BBB, 26
Rajab 1436 = 15 Mei 2015 (Jumaat):
Sebagai ADUN Bangi yang sejak awal mengambil
inisiatif utama bagi mendirikan Masjid Al-Umm dan walaupun pihak AJK Masjid telah melancarkan Tabung
Derma Masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012, meskipun sambutan menggalakkan, namun
dengan jumlah yang didapati relatifnya masih kecil (tidak sampai RM suku juta),
maka harapan untuk mendapat sumber kewangan yang lebih mantap, tidak lain dari
mengharapkan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengisi derma yang
diharapkan. Itulah merupakan harapan dari AJK Pembinaan Masjid Al-Umm. Tokoh
yang diharap dan seharusnya mencari peluang untuk didekati pada masa itu tidak
lain dari Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato` Menteri Besar
Selangor pada masa itu.
Berhubung dengan kemungkinan Dato` Menteri
Besar Selangor boleh datang melawat tapak Masjid Al-Umm diambil inisiatif
Penulis selaku Adun Bangi dengan menghubungi Setiausaha Politik beliau sejak
dari bulan November 2012 lagi. Pada akhirnya Y.A.B. Dato` Menteri Besar
Selangor bersetuju untuk datang melawat Tapak Masjid Al-Umm pada 6 Januari 2013
beserta dengan melawat Tapak Sekolah Agama Sungai Tangkas berikutnya. Surat
persetujuan hadir secara rasmi diterima melalui surat dari Pejabat Dato`
Menteri Besar Selangor iaitu pada 12 Disember 2012. Oleh kerana tempoh masa
majlis berkenaan begitu dekat, maka pihak AJK mengadakan siri mesyuarat
persediaan kunjungan sejak 16 November 2012 di Pejabat Adun dan penyelarasan
dibuat dengan pihak Ketua Kampung Sungai Tangkas.
Tingginya harapan terhadap kunjungan Dato`
Menetri Selangor, maka antara tindakan yang diambil AJK ialah membersih tapak
pembinaan Masjid Al-Umm, tanah yang lembut dan rendah di tambak dengan tanah
dan diratakan pada permukaan dengan batu kasyran. Pihak MPKj banyak memberi
bantuan dengan membuat tangga 33 mata tangga dari bahagian bawah ke atas tapak,
pihak MPKj juga membersih jalan dari permulaan masuk ke hadapan masjid menuju
kesekolah dan mengetarkannya. Longkang yang kotor dan tersumbat dibersih dan di
dalamkan. Jemputan-jemputan dibuat untuk menyambut kedatangan Y.A.B. Dato`
Menteri Besar Selangor, iaitu kepada Tuan Pegawai Daerah, YDP MPKj, Pegawai
Tadbir PAID Hulu Langat, Kontroler PKNS Hulu Langat dan ramai lagi. Khemah-khemah
dipasang sebelum kunjungan Dato` Menteri Besar termasuk khemah Pameran tentang
tapak, plan dan gambaran masjid yang akan dibina di tapak Masjid Al-Umm.
Ketibaan Y.A.B. Dato` Menteri Besar pada pagi 6
Januari 2013 diiringi pasukan motorsikal RC berkuasa tinggi dan disambut oleh
Penulis selaku Adun Bangi, Tuan Pegawai Daerah dan YDP MPKJ. Dalam ucapan Y.A.B
beliau berterima kasih kerana dijemput ke Majlis Mesra dan Kenduri Kampung
serta melihat tapak bagi pembinaan Masjid Al-Umm. Beliau berharap AJK bekerja
keras bagi mendirikan masjid yang beliau difahamkan, pembinaan adalah
diharapkan dari derma orang ramai. Beliau berharap hasrat murni ini akan
terlaksana dalam tempoh terdekat. Paling penting di samping menerima derma dari
orang ramai bagi Masjid Al-Umm Dato` Menteri Besar memberitahu, ``Bahawa pihak
Kerajaan Negeri Selangor akan memberi sumbangan berdasarkan `ringgit ke ringgit
sumbangan hingga jumlah RM6 juta``. Pengumuman ini amat besar makna bagi AJK
dengan jangkaan bahawa separuh dari beban mencari dana pembinaan Masjid Al-Umm
akan ditampung oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Sebelum daripada itu Penulis selaku ADUN Bangi
dan Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Umm dalam ucapannya menyatakan kesyukuran di
atas lawatan Y.A.B. Dato` Menteri Besar ke tapak Masjid Al-Umm dan bermesra
dengan rakyat dalam Majlis Kenduri Kampung. Menurut Adun itu, ``Bahawa
keperluan kami AJK bagi Pembinaan Masjid ialah menghimpun dana bagi membolehkan
masjid didirikan``. Beliau berharap Kerajaan Negeri disamping derma orang ramai
dapat menampung sebahagian dari kos pembinaan yang dijangka berjumlah RM12
juta. Beliau berterima kasih kepada berbagai pihak yang telah menghulurkan
derma dan berharap derma sedemikian terus akan disalurkan.
Pada Majlis Pertemuan Mesra dan Kenduri
Kampung dan Melawat Tapak Masjid Al-Umm Y.A.B. Dato` Menteri Besar Selangor:
a) Melancarkan dua buah buku yang baru diterbitkan iaitu Bangi Bandar Ilmu
(2012) dan Gagasan Bangi (2012).
b) Melihat Pameran plan arkitek dan gambaran kasar tentang tapak dan
Masjid Al-Umm. Sejarah yang membawa kepada cadangan membina Masjid Al-Umm di
tengah-tengah rangkaian surau-surau dan institusi-institusi pendidikan yang
berada di kawasan seluas lebih kurang 100 hektar yang dikenali dengan Wadi
Ilmu, di Bangi Bandar Ilmu. Pameran
dikendalikan oleh Yang Mulia Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad Arkitek Urusbina,
arkitek bagi Masjid Al-Umm.
c) Y.A.B. diiringi dengan mendaki
33 mata tangga ke atas ketapak Masjid Al-Umm yang lebih tinggi dari
level biasa dan di atas tapak Masjid Al-Umm, Y.A.B. menandatangai plak yang
menandakan kehadiran beliau ke majlis Lawatan Mesra Kenduri Kampung dan
menyaksikan tapak bagi pembinaan Masjid Al-Umm.
d) Berikut daripada itu Y.A.B. bersama hadirin minikmati gulai kawah
jamuan rakyat sempena lawatan Dato` Menteri Besar Selangor.
e) Dato` Menteri Besar Selangor berada dikhemah dan tapak hingga jam 1.00
tengahari yang kemudian Y.A.B. diiringi ke perasmian tapak sekolah agama, di
Kampung Sungai Tangkas yang turut diiringi Adun dan pegawai-pegawai dan orang
ramai.
Sesungguhnya ke hadiran Y.A.B. Tan Sri Dato`
Seri Abdul Khalid bin Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor amat memberi erti kepada AJK Pembinaan Masjid
Al-Umm, lebih-lebih lagi dengan janji Y.A.B. Dato` Menteri Besar akan menampung
kos pembinaan Masjid Al-Umm berdasarkan `Satu ringgit dapat satu ringgit
ditampung kerajaan negeri sehingga jumlah maksimum penampungan ialah RM6 juta`.
Pengumuman ini memberi kekuatan dan keyakinan kepada AJK akan terlaksana hasrat
bagi mendiirikan Masjid Al-Umm yang pada masa itu dijangka memakan kos sebanyak
RM12 juta. Janji ini menambah semangat AJK bekerja mencari dana bagi mencapai
jumlah dijanjikan.
Walau bagaimana hingga kini meskipun jumlah
yang layak membuat tuntutan melebihi jumlah sepatutnya dan permohonan bagi
mendapat sumbangan berdasarkan jumlah kutipan yang didapati telah dibuat,
misalnya surat permohonan setelah dana melebihi RM6 juta dibuat pada 21 Mei
2014 dan hubungan-hubungan dibuat seterusnya oleh pihak AJK, namun pihak AJK
masih belum menerima jumlah sumbangan yang dijanjikan. Walau bagaimana kita
penuh rasa syukur kepada Allah, bahawa
di dalam menunggu sumbangan
negeri itu, orang ramai terus menderma. Hingga kini kos pembinaan adalah dari
derma orang ramai. Kita berharap pihak kerajaan negeri akan membantu kos
pembinaan sejumlah yang dijanjikan, agak progres pembinaan tidak tergendala,
sebaliknya akan berterusan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment