BBB. 08
Sya`ban 1436 = 26 Mei 2015 (Selasa):
Berdepan dengan ruang, kita sering membuat
perkiraan, jauh dan dekat, tinggi dan rendah, tohor dan dalam. Ukuran selalunya
bertolak dari point yang dimulakan kiraan dan darinya meluasnya jarak yang
sempurnanya biasanya bersifat berimbang, maka titik atau point itu dapat diistilah
sebagai paksi yang darinya diukur kelilingan, demikian jauh dan dekat, lebar
dan panjang serta tohor dan dalam. Jauh antara planet selalu dikira jauh jarak
berpaksikan matahari, jauhnya jarak dibumi dikira berpaksikan titik pada garis
tengah yang dikenali sebagai khat al-istiwa`.
Bagi bangunan, khususnya masjid untuk dikira
dari segi perluasan juga mempunyai titik paksinya. Maka Masjid al-Umm
sebagaimana masjid-masjid moden yang dibina dari batu, ialah memperkukuhkan
tapak dengan tiang-tiang yang tertanam di dalam tanah. Proses ini dikenali dari
segi pembinaan ialah `piling` tanah. Demikianlah perkembangan selepas daripada
membina tembok yang mengukuhkan kedudukan bagi menahan pergerakan tanah,
khususnya selepas siapnya bangunan yang tentunya amat berat yang tanpa benteng
boleh menggerak dan merekahkan tanah dan seterusnya menjadikan bangunan crack
dan rosak.
Jika tujuan dibina benteng untuk menyekat dari
berlakunya pergerakan tanah, agar tanah menjadi mantap dan padat, maka tujuan
filing ialah bagi mengukuhkan tanah dan menjadi junjung bagi tiang-tiang yang
akan dibangunkan. Lantaran itu mempiling tanah tidak dilakukan sembarangan,
tetapi adalah menurut point-point yang ditentukan di dalam plan pembinaan. Pada
dasarnya point utama yang menjadi titik tengah bagi pembinaan Masjid Al-Umm
ialah `tiang seri` yang menjunjung
kubah. Tidak bererti tempat ini menjadi tempat awal bagi piling. Piling
boleh bermula dari mana-mana point dari bahagian tapak sebagai permulaan,
tetapi tapak bagi tiang seri adalah paksi tengah yang utama.
Dalam perbincangan Penulis dengan saudara
Azhar Ahmad Kerani Tapak bahagian Kejuruteraan Awam bagi Masjid al-Umm pada 01
Sya`ban 1436 bersamaan 19 Mei 2015, bahawa;
``Piling point bagi tapak Masjid Al-Umm adalah
melebihi dari 300 point,`` tambahnya.
`Bagi satu point dipiling tiang dari satu
batang tiang yang panjang setiap batang ialah 6 meter. Kebiasaan bagi satu
point antara satu batang kepada 3 batang, bergantung pada kekerasan atau
kelembutan tanah, kebiasaan adalah dua tiang bagi satu point, namun ada juga
point yang hanya setengah tiang sahaja.``
Namun piling yang paling banyak bagi satu
point ialah bagi setiap tiang seri daripada empat tiang seri yang menjunjung
kubah yang merupakan puncak dan bahagian paling tengah bagi masjid.``Kata
saudara Azhar, ``Bagi setiap tiang seri maksimum piling adalah 8 batang.
Bererti piling bagi empat tiang seri tersebut adalah 32 batang tiang semin yang
berkerangkakan besi keluli.``
Sememangnya jika kita lihat, maka empat tiang
seri inilah tiang yang paling besar bagi tiang-tiang masjid. Pasak pilingnya di
tengah bangunan ke perut bumi naik ke atas. Tiang Seri ini adalah merupakan tiang tengah
paling utama yang menegakkan bangunan dan bahagian tengah utama yang menjunjung
keberatan bangunan. Sebab itu lilitnya bagi setiap batang lebih dari sepemeluk.
Empat tiang besar ini melindungi ruang jamaah utama dan tidak ada tiang-tiang
kecil bagi keluasan ruang jamaah dan tidak diganggu pandangan dengan banyak
tiang.
Kerja-kerja piling ini berlaku berikut dari
piling dan memakan masa hampir sebulan. Maka dalam tempoh tersebut dari pagi
hingga ke petang kedengaran ketukan mesin yang mengetuk tiang bagi menanamnya
sedalam yang mungkin. Ketukan biasanya bukan setakat bunyi, tetapi juga
mengeluarkan asap berikut dari ketukan yang berlaku. Dari permulaan piling
berlaku, maka kelihatan tiang demi tiang ditanam dan diketuk dan setiap tiang
tidaklah terus diketuk hingga tertanam dalam tanah, sebaliknya sebahagian dari
tiang berkenaan masih tinggal di permukaan, lantaran itu, kelihatan tiang-tiang
berceracak timbul bagai batang kayu yang tidak berdahan. Dapatlah
diimaginasikan bahawa, tiang-tiang piling ini bagai `paku alam` yang diketuk ke
perut bumi bagi mengukuhkan kedudukan tiang-tiang bangunan yang kelak di atasnya akan ditanam cerucuk bagi ditegakkan di atasnya
tiang-tiang. Piling adalah merupakan satu sistem bagi menjadi pasak bumi yang
di atasnya ditegakkan tiang-tiang. Terdapat satu kaedah lagi digunakan di dalam
pembinaan masjid dan bangunan termasuk Masjid UKM dan juga bangunan Fakulti
Islam UKM (1980an), ialah dengan cara menggerudi tanah dengan penggerudi
sedalam yang bersesuaian. Selepas digerudi, maka dimasukkan ke dalam lubang
yang digerudi rangka besi keluli dan dicurah ke dalamnya semin dan dibiarkan
tiang yang tidak menggunakan sistem piling ini kering dan di atasnya kemudian
dipasang cerocok bagi tiang-tiang bangunan berkenaan.
Kembali kepada piling bagi point-point bagi
tiang-tiang bagi bangunan masjid Al-Umm ini, maka melebar kiri ke kanan, dan
juga dari hadapan ke belakang menurut seluas lantai utama bagi masjid al-Umm
adalah dibarisi dengan point-point piling bagi tiang-tiang Masjid Al-Umm yang
jumlahnya disebut lebih daripada 300 point itu. Kedudukan point-point adalah
berkeseimbangan. Misalnya dari titik tengah berpaksikan empat tiang seri yang
menjunjung kubah, melebar sayap ke kanan bahagian masjid, maka bagi sayap kanan
ini mempunyai jumlah point bagi tiang piling, jumlah ini sama bayaknya dengan
sayap kiri masjid., lantaran keluasan dan bentuk lahir bagi sayap kiri adalah
sama dengan sayap kanan. Kesamaan dan keimbangan berlaku bagi bahagian hadapan
bagi sebelah kanan dan kiri bagi mihrab, lantaran dilihat dari lahiri dari luar
antara bahagian kanan dan kiri juga adalah bersamaan. Keadaan yang sama dilihat
dari permulaan masuk ke dalam ruang utama masjid. Bahagian hadapan ini seolah
terbahagi dua selepas memasuki pintu gerbang. Sebelah kanan ada kawasan wudhu`
dan demikian juga bagi kawasan kiri yang juga sama bentuknya yang bererti
point-point bagi piling tiang-tiang bagi kedua bahagian adalah sama. Cuma
bahagian masuk di depan yang menjunjung bahagian atas satu tingkat, maka tiang-tiang
bagi point-point berkenaan lebih kecil berbanding dengan tiang-tiang yang
menjunjung tiga level lapisan lantai yang bererti lebih berat dari segi
tanggungan. Dapatlah difahamkan mengapa dilakukan piling sebanyak point
disebutkan, bahawa ianya tentulah untuk menjamin dari segi kemantapan kedudukan
tiang yang juga akan memantapkan bangunan masjid. Jika tidak dilakukan
sedemikian akan berlaku pergerakan tanah yang tidak diperkukuhkan dengan
tiang-tiang konkrit yang kukuh dan utuh. Kerja-kerja piling berkenaan adalah
untuk sebuah masjid yang hanya sebanyak tiga tingkat. Bayangkan jika bangunan
lebih tinggi seperti twin-towers, maka tentulah bahagian ground dibina asas
yang terkukuh yang mampu menjunjung bangunan yang tinggi dan berlapis itu.
Adalah diharapkan dengan piling dan asas yang
kukuh maka dapat memberi kekukuhan binaan Masjid Al-Umm dan menjangkau jangka
hayat yang lebih lama. Bahkan adalah diharapkan bahawa Masjid Al-Umm menjadi
satu monumen yang penting yang menjadi land mark utama di Bangi yang memancarkan
imej Bangi dalam sejarah bakal dilalui.
Sekian.
No comments:
Post a Comment