January 22, 2019

ESTETIKA : CIRI PERSAMAAN DAN PERTENTANGAN


ESTETIKA:  CIRI PERSAMAAN  DAN  PERTENTANGAN
(Fikrah Bangi: 125),
BBB, 16 Jamadil-Awwal 1440H. = 22 Januari 2019M. (Selasa):
Antara ciri estetika ketara yang terdapat pada fizikal Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, ialah elemen persamaan dan pertentangan atau boleh juga disebut sebagai berlawanan. Pihak arkitek terpengaruh dengan sudut pandangan, bahawa sesuatu itu berpasangan, berlawanan, bertentangan, bahkan bersamaan. Kehidupan berdepan dengan kiri kanan, berpasangan, lelaki perempuan, bertentangan  hadapan belakang dan sebagainya, maka ciri dan sifat sedemikian terpengaruh pada sudut pandangan arkitek dan terbawa kepada plan arkitek yang disediakan kepada  Masjid Al-Umm. Ciri bermaksud dapat  dilihat pada semua bentuk utama bangunan fizikal Masjid Al-Umm. Ini dapat dilihat pada:
Konsep Belah Dua
Dengan berdiri pada tengah-tengah Masjid Al-Umm sama ada bermula dari bahagian pintu gerbang masuk ke ruang legar masjid, atau bahagian tengah diambil dari  mihrab masjid dengan mengambil dari garis tengan bangunan masjid digaris dari pertengahan pintu gerbang masuk sebagai garis tengan membawa kepada mihrab,  dibelah secara imaginasi, maka fizikal masjid terbahagi dua bahagian. Maka  setelah dibelah terdapat dua belah bahagian yang bahagian kanan adalah bersamaan dengan bahagian kiri. Persamaan dapat dilihat elemen ketara yang bersifat bertentangan, bersamaan dan bersebelahan:
1)      Dua menara
Terdapat dua buah menara pada bahagian hadapan sebelum masuk ke ruang legar masjid. Sebuah menara pada bahagian kanan bangunan dan sebuah lagi yang bersebelahan, bertentang tetapi bersamaan adalah pada sebelah kiri bangunan masjid. Bangunan yang sama tinggi ini adalah sama bentuk dari segi tiang hinggalah ke atas yang menyerupai puncak bersamaan dengan menara di Masjid al-Haram. Menara ini dilengkapkan dengan pembesar suara pada bahagian atas untuk didengar darinya seperti azan dengan lebih jelas. Pokoknya dua menara pada sebelah ini sama, berkedudukan bertentangan dan bentuk, ketinggian dankesamaan adalah menghasilkan elemen estetika yang dilihat bukan saja sama, tetapi indah, menarik, bahkan kekudusan yang dengan bentuk bulat berwarna putih mengarah tinggi ke langit sebagai lambang kerohanian yang meningkatkan perjalanan  rohani dari tahap terendah pada permukaan bumi mergarah  menuju tertinggi kepada Yang Maha Tinggi.
2)      Mini Taman
Pada bahagian luar  sebelum masuk ke pintu gerbang , maka didapati pada bahagian kanan dan juga kiri, ialah ruang taman mini.n Pada bahagian kanan berhadapan bahagian parkir yang juga sama di kanan kiri terdapat ruang yang dihias degan tanaman rumput dan pokok-pokok renik yang menghijau, juga ditanam denganb bunga-bungaan yang mengeluarkan berbagai bunga yang berlainan warna.  Keadaan adalah sama pada bahagian kanan dan kiri. Pokok-pokok bunga renik yang sering ditrim dan disiram oleh Tukang Kebun ini kelihatan menarik dan sebagai hibuan dan tarapi mata bagi yang melihatnya. Pendek kata taman sebelah kanan adalah bersamaan dengan sebelah kiri. Taman mini ini dapat ditingkatkan lagi keindahannya, misalnya dengan  ditanam  pelbagai pokok bunga pada kanan dan kiri, membina mini kolam yang ada air pancut  dengan hiasan lampu warna warni, terutama pada malam hari.
Bayangkan jika ruang masjid pada bahagian depan kosong dari sebarang  hiasan, maka ia seolah-olah kering dan tiada daya tarikan yang menyenangkan mata memandang, juga sebagai hiburan kejiwaan.
Bersambung ...
Sekian.

No comments:

Post a Comment