May 11, 2015

Janji Mendirikan Masjid Pemangkin Bangi Bandar Ilmu


BBB, 21 Rajab 1436 = 10 Mei 2015 (Ahad):


Sebagai antara beberapa orang terawal mula berpindah dan menghuni di BBB dan sama mengimarahkan Surau Al-Umm dan pernah menjadi AJK surau. Maka Surau al-Umm sebenarnya tidak terpisah dari Penulis. Bahkan pada ketika Penulis berkira-kira untuk menyambung kontrek kali kedua di UKM selepas pencen (1977), maka sebahagian daripada ahli jamaah Surau al-Umm  menggalakkan Penulis terlibat di dalam politik sehingga Penulis membatalkan hasrat untuk menyambung kontrek di UKM bagi kali kedua  (1999) dan terlibat dalam politik dan bertanding mewakili Pas di Dun Kajang dan memenangi kerusi tersebut bagi sesi (1999-2004).
Pada tahun 2007 Penulis yang terlibat selaku AJK Persatuan Penduduk BBB di bawah YDP Dr. Tajul Ariffin Noordin, Penulis yang diamanahkan sebagai Pengarah Sambutan 30 tahun BBB mencetuskan gagasan Bangi Bandar Ilmu. Selepas memenangi pilihanraya Dun Bangi (Mac 2008), YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor dijemput ke Dun Bangi. Beliau telah melancarkan motto `Bangi Bandar Ilmu` pada 22 Jun 2008 bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS). Antara cadangan sebagai pemangkin Bangi Bandar Ilmu, maka Penulis sebagai Adun Bangi (2008-3013) menjanjikan bagi berusaha mendirikan masjid di tapak di Seksyen Satu Bandar Baru Bangi.


Bagi tujuan di atas, maka usaha dilakukan bagi mendapat keizinan dari JAIS dan kelulusan dari Pejabat Tanah  (Shafie Abu Bakar, Bangi Bandar Ilmu, Sekretriat Bangi Bandar Ilmu, Bangi, 2012: 238) dan pada 4 Januari 2010, maka Penulis sebagai Adun Bangi pada masa itu telah menjemput 30 orang peserta mewakili surau-surau sekeliling Tapak bagi Masjid Al-Umm ke Surau al-Umm bagi membincangkan cadangan pembinaan Masjid  al-Umm yang tapak telah diluluskan oleh YAB Dato` Menteri Besar tapak diwartakan 01 September 2009  dan mendapat kelulusan JAIS bagi mendirikan masjid 17 November 2009. Mesyuarat bersetuju untuk mendirikan Masjid al-Umm di atas tapak Lot 51177 Jalan 1/4A. 43650 BBB dengan jangkaan kos pada masa itu ialah RM10 juta. Pada mesyuarat itu sebuah AJK dilantik terdiri dari:
1)      Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar - Pengerusi
2)      Mohd. Ghazali bin Abbas  - Timbalan Pengerusi
3)      Hussin bin Yunos -  Setiausaha
4)      Fahdee bin Faisal
5)      Mohd. Hafiz bin Suib
6)      Mohd. Nor bin Hj. Mohd. Yasin
7)      Ahmad bin Hj. Hasbullah
8)      Imam Supaat bin Abdul Rahman
9)      Abdul Rahman bin Daud
10)   Mohd Nezar bin Osman
11)   Dr. Abdul Rahim bin Samsuddin
12)   Mohd Said bin Mohd. Yunos
13)   Amin bin Othman.
Pada mesyuarat itu tiga AJK juga ditubuh:
a)      AJK Pelan Binaan & Landscaping
Ketua: En. Nasai
Setiausaha: Tuan Haji Said bin Yunos
b)      AJK Dana:
Ketua Tuan Haji Mohd. Nor bin Yasin
Setiusaha: (Akan ditentukan)
c)       AJK Pendidikan
Ketua: Dr. Tajul Ariffin Noordin
Setiausaha: Fahdee bin Faisal
Berikut dari persetujuan itu pihak Tuan Setiausaha Tuan Haji Hussin bin Yunos telah memohon dari pihak JAIS keizinan Pembinaan Masjid, iaitu dengan memenuhi borang standard JAIS bagi mendirikan masjid atau surau. Borang dan butir-butir permohohan yang telah dibuat adalah sebagaimana berikut:


Permohonan Pembinaan Masjid Di Negeri Selangor Tahun 2011M./1432H.
Perkara                                           Maklumat
1.       Nama Masjid                  Masjid Al-Umm
2.       Alamat Masjid                Lot 51177, Jln. 1/4A, Seksyen Satu,
                                          43650 Bandar Baru Bangi.
3.       Daerah                             Hulu Langat
4.       Mukim                             Kajang
5.       Status Tanah                  Wakaf
6.       Keluasan Tapak             1.93 ekar
7.       Jumlah Penduduk         30,000 orang
8.       Nama Masjid Kariah     Masjid Jamek al-Hasanah
9.       Jarak Masjid Terdekat  3.5 km.
10.   Sokongan:
11.   Pemohon (11.3.2011)  Dr. Shafie Abu Bakar Pengerusi
12.   Nazir                                Mohd. Napiah bin Sahrani
13.   Ketua Kampung             Dr. Tajul Ariffin bin Noordin
14.   Penghulu Mukim          Rusli bin Muhibat
15.   Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan – Moghni bin Asrori
16.   ADUN                              Dr. Shafie bin Abu Bakar
17.   Orang Besar Daerah     Dato` Engku Abd. Rani bin Dato` Shamsuddin
Catatan:


Setiausaha  Hussin bin Hj. Yunos (21.3.2011)
Surat mohon kebenaran diri masjid al-Umm kepada Pegawai Tadbir Agama Islam Hulu Langat.
Surat jawapan dari JAIS. Rujukan (18) dlm. JaiSel.BKP/03/016/5/22 
23hb. September 2010=14 Syawal 1431.
       Penolong Pegawai Unit Pembangunan (Farah Aini binti Hosni Husen).
Dengan perlantikan AJK, maka  bagi yang memerlukan penubuhan AJK Kecil, menubuhkan AJK Kecil dan kerja-kerja ke arah merealisasikan hasrat mendirikan Masjid Al-Umm berjalan. Walau macam mana ada AJK yang tidak berjalan seperti AJK Plan, Binaan dan Landscaping tidak berjalan, lantaran lantikan atas cadangan tanpa hadir dan tiada komitmen pihak berkenaan. Adapun yang lain berjalan agak licin.
Hasrat mendirikan Masjid Al-Umm bukan semata-mata bagi ibadat, tetapi adalah juga sebagai pemangkin Bangi Bandar Ilmu.

Sekian.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

No comments:

Post a Comment