May 13, 2015

Mohon Keizinan Memungut Derma Pembinaan Masjid Al-Umm Dan Majlis Pelancaran Derma


BBB, 23 Rajab 1436 = 12 Mei 2015 (Selasa):
Satu dari keperluan yang amat penting bagi pembinaan masjid ialah  kewangan bagi membiayai perbelanjaan bagi membina masjid. Dalam mesyuarat AJK yang ditubuhkan menyebut anggaran kos pembinaan Masjid Al-Umm bakal didirikan ialah RM10 juta. Dapat dikatakan AJK adalah bertolak dari RM0/=. Berikut dari kelulusan tapak – Pewartaan dari Kerajaan Negeri Selangor (September 2010) dan kelulusan pembinaan masjid dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kebenaran (8 Jun 2011) bagi membina Masjid al-Umm di atas Lot 51177 Jalan 1/4A, maka pihak AJK mengusahakan bagi mendapat kebenaran dari majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kebenaran bagi memungut derma bagi Tabung Masjid Al-Umm.            


Hasil dari permohonan dibuat, maka pihak MAIS telah memberi kebenaran MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/34 bertarikh (2 Januari 2012) memungut derma mulai dari tarikh 10 Februari 2012 dan berakhir pada 6 Julai 2013.  10 orang AJK diberi kebenaran bagi memungut derma, mereka adalah dari AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, iaitu:
Bil.      Pemungut Derma                                     No. Telefon
1.        Dr. Shafie Abu Bakar                          0193874002
2.       Mohd Ghazali Abbas                           0169722556
3.       Hussin Haji Yunos                                0196677501
4.       Mohd Nor Haji Mohd Yasin               0192383944
5.       Ahmad Haji Hasbullah                        0102711943
6.       Omar  Jaafar                                         0122026496
7.       Mohd Kalok A. Latiff                            0126780024
8.       Nik Muhd Adham Nik Anwar             0196697454
9.       Dr. Tajul Ariffin Noordin                     0193164151
10.   Abdul Rahman  Daud                           0126847906
Berbagai cara bagi memungut derma dilakukan (tiap pemungut dibekalkan dengan resit-resit), antaranya dengan memasang kain rentang di kawasan masjid dengan nama-nama pemungut derma disertakan bagi membolehkan penderma-penderma menyampaikan derma. Antara cara ialah memaparkan nama pemungut derma di dalam internet dan blog dan memaparkan no. Akaun di dalam Maybank Islamic, iaitu No. Akaun `Tabung Masjid Al-Umm` ``5628 3460 7208`` bagi membolehkan penderma-penderma memasukkan derma mereka langsung kepada akaun berkenaan. Satu cara ialah dengan mewujudkan tabung-tabung derma dan meminta izin dari pihak masjid-masjid dan surau-surau tertentu kebenaran meletakkan tabung yang duit derma dipungut dari masa ke masa. 
Satu pendekatan yang efektif dan agresif, bahawa pihak AJK membuat keputusan bagi mengadakan `Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi`. Majlis ini diadakan pada Sabtu 10.00 pagi, 19 Mei 2012 bertempat di Medan Letak kereta, Jalan 1/4A, Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi bersebelahan dengan tapak bagi pembinaan Masjid Al-Umm. Khemah-khemah dipasang, termasuk disediakan pameran tentang pelan dan cadangan bangunan Masjid Al-Umm BBB.
Majlis dilancarkan oleh Dr. Shafie Abu Bakar selaku Adun Bangi dan juga selaku pengerusi AJK Pembinaan Masjid Al-Umm. Antara kata-kata aluan Perasmi, bahawa beliau bersyukur dapat mengadakan Majlis Pelancaran derma bagi Masjid al-Umm. Menurut beliau, ``Membina masjid adalah usaha kebajikan, saya percaya ramai yang berlumba-lumba membuat kebajikan.Saya memohon agar Tuan/Puan dapat menyumbang bagi menjayakan projek ini.``
Adalah dimaklumkan bahawa masjid yang akan dibina adalah dua tingkat dan mempunyai ruang seluas 4,317 meter dan dijangka dapat menampung jamaah seramai 2,800 orang  Disebutkan juga masjid akan menyediakan ruang solat, kelas tahfiz, bilik seminar dan kemudahan bagi pengajian keilmun agama. Jangkaan kos pada masa itu telah meningkat dari RM10/- juta kepada  RM11.2 juta dan ianya akan dibiayai sepenuhnya oleh orang ramai melalui kutipan derma dan sumbangan. Pada masa itu pihak arkitek Urusbina telah dikenalpasti bagi menyediakan plan arkitek untuk merekabentuk plan masjid bagi dikemukakan kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan jabatan-jabatan yang berkenaan. Pameran pada hari itu dikendalikan Tuan Raja Fuaddin dari Arkitek Urusbina.


Hasil dari Majlis Pelancaran Tabung Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi dapat dipungut derma sejumlah RM150,000  yang dapat dijadikan kewangan Induk bagi Tabung Masjid Al-Umm. Daripada jumlah RM150,000, sejumlah RM100,000 adalah derma seorang ibu tunggal yang merupakan penderma pertama yang menderma dalam jumlah yang agak banyak. Walaupun dapat dikatakan bahawa jumlah derma yang didapati bagi pelancaran pertama ini tidaklah begitu banyak, tetapi sebagai derma permulaan ianya satu keberkatan dan memberi semangat bagi AJK meneruskan usaha bagi memungut derma seterusnya dengan melakukan berbagai cara yang bersesuaian.
Walau bagaimana tempoh yang diberi oleh pihak MAIS memungut derma selama satu setengah tahun (10 Februari 2012 hingga 6 Julai 2013) dirasakan amat pendek dan derma yang didapati tidak sebanyak mana.


Lantaran itu pihak AJK pada 25 Julai 2013 membuat permohonan kepada pihak MAIS bagi menyambung keizinan bagi memungut derma. Al-hamdulillah pihak MAIS tidak keberatan dan memberi kebenaran dengan melanjutkan tempoh pemungutan derma bagi kali kedua, iaitu dari November 2013 hingga Mei 2014.
Pihak AJK dapat dikatakan bernasib baik, kerana terlepas dari aturan bahawa selepas dari permohonan dan derma yang dipungut dikehendaki disalurkan kepada Tabung Wakaf Negeri Selangor yang akan mengendalikan kewangan dan pembinaan. Pihak AJK adalah belum terikat dengan peraturan baru berkenaan. Walau macam mana sebarang peruntukn dari kerajaan negeri jika dipohon dan diluluskan, maka kewangan tersebut tidak akan terus diterima oleh AJK, sebaliknya perlu melalui Tabung Wakaf berkenaan.
Walau apa pun dapat dikatakan ujian yang paling perit bagi pembinaan mana-mana masjid, khususnya yang mengharapkan kepada derma orang ramai semata-mata ialah begitu sukar bagi mendapat jumlah derma yang diharapkan. Tapi bagi pembinaan Masjid Al-Umm kita mengharapkan kesukaran ini dapat di atasi dan pembinaan dijalankan secara teratur – Insya Allah.

Sekian.                                                                          

No comments:

Post a Comment