ESTETIKA KETARA DI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 129),
BBB, 20 Jamadil-Awwal 1440H. = 26 Januari
2019M. (Sabtu):
Jika anda masuk ke dalam Masjid Al-Umm , maka
anda dapati sebelah menyebelah, bahagian kanan dan kiri adalah sama. Pihak
arkitek di dalam merangka plan adalah terpengaruh dengan konsep setiap satu itu
ada pasangan dan gandingan. Dengan mengimajinasi ruang utama masjid dibelah dua
mulai dari pertengahan mihrab membawa ke pertengan pintu gerbang, maka apabila
masuk ke ruang legar, maka didapati pada sebelah kanan ada pintu kanan untuk
keluar masuk (biasaanya ditutup), maka demikian juga pada sebelah kirinya juga
ditutup. Ini ialah kerana banyak lagi ruang terbuka untuk keluar masuk.
Pergi lebih ke dalam terdapat sebuah bilik
VVIP yang digunakan sekali sekali bagi meraikan tetamu istimewa yang datang,
atau khatib atau penceramah jemputan
yang datang lebih awal, maka tamu berkenaan ditempatkan atau diraikan terlebih
dahulu. Di dalam bilik ini ada perabut mahal sesuai bagi VVIP. Bilik ini juga
mempunyai bilik dan toilet yang canggih.
Bersebelahan bagi bilik ini juga mempunyai
bilik yang sama besar. Kini bilik ini digunakan sebagai pejabat pentadbiran
masjid. Di dalam pejabat ini terdapat meja bagi nazir, timbalan nazir,
bendahari, Penolong bendahari setiausaha dan penolong setiausaha, setiausaha
tadbir, setiausaha kewangan dan meja untuk mesyuarat kecil. Bilik ini sentiasa
sebok dengan pengurusan dan mereka yang datang.
Pada sebelah kanan ada ruang terbuka untuk
kemasukan cahaya dan udara dan di bawahnya – asalnya untuk mini taman, ditukar sebagai tempat
duduk-duduk dan rehat. Boleh juga
sebagai ruang makan dan jika jama`ah ramai boleh dijadikan tempat solat.
Ruang terbuka sedemikian juga terdapat di
sebelah kiri dalam ruang ini disediakan taman kanak-kanak. Disini disediakan
papan menggelusur dan tempat-tempat mainan
kanak-kanak. Anak-anak yang mengikuti ibu bapa mereka bersolat dan
mengikuti pengajian boleh berihat di sini selepas solat dan menunggu
masa pengajian berakhir. Kini ruang atas bagi kedua-dua ruang terbuka ini
ditutup dengan bumbung yang telus cahaya dan kemasukan utara untuk mengelak
dari hujan dan tempias. Kedua-dua ruang terbuka ini terletak di hadapan dua
bilik –VVIP dan Pejabat. Anak-anak yang bising dikawal oleh pekerja-pekerja di
pejabat.
Jauh di sebelah kanan terdapat kawasan luas
bagi bilik air dan toilet-toilet utama masjid. Di luarnya terdapat tempat mengambil
wudhu` bagi kaum lelaki, manakala
sebelah kiri juga terdapat ruang wudhu` dan toilet bagi muslimat. Hadapan bagi
bilik air kanan terdapat kolah reserve bagi takungan air jika berlaku ketiadaan air. Kolah sedemikian juga terdapat
pada sebelah kiri.
Masuk ke dalam ruang utama masjid , iaitu
kawasan solat utama yang dapat memuatkan 2000 jamaah, maka ruang kanan dan kiri
yang disekat dengan dinding kaca bagi ruang berair-cond adalah sama kanan kiri
dari segi saiz dan bentuk.
Yang paling ketara di sebelah kanan, terdapat
ruang serambi (koridor) atau dipanggil juga sayap kanan masjid yang terbuka.
Demikian juga pada sebelah kiri ada serambi atau koridor. Pada ruang setiap
serambi ini dapat memuatkan 500 jamaah. Tujuan diadakan serambi, ialah untuk
kawasan bagi mereka yang tidak mau berada dalam air-cond – diruang utama.
Kedua-dua belah serambi ini juga dapat digunakan untuk pengajain secara
halaqah, kelas kecil dan sebagainya, tanpa mengganggu kegiatan dalam ruang
utama.
Yang baiknya ruang utama mempunyai ruang
terbuka yang bahagian atas ke dome - tinggi yang dimasuki cahaya dan udara secukup,
sehingga jika pada siang hari tidak perlu kepada pembukaan lampu.
Adapun pada bahagian dinding baik pada
permulaan masuk ke ruang legar atau pada bahagian aras utama , maka pada kanan
dan kirimya juga bersamaan. Persamaan juga dari segi jumlah pintu, ruang
tingkap dan dedaun pintu .
Demikian ciri estetika - konsep sebelah menyebelah persamaan pada
bahagian aras utama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment