MASJID AL-UMM SEBAGAI PENERUSAN WARISAN
(Fikrah Bangi:
114),
BBB, 05 Jamadil-Awwal 1440H. = 11 Januari
2019M. (Juma`at):
Bagi mempromosi Masjid Al-Umm, salah satu cara
ialah melihat masjid ini sebagai salah satu `Warisan Bangi`. Bandar Baru Bangi
(BBB). BBB sebenarnya adalah penjelmaan `Bangi` yang telah wujud lama seusia dengan
Kajang dan Hulu Langat. Pengambilan
tanah bagi Bangi dan UKM seluas 5,118 ekar sejak 1972 dan mulai dibangunkan
pada 1975, maka pada masa itu sudah terakam plan bagi tapak Masjid Al-Umm,
tetapi pembinaan masjid pada masa itu, bukan menjadi priority, kerana masih
kurang dengan penduduk, sedang di UKM sendiri masih belum mempunyai masjid
(Masjid UKM siap dan diguna pada 16 April 1982). Yang turut digunakan oleh
penduduk BBB.
Pada peringkat awal, walaupun sudah ada tapak,
keperluan awal ialah wujudnya sebuah
surau. Di atas desakan oleh Persatuan Kebajikan Penduduk BBB yang diketuai oleh
En. Omar Ja`far. Ketua Persatuan – Seorang
Pegawai Tadbir di UKM dan Wakil UKM di mesyuarat Majlis Daerah HuluLangat,maka En. Omar Ja`far
mewakili penduduk memohon pihak PKNS menyediakan sebuah bangunan untuk dijadikan
surau bagi penduduk BBB yang berjumlah ratusan orang sahaja itu, maka pihak PKNS bersetuju menyerahkan sebuah rumah semi D beralamat di:
No. 6, Jalan 1/3G,
43650 Bandar Baru Bangi.
Penyerahan dilakukan pada 5 Ogos 1978 dengan
diadakan gotong royong pembersihan dan pada keesokan harinya, iaitu 6 Ogos 1978
bersamaan 01 Ramadhan 1398 Hijrah sempena awal Ramadhan surau berkenaan mula
digunakan. Nama surau ini sengaja diberi nama Surau Al-Umm bermaksud Surau Awal
atau Surau Induk bagi surau-surau di BBB. Pada masa itu tiada wujud lagi masjid
di BBB. Masjid Al-Hasanah mulai digunmakan pada tahun 2000.
Apabila Masjid Al-Umm mulai dibina. Ada
beberapa cadangan nama yang dicadangkan bagi masjid berkenaan. Tetapi bagi
penduduk mau masjid berkenaan di beri nama `Masjid Al-Umm`. Bagi penduduk
Masjid Al-Umm adalah penerusan bagi Surau Al-Umm, sebab itu nama bagi masjid berkenaan
dinamakan Masjid Al-Umm.
Masjid Al-Umm bukan saja penerusan dari segi
nama, bahkan:
Pada peringkat permulaan mesyuarat bagi pembinaan Masjid Al-Umm adalah dilakukan di
Surau Al-Umm, manakala jawatankuasa sebahagiannya adalah terdiri dari
Jawatankuasa Surau Al-Umm. Apabila berlaku perpindahan dan bermulanya
penggunaan Masjid Al-Umm, maka mereka yang mengendalikan Masji Al-Umm adalah
dari Surau Al-Umm, bahkan Surau Al-Umm dianggap sebagai sebahagian daripada
aset Masjid Al-Umm yang sedang diusahakan pemilikan bagi Masjid Al-Umm dan kini
Surau Al-Umm dijadsikan rumah Imam bagi Masjid Al-Umm.
Jelas bahawa sentimen penduduk terhadap nama
Al-Umm begitu tinggi. Mereka mau nama Al-Umm kekal dan menjadi nama Masjid
Al-Umm. Mereka melihat Masjid Al-Umm jelmaan dari Surau Al-Umm. Kedua-duanya
adalah warisan berkesinambungan dan menjadi warisan bagi Bangi jua.
Sekian.
No comments:
Post a Comment