Ideal melihat Takmilah Sempuna-Indah
keseluruhan
Adalah pendekatan secara `Ringkas-Padat`
rumusan
Namun melihat bahagian-bahagian menyempurnakan
`Part and parcel` melengkapkan keseluruhan.
`Sempurna-Indah` dengan identiti sendiri
Adalah piawaian dipasti takmilah mendekati
Bahagian dari keseluruhan yang penting
Fizikal binaan di atas tapak disempurnakan
Lantaran sesudah keizinan dari pihak Negeri
Kelulusan JAIS dan pihak berkuasa tempatan
Adalah memperkasa AJK berwibawa
Mampu menterjemah dan memperturunkan
Reka
bentuk idaman ke dalam lakaran
Perspektif arkitek darinya direalisasikan
Tidak mudah perlu masa mendapat kelulusan.
Mendirikan masjid seperti senibina lain
Mungkin dilihat mudah berbagai contoh berdepan
Tetapi adalah payah antara tidak lari dari
ciri-ciri
Tetapi beridentiti memancarkan imej tersendiri
Namun kemahuan kuat berdepan gugatan
Ketiadaan dana hasrat sering menghalang
Tumpuan utama bagi melicinkan urusan
Semuanya bergantung pada sokongan awam.
Kerja profesional dan perlu sentuhan seni
Menghayati elemen tarbiyyah-taabbudiyyah
Kekudusan terlambang pada elemen binaan
Lantaran perlu kepada penasihat-consultan
Mengurus pembinaan, teknikal keperluan
Induk yang faham memantau keseluruhan.
Demikianlah sebelum pembinaan bermula
Penentuan arah Qiblat dipastikan tepat
Segalanya sempurna dan siap melaksana
Dari perunding arkitek, kontrektor,
kejuruteraan awam
Kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ukur
bahan
Mereka dipantau dan membentang kemajuan
Ke mesyuarat berturut mingguan diawasi induk.
Bermula dari kerja-kerja tanah, piling tapak
Membina dinding konkrit, menanam cerocok
Mengukuh tapak kepada bermunculan tiang
Lapis demi lapis lantai mulai kelihatan
Dari aras bawah tanah bonus rundingan
kepada aras utama fokus tumpuan
Kepada tingkat satu menjunjung tetulang atap
Paling banyak diberi perhatian dan rundingan
Merekabentuk kubah tersendiri indah
Siang berseri pantulan cahaya matahari
Malam memancar cahaya beridentiti sendiri
Di samping menara-menara tegak berdiri
Persis menara Masjid al-Haram dan Masjid
Nabawi
Menggaris biru langit gagah menjulang
Ke ruang terbuka menggemai azan.
Pun begitu bagi bangunan fizikal
Perlu dilihat elemen seni dan dekorasi
Berhias ayat suci bersesuaian fungsi
Dari aras-aras lapisan kepada ruang-ruang
Kepada mihrab, mimbar dan lantai marmar
Ruang utama ke ruang lempah pinggiran
Berhamparan permaidani mudah dialihganti
Tangga-tangga lif memudah pergerakan
Dari ruang ke ruang bilik-bilik kelengkapan
Pintu gerbang menyelamat datang
Pintu-pintu tepian berbentuk arch lengkung
Tunduk lembut keliling harmoni
Seterusnya ke pelbagai kelengkapan
Dari ruang wudhu`, bilik jenazah dan toilet
Keseluruhan bersatu memancarkan identiti
Masjid Al-Umm di Wadi Ilmu mengukuh harapan
Bangi Bandar Ilmu makin berkembang.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
22 Rajab 1436
11 Mei 2015.
No comments:
Post a Comment