Pada peringkat awal, pelan arkitek bagi Masjid
Al-Umm adalah masjid dua tingkat, iaitu aras utama bagi jamaah dan aras satu bagi muslimat. Dalam perbincangan dalam
mesyuarat-mesyuarat AJK Pembinaan dan perunding-perunding tentang
ketidakcukupan kawasan parkir dan cadangan menggunakan kawasan di bawah cable
TNB di kanan jalan masuk ke tapak masjid Al-Umm yang juga bersebelahan dengan
padang awam berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, tercetus
idea dan cadangan agar dipindahkan tanah
bahagian hadapan masjid ke kawasan parkir di bawah cable TNB dan ruang
hadapan bahagian bawah masjid dijadikan aras bawah tanah bagi masjid. Dengan
itu masjid akan menjadi tiga tingkat (Ini merupakan keindahan idea yang
merupakan estetika maknawi bagi Takmilah). Kewajaran cadangan ini membawa
kepada penerimaan ialah:
1) Nature tapak masjid yang merendah ke bahagian hadapan berhampiran jalan
dan tanahnya adalah lembut yang ditolak dari bahagian tengah dan mudah
dikeluarkan
2) Pada masa itu plan arkitek belum diangkat kepada pihak MPKj dan plan
cadangan tiga tingkat ini sempat dipamerkan semasa Lawatan Tapak oleh Y.A.B.
Dato` Menteri Besar Selangor pada 6
Januari 2013.
3) Reka bentuk bagi aras bawah tanah ini dibincang secara bersama dalam
mesyuarat-mesyuarat AJK. Ianya merupakan dapatan bernas berkat dari mesyuarat.
Keluasan bagi aras bawah tanah ini ialah 5,600 kaki persegi yang terletak pada bahagian
depan bagi masjid. Keempat-empat tiang seri bagi kubah masjid adalah berada di
bahagian aras ini dengan tiang-tiang yang lain yang lebih kecil. Pembinaan bagi
aras bawah tanah ini diberi tumpuan awal selepas aras utama diseminkan lantai
utamanya. Tumpuan diberi kepada aras bawah tanah adalah sesuai dari segi
krolonologi perkembangan pembinaan bermula dari bahagian bawah membawa ke
bahagian atas. Bahagian bawah adalah menanggung beban terlebih dahulu dari
bahagian atas.
Dengan diratakan semin pada aras utama, maka
kelihatan aras utama lebih tinggi, manakala ruang bawah tanah dengan
tiang-tiang yang muncul kelihatan berada di bahagian lebih bawah dari aras
utama.yang lantai pada aras bawah tanah ini juga telah diratakan dengan semin.
Secara kasar sudah kelihatan berbezaan aras antara bawah tanah dan aras utama.
Tiang-tiang pada aras bawah tanah ini adalah tiang-tiang utama dan besar –
termasuk empat tiang seri, Ada dinding bahagian belakang aras bawah tanah yang bertembokkan pada tanah pada bahagian
dalam bagi dinding.Tiang-tiang utama inilah menjunjung lantai aras utama hingga
pada puncak bagi empat tiang seri yang menjunjung kubah, manakala tiang-tiang lain
menjunjung struktur binaan masjid bagi bahagian kiri kanan dan sisi bagi ruang
utama. Adapun tiang-tiang pada bahagian sebelum masuk ke ruang jamaah utama di
aras utama adalah lebih kecil, tetapi banyak bagi menjunjung aras satu dan
bumbung di atas. Dengan tiang-tiang lebih besar bahagian hadapan yang menjunjug
bangunan lebih berat dan bahagian sebelum masuk ke bahagian tengah dengan tiang
yang lebih banyak tetapi lebih kecil berlaku keseimbangan antara kedua bahagian
berkenaan.
Bahagian hadapan bagi aras bawah tanah ini
kelihatan lebih tinggi lantaran berada berhampiran di tepi benteng yang sudah
agak tinggi (12 kaki). Ianya ditinggikan lagi dengan pandangan dari luar mihrab
yang kelihatan bulatan separuh bulat (mihrab) dari aras bawah membawa kepada
aras utama dan ke aras satu (tingkat tiga) yang mana dipuncaki oleh kubah,
manakala dilihat dari bahagian masuk dari depan melalui pintu gerbang kelihatan
rendah, bahkan bagi mereka yang pertama kali datang tidak menyedari bahawa ada
aras bawah tanah di hadapan, lantaran memasuki ke ruang utama adalah secara
terus bersama aras tanah. Kehebatan bagi bahagian masuk ialah dengan pintu
gerbang dan sepasang menaranya yang tiga sebaris sebagai mengucapkan selamat
datang `ahlan wa sahlan` bagi mereka yang masuk melalui gerbang masjid.
Konsep ruang bagi aras di bawah tanah adalah
`ruang terbuka` bersesuaian dengan
fungsi ruang tersebut, iaitu ruangan untuk persidangan, konvension, seminar,
ceramah, graduasi, kenduri kahwin,
gethering, sambutan maulid al-Rasul, hariraya yang ruangnya dijangka dapat menampung
1,000 tamu. Oleh kerana ruang agak luas, maka adalah dicadangkan ruang terbuka
berkenaan diadakan `partition` agar dua majlis bersesuaian dapat diadakan
secara serentak atau digunakan separuh daripadanya. Dengan cara itu dapat
menyelematkan ruang dan mengurangkan penggunaan tenaga letrik. Pihak masjid
tidak akan menyediakan kerusi meja secara sepenuh, kerana ketiadaan ruang untuk
stor, sebaliknya menyediakan secara minimum. Majlis juga dapat diadakan secara
duduk dilantai. Ada dua bilik disediakan. Pertama ruang akad nikah bagi majlis
perkahwinan yang ruang ini boleh bertukar menjadi bilik mesyuarat atau bilik
meraikan tamu. (Sebuah bilik kecil ialah bilik persalinan), manakala sebuah lagi bilik ialah bilik yang agak besar
ialah bilik penyediaan jamuan yang masakan dibawa dari luar untuk jamuan.
Keluar masuk ke aras bawah tanah ini tidak
mengganggu aras sebelah atas dan kemasukan ke arahnya melalui dua jalan masuk
kiri kanan di tepi bangunan sebelah hadapan. Kenderaan tidak dibenarkan masuk,
kecuali bagi lori yang menghantarkan makanan, oleh kerana ruang jalan sempit
dan tiada parkir bahagian atas. Bahagian depan ke tepi benteng juga sempit,
Cuma ada sedikit ruang bagi mendirikan satu dua khemah yang sederhana besar,
jika dibenarkan. Walau bagaimana tamu yang hadir ke ruang bawah tanah ini boleh
naik ke atas untuk bersolat dan sebagainya melalui dua tangga kiri kanan yang disediakan,
begitulah sebaliknya para jamaah di aras utama juga boleh turun ke bawah bagi
menyertai majlis yang diadakan pada aras bawah tanah. Terdapat uit-unit toilet
disediakan bagi tamu-tamu di aras bawah tanah, selain dari toilet-toilet yang
disediakan pada aras utama dan aras satu.
Sudah tentulah penambahan aras bawah tanah ini
adalah bagi kepentingan pulangan bagi masjid. Masjid sudah tentulah memerlukan
peruntukan yang agak tinggi bagi operasi dan maintenance bulanan. Adalah
dijangkakan dengan kegiatan yang diisi, kos tidak akan dapat ditampung dengan
pungutan derma mingguan pada hari Jumaat sahaja, tetapi memerlukan
berbagai-bagai sumber kewangan, maka penggunaan ruang di aras bawah ini adalah
termasuk di dalam perkiraan bagi mendapat sumber kewangan yang dijangka dapat
menampung keperluan kewangan masjid.
Dapatlah dikatakan bahawa jika aras utama dan
satu masjid ialah aras ibadat dan
pengajian, maka aras bawah tanah adalah aras kemasyarakatan. Masjid Al-Umm
diharap di samping menjadi pusat ibadat dan pengajian, maka ianya juga dapat
memberi khidmat kepada masyarakat dari segi kemasyarakatan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment