BBB, 09 Sya`ban 1436 = 27 Mei 2015 (Rabu):
Berikut dari piling bagi tanah tapak masjid
yang melebihi 300 point, adalah diikuti dengan penanaman cerocok. Penanaman
cerocok ialah menegakkan kerangka besi keluli yang diikat bulat dan dipasang ke
atas tiang dipiling dengan kaedah ikatan dan cap bagi penegakan besi cerocok
itu yang dibalut (case) dengan papan yang tegak ke atas, melalui lubang ini
dicurah semin yang dengannya setelah kering tertegak tiang-tiang. Antara tiang
ke tiang diperkukuhkan dengan slab dan beam di dalam atau dipermukaan tanah.
Antara beam dan slab ini diratakan semin di antara jejaring besi yang dihampar
yang menjadi lantai pada permukaan bumi.
Kerja-kerja
ini adalah bermula dari pertengahan bulan Mei 2014 dan berterusan sehingga
bulan Julai 2014 dengan tenaga pekerja dalam lingkungan 25 orang. Dari segi
praktiknya adalah memakan masa bagi
menegakkan tiang-tiang yang dari
cerocok-cerocok inilah menjadi tiang-tiang bagi semua tiang-tiang Masjid Al-Umm
dari yang paling besar – empat tiang seri, membawalah kepada tiang-tiang yang
mengiringi, yang sederhana dan lebih kecil.
Adalah menarik, semasa tiang-tiang masjid
berkenaan sedang naik, Penulis sendiri pernah beberapa kali membilang jumlah
tiang-tiang yang naik dan mendapati bahawa pendapat saudara Azhar Ahmad Kerani
Tapak bahawa point-point bagi piling – juga tanam cerocok adalah lebih dari 300
membuktikan kebenaran. Adalah dilihat bahawa asas pendirian tiang adalah
bermula dari tiang seri dan berkembang – bertambah sekeliling adalah dari:
4 kepada 8, kepada 12, 16, 20, 24, 28, 32, 36
.... seterusnya hingga kepada 360. Ini adalah konklusi jumlah bilangan tiang
yang Penulis beberapa kali datang membilangnya. Dan membuat konklusi adalah
berjumlah 360 tiang (Mungkin ada kesilapan, tetapi bertolak dari angkat 4
kepada 360 mempunyai significant dari segi matematik dan geometri). Kerja
arkitek dan pembinaan banyak melibatkan ukuran, sebab bukan saja arkitek perlu mahir
matematik, geometri dan seni, demikian juga dengan pekerja-pekerja, khususnya
Kerani Tapak dan pihak kontrektor. Perlu disebut, bahawa di dalam mesyuarat-mesyuarat
selalu diingtkan bahawa bentuk tiang-tiang masjid adalah seharusnya mengambil
bentuk bulat (kurang halangan dari segi pandangan), begitu juga dengan
elemen-elemen yang lain seperti kubah, menara dan mihrab adalah bulat. Bulat
adalah lambang sempurna dari segi matematik dan geometri yang kandungan
lengkapnya adalah 360 darjah. Bentuk bulat juga adalah bentuk-bentuk bagi
matahari, bulan, bumi dan planet-planet yang lain. 360 hari juga adalah jumlah
hari di dalam setahun. Menurut pakar fisiologi juga bahawa tubuh kita dibina di
atas tulang-temalang yang mengandungi 360 sendi.
Tanpa dipengaruhi oleh pandangan sebarang falsafah atau pegangan tertentu
secara kebetulan bahawa Masjid Al-Umm
hadir dengan jumlah tiang-tiang sejumlah 360 tiang secara kebetulan
mencerminkan `kesempunaan` bagi jumlah bilangan berkenaan. Ia mencerminkan juga
konsep bulat bagi Masjid Al-Umm, walaupun pada hakikatnya tidak sebenarnya
bulat, tetapi banyak dari elemen-elemen Masjid Al-Umm mengambil bentuk bulat.
Paling utama sebagai topik yang dibicarakan, bahawa bentuknya bulat, ialah
tiang-tiang.
Konsep `Tiang`
amat significant dari segi bahasa dan juga maksud dari segi agama. Dalam
bahasa disebut bulat sebagai sempurna; Contoh:
Bulat air kerana pembetung
Bulat pendapat kerana sepakat.
Begitu juga jika persetujuan secara ramai,
maka disebut `sebulat suara`. Yang semuanya menunjukkan makna sempurna.
Demikian juga juga istilah `tiang` membawa
maksud tempat sempurna, seperti menjadi `tiang seri` atau kesempurnaan
bergantung padanya seperti ungkapan:
``Tiang agama`` dimaksudkan kepada solat.
Lantaran sedemikian `bulat` dan `tiang`
memainkan peranan penting, khususnya di dalam membicarakan ciri-ciri senibina
yang berunsur bulat yang banyak terdapat di Masjid Al-Umm yang memberi
makna secara yang agak significant. Contoh elemen bulat
yang terdapar di kubah, menara, mihrab, pintu, tingkap, tiang dan tiang pula
juga mempunyai daya tarikan. Contoh tiang seri yang tegak dari level bawah naik
ke atas – level biasa dan naik ke aras satu
dan hingga ke kubah. Tiap tiang dari bawah naik ke atas hingga ke
puncak. Namun faktor kekukuhan diberi keutamaan dari kepentingan estetika dan
sebagainya.
Dengan kenaikan tiang-tiang dari
cerocok-cerocok, maka sebahagian besar dari `kerja tanah` berakhir, kecuali
jalan dan tepian masjid, tumpuan kerja
adalah terhadap pembinaan bangunan, bermula dari bahagian bawah membawa ke
atas, tempoh yang diambil hingga kepada fasa pembinaan adalah melebihi dari
setengah tahun. Ini bererti melebihi seperempat dari tempoh pembinaan. Walau
bagaimana tempoh dari kerja tanah membawa kepada tegaknya tiang-tiang berjalan
lancar, bahkan hingga awal Ogos 2014. kerja-kerja tanah, menanam cerocok,
benteng retaining wall., pile cap,, lower ground beam, ground beam, R.C. Shear
wall, lower ground slab dan lower ground column adalah mencapai 100%, bahkan
sedikit laju dari jadual yang dijangkakan. Kelicinan kerja adalah kerana tidak
ada gangguan dari segi bahan, semin, tenaga dan cuaca yang baik.
Nampaknya sejak dari mula pelancaran kerja
tanah, semua pihak bergerak dan menjalankan fungsi dengan baik, di atas
kerjasama yang baik, maka pembinaan di bawah kawalan dan terus berjalan
sebagaimana dirangkakan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment