Kehidupan moden yang merapatkan hubungan,
memudahkan mendapat dan penghantaran barang-barang, kemahiran dari segi
rekacipta dan kreativiti dan kemampuan dari segi pembinaan menjadikan kehidupan
sebagai `gobal village`. Antara satu dengan lain pengaruh mempengaruhi. Keadaan
seperti ini mempengaruhi sama dari segi pembinaan masjid. Kalau dahulu antara
satu tempat dengan tempat yang lain dijaraki kawasan yang jauh dan dari segi pembinaan
banyak bergantung pada bahan tempatan seperti di dalam pembinaan masjid
bergantung pada bahan asli – kayu tempatan, kini bahan binaan seperti batu,
semin, besi adalah bahan biasa digunakan di mana-mana, termasuk mudah
mendapatkan bahan seperti marmar, tile, mozaic, cermin, carpet dan sebagainya, maka
situasi ini mempengaruhi sama dari segi pembinaan masjid, hiasan dan pengisian
dalaman. Lantaran itu seni pembinaan masjid yang menggunakan bahan-bahan hampir
sama menghasilkan bangunan yang mirip sama. Kini makin kurang bangunan masjid
yang menggunakan tiang, berlantai dan berdinding kayu. Kebanyakan sudah
menggunakan bahan batu dan semin dan lantai di atas tanah yang bertile, bahkan
dengan adanya kemudahan letrik bukan saja menggunakan kipas, tetapi berhawa
dingin.
Antara imej yang mengidentitikan sebuah masjid
yang meningkatkan kepada ciri universal pada peringkat umat yang didapati bagi
sesebuah masjid moden ialah:
1) Ada ruang solat yang selesa bertile dan menggunakan carpet selain dari
sejadah
2) Ada partisen bagi ruang muslimat sama ada di sisi kiri, di belakang
atau tingkat atas
3) Ada mihrab pada bahagian hadapan yang secara langsung menunjukkan ke
arah Qiblat
4) Ada mimbar untuk khatib menyampaikan khutbah, khususnya pada hari
Jumaat
5) Penggunaan pembesar suara bagi imam, bilal dan juga untuk pengajian
6) Ada kubah di bahagian tengah atas berbentuk bulat bebawang atau bujur
telur dan sebagainya yang merupakan imej ketara bagi sesebuah masjid
7) Ada menara yang kadang-kadang lebih dari satu, samada jumlah dua, tiga
atau empat menurut besar kecilnya masjid.
8) Ada paip air yang biasanya disediakan pada bahagian hadapan, kiri,
kanan dan tambahan pada tempat bersesuaian.
9) Toilet yang biasanya disediakan pada bahagian berasingan dari masjid
bagi mengelak kecemaran dan bau yang tidak menyenangkan.
10) Berbagai-bagai kemudahan lain seperti bilik jenazah, bilik sumber dan
berbagai yang lain.
Masjid sebagai bangunan yang digunakan oleh
orang ramai, biasanya terletak pada tapak yang baik dan strategik indah dan
menarik pandangan. Masjid pada pusat pemerintahan di dalam Islam hendaklah
berada pada tapak yang lebih tinggi dari rumah sultan dan pemimpin-pemimpin
negara dan negeri dan berada pada bahagian lebih bawah mengelilinginya.
Seharusnya tidak ada bangunan yang lebih tinggi dari masjid. Ianya menjadi
syiar bagi negara, negeri, termasuk juga pada peringkat daerah, pekan dan
kampung.
Walaupun masjid mempunyai ciri universal pada
peringkat, umat, negara dan dunia, ini tidak bererti tidak ada keistimewaan dan
ciri-ciri yang membezakannya dari masjid-masjid yang lain yang mengidentitikannya,
mengistimewa dan membezakannya dari masjid-masjid yang lain. Ada masjid-masjid
yang ketara membezakannya dari masjid-masjid yang lain pada peringkat utama,
negara, negeri dan sebagainya.
Pada peringkat puncak dan ummah Masjid al-
Haram adalah masjid utama bagi umat Islam. Ianya adalah Qiblat dan masjid untuk
beribadat paling utama bagi umat. Pada masjid ini juga disempurnakan
amalan-amalan haji dan umrah. Selain dari ciri utama berkubah dan ada tempat
saie, Masjidil Haram mempunyai ciri seni bina dengan bangunan melingkungi
Ka`bah. Pada Masjid al- Haram ada telaga Zamzam. Masjid al- Haram juga
mempunyai menara dan kubah-kubah. Bangunan Masjidil Haram sedang mengalami
pembangunan dan perubahan serta pembesaran.
Bangunan Masjid Nabawi terkenal dengan adanya
maqam dan Raudah al-Rasul. Paling istimewa dan identik ialah Kubah masjid
berbentuk bebawang atau delima yang berwarna hijau dengan menara-menara yang
gagah mengelilingi masjid. Masjid Nabawi terkenal dengan ruang solat yang luas
lebar memanjang dengan mempunyai 100 pintu seluas berjalan megelilinginya
secara perjalanan sederhana memakan masa satu jam. Manakala Masjid al-Aqsa
al-Sakhra` di Baitul Maqdis mempunyai kubah berbentuk bulat bujur telur. Masjid
Damshiq mempunyai arch-arch dan tiang yang mempunyai dekorasi bersifat
geometric design dengan flora dan fauna. Masjid Ibn Talun di Mesir mempunyai
pintu-pintu berbentuk arch dan juga kubah seperti bujur telur. Masjid Isfahan
pula istimewa dengan pintu-pintu gerbang bagi memasuki ruang masjid,
manakala ruang-ruang masuk baik ke
tingkat bawah dan juga ke tingkat atas juga berbentuk pintu gerbang. Manakala
Masjid Qurdova mempunyai keistimewaan dengan tiang-tiang yang bahagian atas
bersambung antara satu dengan lain dengan arch-arch lengkung dan bergerigis,
Masjid Qurdova juga mempunyai kubah yang istimewa yang dari dalam dibina dari
lengkungan empat dan tiga segi yang mengukuhkan kedudukan kubah di atas binaan
berkenaan. Masjid Sulayman II di Turkey pula mempunyai kubah-kubah yang banyak
bagai memayungi masjid berkenaan.
Masjid moden di Malaysia yang mempunyai
ciri-ciri seni bina yang menarik ialah Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar yang
mempunyai kubah berbentuk bawang dan dikelilingi tiga menara utama, Masjid
Zahir, Alor Star yang mempunyai kubah utama dan dua kubah lebih kecil
seumpamanya berbentuk seperti kubah Masjid Nabawi. Masjid Sultan Abu Bakar,
Johor yang mempunyai tiga menara tiga tingkat yang agak besar. Di Selangor
ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, masjid negeri yang
identitinya ialah berkubah besar berwarna biru yang menutup sebahagian besar ruang
utama solat dan Masjid Putrajaya yang mempunyai kubah bujur telur berwarna pink
dengan beberapa kubah kecil mengiringinya. Masjid indah ini diindahkan lagi dengan keberadaannya di tepi Tasik Putrajaya.
Demikianlah imej-imej istimewan bagi
masjid-masjid disebutkan. Antara ciri-ciri istimewa yang ada pada masjid-masjid
berkenaan dijadikan contoh dan digunakan pada masjid-masjid yang lain yang baru
dibina dengan penyesuaian-penyesuaian. Antara masjid dibangunkan di samping ada
kesamaan dengan ciri-ciri istimewa pada masjid-masjid yang lain, tetapi masjid-masjid
berkenaan juga cuba membina imejnya yang tersendiri. Jika kreativiti berkenaan
mampu mewujudkan identitinya tersendiri dan teristimewa dari yang lain, maka
imej masjid berkenaan menonjol dan istimewa dan ianya berdiri dengan imejnya
tersendiri dan dikenali, jika tidak, maka ia adalah merupakan bahagian dari
masjid-masjid di seluruh dunia yang terus berkembang dan dimakmurkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment