BBB, 02
Sya`ban 1436 = 20 Mei 2015 (Rabu):
`Masuk Tapak` adalah istilah digunakan di
dalam kerja-kerja permulaan bagi menyediakan tapak bagi pembinaan, dimaksudkan
di sini, ialah pembinaan Masjid Al-Umm. Setelah pihak Tekad Nusantara menjawab
dan menerima tawaran pada 25 November 2013, maka pihak AJK melakukan penyerahan
tapak pada 10 Disember 2013 yang sebelumnya telah dilakukan beberapa kali
pembersihan, terakhirnya bagi tujuan lawatan tapak kepada kontrektor-kontrektor
yang memohon kontrek sebelum diinterview (19.11.2013). Setelah penyerahan tapak
pada 10 Disember 2013 pihak Tekad Nusantara memulakan kerja rasmi, iaitu
bermula dengan kerja pembersihan tapak pada 14 Disember 2013, memakan masa
selama seminggu. Jika sebelum ini pembersihan dibuat oleh pihak AJK sejak
persediaan lawatan oleh Yang Amat Dato` Menteri Besar Selangor pada 6 Januari
2013 dan persediaan bagi lawatan kontrektor (Taklimat dan lawatan tapak 10.00
pagi 2 Oktober 2013) , masih mengekalkan pohon-pohon hijau di tepi tanah
berhampiran dengan padang berdekatan sekolah, kali ini semua pokok dicabut dan
dibersihkan dan selepas pembersihan tapak, maka barulah bermula dengan `kerja
tanah` pada 21.12. 2013. Kerja tanah ini termasuklah merata permukaan yang tak
rata, membuang tunggul-tunggul kayu dan sampah-sampah yang dibersihkan dan
mengukur bahagian-bahagian bagi membuat piling dan benteng serta sebagaimana
disyaratkan kepada kontrektor mengukur dan memastikan persempadanan tanah dengan
yang lain, khususnya dengan kawasan-kawasan perumahan jiran.
Walau bagaimana surat kelulusan yang amat
ditunggu-tunggu dari pihak MPKj akhirnya pada 16 Disember 2013 surat berkenaan
tiba ke Pejabat Pembinaan Masjid Al-Umm. Tarikh kelulusan plan yang bermakna
pembinaan dapat dimulakan adalah bertarikh 04 Disember 2013, iaitu seminggu
sebelum dari tarikh penyerahan tapak (10 Disember 2013). Kesampaian surat ini
benar-benar memberi kelegaan kepada pihak AJK Pembinaan. Butir-butir kelulusan
Plan Pembinaan bagi Masjid Al-Umm adalah sebagaimana rumusan berikut:
Ruj. Tuan:
OSC/A12/1//10-2013
Kepada:
Arkitek URUSBINA:
No. 47, Taman Seri Medan,
Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar, Perlis.
Perkara: Masjid Dilengkapi Tadika, Kelas
Tahfiz, Kelas IT, Bilik Sumber Dan Ruang Terbuka Serbaguna
Lot 51177 Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi.
Kelulusan: Satu Tahun Dari Tarikh
Berlanjutan perlu dibuat permohonan sebelum
tamat tempoh
Beri Notis Mula Kerja dengan menggunakan
Borang B.
Syarat-Syarat:
Adakan Papan Tanda dengan butir-butir Arkitek,
Pemilik, No. Fail MPKj, Cadangan Projek, Jurutera Perunding & No. Permit
Iklan.
Kemukakan Laporan Kemajuan tiap-tiap 3 bulan
kepada MPKj.
Patuh syarat-syarat Jabatan Teknikal. Rujuk
Kumpulan A, E & F Untuk Rujukan.
Bersama Surat Kebenaran itu disertakan:
Lampiran A
Syarat Pegawai Bangunan
Tiada perakuan siap kecuali oleh Pegawai Yang
Berkuatkuasa
Sijil Siap Menduduki
Gagal mematuhi peraturan boleh didenda tak
melebihi RM250,000 atau tidak lebih 10 tahun penjara
Syarat Jabatan Kejuruteraan MPKj
Jarak Rumah Kediaman.Kilang, Bangunan
Sementara
Lampiran E Bomba
Ada pili Bomba, Jalan Ekses, Ketinggian.
Jarak antara bangunan patuhi jadual Keb UBBL –
1984.
Kehendak Awam
Pedawaian Elektrik mengikut aturan
Patuh Aturan Ketahanan Api 1984
Ada sistem Pengudaraan bagi tangga keselamatan
Papan tanda keselamatan perlu patuhi M.S.,482:
1985.
Ada Hording.
Ini adalah kebenaran Bertulis PBT/MPKj di
bawah S.76. A133 selaras pematuhan Bahagian-Bahagian Terkandung di dalam UUKBS
1964.
Diluluskan dalam mesyuarat OSC Bil. 602.13
Pada 21 Mac 2013 didasarkan Surat Kelulusan:
Ruj. MPKj 8/0-2-2013 bertarikh 04 Disember
2013
b/p. YDP MPKj.
Berdasarkan kelulusan ini, semua pihak merasa
lega dan kerja-kerja bergerak lancar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment