaka
sepatutnya memberi perhatian terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka yang dilihat
kini lemah dan terumbang ambing. Perkara yang penting berhubung dengan agensi
itu ialah melantik kepimpinan berwibawa, memberi kuasa dan peruntukan yang mencukupi
untuk menjalankan kegiatan. Jika Kementeria Pendidikan tidak mampu, sewajarnya
Dewan Bahasa dijadikan sebuah Badan Bebas berotonomi. Diberi kuasa menjalankan
polisi dan pendekatan bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Peruntukan secukupnya
sebagaimana disebutkan di atas diberi
kepada agensi tersebut. Pimpinan yang
setara atau lebih wibawa dari Syed Nasir
dan Hasan Ahmadperlu dilantik. Contoh kegiatan seperti tahun 1960-1980an perlu menjiwai pimpinan Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan kesesuaian dengan situasi kini. Yang perlu ada kesedaran dan kecintaan
pada pimpinan atasan terhadap Bahasa Kebangsaan dan merangka pendekatan positif
dan dinamik memajukannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment