January 31, 2016

Pendapat Berhubung Dengan Do`a: Panduan Amalan


BBB, 10 Rabiul Akhir 1437 = 30 Januari 2016 (Sabtu):


Bab  XX
Do`a
Berkata Abu Ja`afar rh.a.
94 (Dan tentang do`a orang yang hidup dan sedakah mereka memberi manfaat kepada yang mati).
Srh. Sesungguh sepakat Ahl al-Sunnah bahawa orang mati mendapat manfaat dari usaha orang hidup dalam dua perkara:
Pertama: Apa yang dilakukan oleh si mati pada masa hidupnya
Kedua: Do`a orang muslimin dan istighfar mereka itu kepada si mati dan sadakah dan haji (dengan ada pertikaian - niza`) pada perkara  dari pahala haji. Daripada Muhammad bin Hasan al-Shaibani sahabat Abu Hanifah bahawasanya perkara yang sampai kepada si mati ialah pahala nafakah., dan haji bagi yang belum haji, demikian pendapat am ulama`, pahala haji bagi yang dihajikan daripadanya , adalah pendapat yang sahih.
Bersalahan dari ibadat secara badaniyyah, seperti puasa, solat, baca Al-Qur`an dan zikir, maka pendapat Abu Hanifah dan Ahmad serta pendapat jumhur salaf adalah sampai, dan yang masyhur dari pendapat al-Shafie dan Malik tidak sampai.
Adapun dalil mendapat faedah si mati dengan perkara yang tidak dinisbah kepadanya ialah dari Al-Kitab (Al-Qur`an, al-Sunnah, al-ijma` dan al-qiyas yang sahih).
Adapun dalil dari Kitab sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka itu berkata,`` Wahai Tuhan kami !  Ampunkanlah bagi kami dan bagi saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau menjadikan dalam hati kami perasaan hasad dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami ! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.`` (Al-Hashr: 10).
Maka dipuji mereka itu dengan istighfar mereka itu kepada orang-orang mu`min sebelum mereka itu, maka ianya menunjukkan bahawa mendapat manfaat si mati dengan istighfar yang hidup..
Dan sesungguhnya menunjukkan mendapat manfaat si mati dengan doa dengan ijma` ummah ialah doa dalam solat janazah dan demikian doa kepada mereka ketika menziarah kubur mereka, sebagaimana dalam Sahih Muslim daripada Hadith Buraidah Ibn al-Khasib berkata, `` Adalah Rasulullah s.a.w. mengajar mereka itu apabila keluar ke kubur-kubur hendaklah berkata, ``Al-Salamu `alaikum Ahl al-Diyar daripada mu`minin dan muslimin, dan aku insya Allah  dengan kami mengikuti, kami memohon dari Allah bagi kami dan kamu al-afiyah.``
Adapun dari segi sampainya pahala bersadaqah, maka dalam Hadith Bukhari, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. (Ya Rasulallah, bahawa ibuku meninggal, dan aku tiada bersamanya, maka adakah memberi manfaat kepadanya jika aku bersadaqah untuknyanya. Baginda menjawab, ``Ya`, maka dia berkata, maka aku menyaksikan dengan engkau bahawa dindingku, ``Al-Mikhraf` sadaqah untuknya.``
Adapun sampainya pahala puasa, maka dalam dua sahih (Bukhari dan Muslim) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:``Siapa yang mati dan di atasnya kewajipan berpuasa, maka hendaklah berpuasa oleh walinya.``
Adapun sampainya pahala haji, maka di dalam Sahih al-Bukhari  (Bahawa seorang perempuan dari Juhainah datang kepada Nabi s.a.w. dia berkata: Bahawa ibuku bernazar untuk menunaikan haji, tetapi hingga mati dia tidak tunaikan haji, Adakah aku melakukan haji untuknya ?, maka sabda Baginda, ``Tunaikan haji untuknya, dan  jika  kiranya ibumu mempunyai hutang adakah engkau perlu menunaikannya ? Tunaikah kerana Allah, sesungguhnya Allah lebih berhak dengan menunaikan janji.``
 Ijma` segala muslimun bahawa menjelaskan hutang si mati boleh gugur dari diri si mati walaupun dilunaskan oleh ajnabi (bukan waris), walaupun bukan dari tinggalannya. Dan dalil yang demikian ialah dari Hadith Abi Qatadah dia telah menunaikan dua dinar dari hutang si mati. Apabila dia menjelaskan keduanya, bersabda Nabi s.a.w.,``Sekarang telah sejuk ke atas kulitnya.`` Dengan yang demikian berlaku ke atas kaedah syarak, dan semata-mata kias, kerana pahala adalah hak kepada yang beramal, maka apabila ia memberinya kepada saudaranya muslim, tidak menegah dari perbuatan sedemikian itu.
Ada yang berpendapat berpuasa dan membaca Al-Qur`an kepada si mati boleh sampai, tetapi mengupah satu kumpulan beramai-ramai membaca Al-Qur`an dan menghadiahkan pahala bacaan kepada si mati sesungguhnya tidak dilakukan oleh sebarang orang dari kalangan al-salaf. Dan tidak menyuruh sedemikian oleh pimpinan agama. Adapun meminjam atau mengupah semata-mata  tidak harus tanpa khilaf. Adapun baca Al-Qur`an dan menghadiahkan semata-mata ketaatan tanpa upah, maka ini sampai kepada si mati sebagaimana sampai pahala haji dan puasa.
Berkata Al-Tahawi:
95 (Dan Allah Ta`ala memustajabkan doa-doa dan menunaikan hajat-hajat).
Srh. Ini didasarkan kepada firman Allah yang bermaksud:
``Dan berfirman Tuhan kamu, ``Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku mustajabkan bagi kamu.`` (Ghafir: 60)
Dan firman Allah Ta`ala lagi bermaksud:
``Dan apabila memohon  oleh hambaKu daripadaKu, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku menjawab pemohon yang berdoa apabila dia berdoa.`` (Al-Baqarah: 186).
Banyak permasalahan yang disebut di atas adalah menjadi amalan yang disifatkan sebagai ibadat, terutama berhubung dengan pahala yang dapat menyampaikan kepada simati seperti doa, membaca al-Qur`an puasa dan menunaikan haji bagi yang belum haji dan beberapa masalah yang lain yang dapat dijadikan panduan yang persoalan-persoalan berkenaan dibincangkan dengan jelas. Semoga semuanya menjadi panduan dalam amalan ibadat yang kita lakukan dan akan lakukan.

Sekian.


January 30, 2016

Persoalan Kemampuan (Istita`ah) Dan Ikhtiariyyah


BBB, 19 Rabiul Akhir 1437 = 29 Januari 2016 (Juma`at):


Bab XIX Kemampuan Dan Ikhtiariyyah
Berkata Al-Tahawi:
91 (Berkemampuan yang wajib dengannya perbuatan adalah dari sudut taufiq yang tidak boleh disifatkan kepada makhluk dengannya yang adalah bersama perbuatan.. Adapun berkemampuan (al-istita`ah) dari aspek kesihatan dan kelawasan, kemungkinan, keselamatan peralatan, maka ia adalah sebelum berlakunya perbuatan, dan adalah dengannya bergantung pada ucapan (khitab), sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud: (Allah tidak memaksa seseorang melainkan menurut kemampuan – Al-An`am: 153 ).
Srh. Kemampuan (al-istita`ah), kebolehan (al-taqah), berkuasa (qudrat), kelawasan (al-wus`u) adalah lafaz-lafaz yang berdekatan dari segi makna. Terbahagi kemampuan kepada dua:
Pertama berkata Qadariyyah dan Mu`tazilah, ``Tidak ada qudrat melainkan sebelum berbuat.
Kedua: Menentang mereka oleh segolongan dari Ahl al-Sunnah. Mereka berkata, ``Tidak ada kemampuan melainkan bersama perbuatan``.
Adapun yang  mengata akannya oleh kebanyakan Ahl al-Sunnah, bahawa bagi hamba ada qudrat yang bergantung dengan  suruh dan tegah, yang antaranya sebelumnya yang tidak semestinya bersamanya dan qudrat yang bersama perbuatan, tidak dapat tidak bersama perebuatan dan tidak harus didapati perbuatan tanpa qudrat. Adapun qudrat dari pihak sihat dan kelawasan dan kemungkinan dan selamat alat-alat, sesungguhnya mendahului perbuatan. Qudrat ini tersebut pada firman Allah bermaksud:
``Dan kerana Allah berkewajipan bagi manusia menunaikan haji ke Baitillah ke atas sesiapa yang mempunyai kemampuan jalan kepadanya.`` (Ali Imran: 97).
Demikian juga dengan firman Allah bermaksud:
``Maka jika dia tidak berkemampuan, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin.``  ( Al-Mujadalah: 4 ) dikehendaki dengannya kemampuan asbab dan alat.
Berkata Abu Ja`afar al-Tahawi r.h.a.
92 (Perbuatan hamba ialah dijadi Allah dan usaha adalah dari hamba).
Srh. Berkata Sharih Al-Qadi Ibn Abi al-`Izz al-Azrai`, ``Bersalahan pendapat tentang perbuatan hamba yang ikhtiariyyah.
Disangka oleh Jabariyyah yang diketuai Al-Jahm bin Safwan, bahawa tadbir bagi perbuatan makhluk semuanya bagi Allah. Semuanya turut secara mekanisme seperti bergetar jari tangan pada tangan (bergerak) orang yang mengidap parkinson atau bergeraknya dahan pokok dipukul angin..
Adapun pendapat Ahl al-Haqq (yang benar), ``Perbuatan hamba dengannya terjadi orang yang taat dan derhaka. Dia adalah makhluk Allah Ta`ala, dan hakikatnya Allah  Subhanahu wa Ta`ala bersendiri (secara tunggal) mencipta segala makhluk. Tidak ada Pencipta selain dariNya.
Berkata Al-Imam Al-Tahawi:
93 (Dan Allah tidak memberatkan (taklif) mereka itu, kecuali apa yang mereka berkemampuan dan mereka tidak berkemampuan melainkan apa yang ditaklifkan mereka, dan tafsirnya: Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah. Kami berkata, tiada helah bagi seseorang, dan tidak boleh membuat helah bagi seseorang, tidak ada harakah bagi seseorang daripada maksiat terhadap Allah, melainkan dengan ma`unah Allah. Dan semua berlari (berlaku) dengan kehendak Allah Ta`ala dan ilmuNya, qada` dan qadarNya. Kalah kemahuan yang berkemahuan keseluruhannnya, dan terbalik (`akas) kehendak yang berkehendak keseluruhannya, mengalahkan oleh qada`Nya segala helah keseluruhan. Dia melakukan apa yang Ia kehendak, Dia tidaklah yang zalim selama-lamanya, dan tidak ditanya dari apa yang Dia lakukan sebaliknya mereka itu ditanyakan).
Srh: Demikian firman Allah Ta`ala bermaksud, ``Tidak dipaksa seseorang melainkan dengan kemampuannya.`` (Al-An`am: 153), begitu juga firman Allah bermaksuD
``Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar.`` (Al-Baqarah: 31). Dengan ketiadaan ilmu mereka tentang yang demikian, kerana sesungguhnya ia bukan taklif, bahkan ia adalah khitab (percakapan) bermu`jizat.
Tentang suruhan menurut kemampuan, firman Allah Ta`ala berm,aksud:
``Allah berkehendakkan kamu kemudahan dan Dia tidak mau kamu dengan kesusahan,`` ( Al-Baqarah: 185).
Tentang semua berlaku menurut qada`Nya seperti firman Allah bermaksud:
``Memerintah Tuhan Engkau agar kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya.`` (Al-Isra`: 23).
Demikian halusnya persoalan yang berhubung dengan perbuatan hamba bagi menentukan akidah pegangan yang sebenarnya. Ianya tidak kurang rumitnya sebagai persaoalan Kalam Tuhan, Al-Qur`an, persoalan qada` dan qadar, juga persolan yang berhubung dengan perbuatan bila dikaitkan dengan hamba. Untuk mengelak dari pegangan seolah-olah manusia mencipta perbuatannya sebagaimana dipegang oleh Mu`tazilah dan juga bagi mengelak melihat manusia seolah-olah tidak ada daya upaya, bahawa  segala yang dilakukan adalah dilakukan Allah seperti pegangan Jabariyyah. Sedikit membezakan bagi pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah bahawa ada pada manusia ikhtiar dan pilihan, lantaran manusia ada akal yang mampu memilih antara yang baik dan buruk. Implikasi bukan setakat ini sahaja, tetapi perebuatan berhubung dengan nilai, pahala dan balasan di akhirat. Manusia pada satu pihak tidaklah dilihat sebagai robot, tetapi robot diibaratkan sebagai ikhtiar rekacipta manusia sebagai mekanisme ikhtiar yang menghasilkan hasil ikhtiar yang tentu tidak lari dan tidak terhasil melainkan dengan keizinan Allah.

Wallahu a`lam.


January 29, 2016

Persoalan Fiqh Dan Balasan Di Akhirat


BBB, 18 Rabiul Akhir 1437 = 28 Januari 2016 (Rabu):


Al-Tahawi turut membawa persoalan yang berkait dengan fiqh:
Bab XVII
Berkata Al- Tahawi:
84 (Kami melihat perkara menyapu ke atas dua khuf (jenis kasut elak dari kesejukan), semasa bermusafir atau berada di tempat sendiri (dibolehkan bagi mengangkat wudhu` ) sebagaimana ada di dalam athar).
Srh. Sesungguhnya diterima secara mutawatir al-Sunnah daripada Rasulullah s.a.w. dengan menyapu di atas dua belah khuf, dan membasuh kaki. Dan Al-Rafidah  menyalahi Sunnah mutawatir ini.
Berkata Al-Tahawi:
85 (Dan Haji dan Jihad adalah kewajipan yang ditunaikan bersama urusan oleh pemerintah orang Islam, sama ada baik atau jahat, kewajipan berterusan hingga hari kiamat, tidak membatalinya oleh sesuatu dan tidak menguranginya
 Srh. Kerana Haji dan Jihad adalah  kefarduan yang berhubung dengan perjalanan (musafir), maka tidak dapat tidak  ada pengurusan yang mengurus kedua-duanya, begitu juga di dalam menentang seteru.
Keimanan – Lanjutan
Bab XVIII
Berkata Al-Tahawi:
86 (Dan kami beriman dengan adanya Kiraman dan Katibin. Sesungguhnya Allah menjadikan mereka itu (Petugas-Petugas Keselamatan).
Srh. Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Pada hal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah ), lagi yang ditugaskan menulis (amal-amal kamu). Mereka ketahui apa yang kamu lakukan.`` (Al-Infitar: 10-12)
Berkata Al-Tahawi:
87 (Kami beriman dengan adanya Malak al-Maut, sebagai wakil yang mengambil ruh-ruh sekalian alam).
Srh. Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Katakanlah (wahai Muhammad), ``Nyawa kamu akan diambil oleh Malak al-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada  Tuhan kamu (untuk menerima balasan).`` (Al-Sajdah: 11).
Berkata Abu Ja`afar Al-Tahawi:
88 (Dan dengan azab kubur bagi siapa yang menjadi ahli baginya. Juga soal Munkar dan Nakir di dalam kuburnya, tentang Tuhannya,dan agamanya, dan nabinya. Sebagaimana datang berkenaannya di dalam Khabar daripada Rasulullah s.a.w., dan daripada sahabat-sahabat radiya Allah `alayhim. Dan kubur adalah taman dari taman-taman syurga atau gaung dari gaung-gaung neraka).
Srh. Sebagaimana terdapat Hadith-Hadith berhubung dengan munkar dan Nakir dan azab kubur atau sebaliknya.
Berkata Al-Tahawi:
89 (Dan kami beriman dengan kebangkitan dan balasan amal pada hari kiamat, pembentangan amal dan hisab, membaca al-Kitab,, pahala dan dosa dan sirat dan al-mizan).
Srh. Kerana iman dengan hari perkembalian daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Kitab dan al-Sunnah, dan diterima oleh akal yang sempurna dan sejahtera. Allah memberitahu tentangnya di dalam KitabNya yang mulia, dan mendirikan dalil tentangnya, dan menolak terhadap yang mengingkarinya pada banyak daripada ayat-ayat Al-Qur`an.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit. Lalu menjadilah dia pada saat itu reput (dan runtuh). Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh delapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.. Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk dihisab); tidak ada suatu pun yang tersembunyi (kepada Allah )  daripada perkara-perkara kamu yang tersembunyi. Maka sesiapa yang diberikan menerima kitab amalnya dengan tangan kanan, maka ia akan berkata (dengan sukacita) kepada sesiapa yang ada di sisinya) bacalah kamu akan kitab amalku ini. Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa akan  menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan).`` (Al-Haqqah: 15-20)
Berkata Al-Imam Abu Ja`afar Al-Tahawi:
90 (Dan syurga dan neraka, dua-dua adalah makhluk, tidak fana dan  tidak benasa, kerana Allah Ta`ala menjadikan syurga dan neraka sejak awal dan dijadikan bagi keduanya penghuni-penghuni, maka barang siapa dikehendaki daripada mereka itu  masuk syurga sebagai kelebihan daripadaNya dan barangsiapa dikehendaki daripada mereka masuk neraka, keadilan dariNya, dan setiap amal bagi sesungguhnya ada ruang baginya dan jadi kepada apa yang telah dijadikan baginya. Dan jahat dan baik adalah kadar yang ditentukan bagi hamba-hamba).
Srh. Sebagai yang tersebut di dalam Kitab Allah (Al-Qur`an) bahawa :
Syurga   = Disediakan bagi orang-orang bertaqwa dan
Neraka =  Disediakan bagi orang-orang kafir.
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Allah menjadikan syurga dengan penghuni, dijadikan mereka untuknya (syurga) dan mereka sejak dalam sulbi bapa-bapa mereka, dan menjadiukan neraka dengan penghuni, dijadikan mereka baginya (neraka) dan mereka pada sulbi bapa-bapa mereka.``  Riwayat Muslim.
Demikian keimanan yang digalurkan oleh Al-Tahawi.

Sekian.


January 28, 2016

Kita Tidak Berhak Menghukum Dengan Syurga Atau Neraka


BBB, 17 Rabiul Akhir 1437 = 27 Januari 2016 (Rabu).
Berkata Al-Tahawi: 77 (Kita tidak meletakkan seseorang daripada mereka itu sebagai ahli syurga atau neraka).


Srh. Bermaksud jangan kita mengatakan tentang individu tertentu daripada ahli al-Qiblat bahawasanya ia daripada ahli syurga atau daripada ahli neraka, melainkan daripada khabar yang benar s.a.w. bahawasanya ia dari ahli syurga seperti sepuluh r. `anhum., Dan jika kiranya kita berkata, bahawasanya tidak dapat tidak dari memasuki neraka dari ahli pendosa-pendosa besar, siapa yang dikehendaki Allah masuk neraka, kemudian keluar daripadanya dengan shafa`at oleh yang memberi shafa`at, akan tetapi kita memaksudkan kepada individu tertentu, maka kita  menyaksikan  baginya dengan syurga atau neraka, kecuali daripada yang diketahui., kerana hakikat sebenarnya sesuatu yang batin, dan keadaan matinya seseorang di luar dari liputan dengannya, akan tetapi kita berharap semuanya menjadi orang yang baik, dan kita harap tidak dari kalangan yang jahat.
Berkata Al-Tahawi,
78 (Kita tidak menyaksikan ke atas mereka itu dengan kufur dan tidak dengan syirik, dan tidak dengan nifaq, selama mana tidak zahir daripada mereka itu sesuatu daripada yang demikian, kita serah rahsia mereka kepada Allah ).
Srh.  Kerana kita sesungguhnya disuruh kita berhukum dengan yang zahir, dan ditegah kita daripada zan dan mengikut apa yang ditegah kita mengetahui dengannya.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu banyak daripada zan, kerana setengah daripada zan adalah berdosa.`` (Al-Hujurat: 12).
Berkata Al-Tahawi:
79: (Tidak boleh melakukan pembunuhan terhadap seseorang daripada umat Muhammad s.a.w., melainkan mereka yang wajib di atasnya hukuman bunuh).
Srh. Dalam Al-Sahih daripada Nabi s.a.w. bahawasanya Baginda bersabda bermaksud:
``Tidak halal darah seseorang muslim yang bershahadah, bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa Aku Rasulullah, melainkan dengan salah satu daripada tiga: Bujang yang berzina, bunuh dibalas bunuh dan yang meninggalkan agamanya yang berpisah dari jama`ah.``
Dan berkata Al-Tahawi;
80 (Kami tidak berpendapat yang keluar dari pimpinan kami dan pemerintah urusan kami, walaupun mereka berdekatan, kami tidak berdo`a tidak baik ke atas mereka, dan kami tidak mencabut tangan daripada ketaatan mereka. Kami melihat ketaatan mereka ialah dengan ketaatan kepada Allah `Azza wa Jalla sebagai kefarduan, selama mereka tidak menyuruh dengan maksiat, kita menyeru mereka dengan kebaikan dan kemaafan).
Srh. Yang demikian kerana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Wahai mereka yang beriman, taatlah kamu  akan Allah dan taatlah kamu akan Rasul dan yang mempunyai pemerintahan daripada kamu.`` (Al-Nisa`: 59).
Dan dalam dua sahih (Bukhari dan Muslim), Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
``Kewajipan di atas seorang muslim ialah mendengar dan taat pada perkara yang disuka dan  dibenci, melainkan disuruh melakukan dengan ma`siat, maka jika disuruh melakukan dengan ma`siat, maka tidak ada pendengaran dan ketaatan.``
Berkata Al-Tahawi:
81 (Kami mengikut Al-Sunnah dan Al-Jama`ah, kami menjauhi kenadiran, pertikaian dan perpecahan).
Srh. Al-Sunnah ialah tariqat (jalan) Rasul s.a.w., dan jamaah ialah sekalian muslimun, dan mereka itu ialah sahabat-sahabat dan tabi`un kepada mereka itu dengan ihsan, hingga hari kiamat, Mengikut mereka itu adalah pertunjuk dan menyalahi mereka itu adalah sesat.
Berkata Al-Tahawi;
82 (Kita kasihkan ahli adil dan amanah dan kita benci ahli zalim dan khianat).
Srh. Dan ini adalah dari sempurna keimanan dan sempurna ubudiyyah, kerana ibadat mengandungi sempurna kasih dan kemuncaknya, dan sempurna kehinaan dan puncaknya. Maka cintakan Rasulullah dan anbiya`Nya dan ibadat para mu`minin adalah dari kecintaan terhadap Allah..
Berkata Al-Tahawi r.h.a.;
83 (Kami berkata,``Allah lebih tahu`, pada perkara yang shubhah ke atas kami dari ilmunya).
Srh. Bermaksud kesejahteraan pada agama ialah dengan penyerahan kepada Allah dan kepada Rasulnya s.a.w. dan menyerahkan perkara yang shubhah kepada yang mengetahui.
Sesungguhnya Allah Ta`ala menyuruh NabiNya s.a.w. menyerahkan ilmu yang tidak diketahui kepadaNya.
Allah Ta`ala berfirman bermaksud:
``Katakanlah (wahai Muhammad), Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur. Baginyalah tertentu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi.`` (Al-Kahfi: 26)
Demikianlah Al-Tahawi membicarakan aspek-aspek keimanan, bukan saja tentang rukun iman yang enam, tetapi juga yang melibatkan kepercayaan lain seperti Awliya` al-Rahman, tentang pendosa besar, shafaah, tidak boleh menghukum kafir terhadap seorang sewenag-wenang, tentang ketaatan yang kesemuanya ditegaskan bahawa, ``Kami mengikut Al-Sunnah dan Al-Jama`ah` yang sememangnya menjadi ikutan majoriti umat Islam.

Sekian.


January 27, 2016

Masih Persoalan Iman


BBB, 16 Rabiul Akhir 1437 = 26 Januari 2016 (Selasa):


Berkata Al-Tahawi:
71 (Semua mu`minun keseluruhan ialah Awliya` al-Rahman).
Srh.  Maksud  `Al-Awliya` di sini adalah lawan bagi Al-`Adawah (Seteru). Maka `al-Mu`minun` sebagai `Al-Awliya` Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
``Ketahuilah ! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah  itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.`` (Yunus: 62-63).
Berkata Al-Tahawei:
72 (Dan terlebih mulia mereka itu di sisi Allah, mereka yang lebih taat dan lebih mengikut mereka itu akan  Al-Qur`an)
Srh. Firman Allah Ta`ala di dalam Al-Qur`an bermaksud:
``Sesungguhnya yang terlebih mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertaqwa di kalangan kamu.`` (Al-Hujurat: 13).
Di dalam al-Sunan daripada Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Tidak ada kelebihan bagi orang `Arab ke atas orang `Ajam, dan tidak bagi orang `Ajam ke atas orang `Arab, dan tidak bagi yang putih ke atas yang hitam, dan tidak bagi yang hitam ke atas yang putih, melainkan dengan taqwa. Manusia dari Adam dan Adam dari tanah.``
Berkata Al-Tahawi,
73 (Dan iman, ialah beriman dengan Allah, dan malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan rasul-rasaulNya, dan Hari Akhirat, dan dengan qadar; baiknya dan jahatnya, dan manisnya dan pahitnya daripada Allah Ta`ala.``
Dan maksud, Beriman dengan qadar baiknya dan jahatnya, manisnya dan pahitnya daripada Allah Ta`ala menepati firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Tidak akan ada musibah, melainkan apa yang telah ditulis bagi kami.`` (Al-Taubah: 51).
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Apa yang menimpa engkau daripada kebaikan, mereka berkata, ``Ini  daripada Allah,`` dan jika menimpa mereka itu kejahatan, mereka berkata, ``Ini daripada diri engkau.`` (Al-Nisa`: 78).
Berkata Al-Tahawi
74 (Kami beriman dengan yang demikian kesemuanya, kami tidak membezakan antara seorang dari rasul-rasulnya, kami membenarkan mereka kesemuanya di atas apa yang mereka datang dengannya).
Srh. Tidak ada beriman dengan setengah dan tidak dengan setengah. Sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Mereka itu berkata, Kami beriman dengan setengah dan kami kufur dengan setengah, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain di antara (iman dan kufur itu). Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenarnya.`` (Al-Nisa`: 150-151).
Berkata Al-Tahawi:
75 (Dan ahli yang melakukan dosa besar daripada umat Muhammad s.a.w. masuk neraka, tidak mereka kekal apabila mereka mati dan mereka mengesakan (Allah), dan jika mereka itu tidak bertaubat selepas mereka menemui Allah dalam keadaan mereka tahu. Dan mereka dalam kehendakNya dan hukumNya, insha Allah diampunkan mereka dan dimaafkan daripada mereka dengan kelebihanNya sebagaimana firman Allah Ta`ala di dalam kitabNya, ``Dan Dia mengampun selain dari yang demikian bagi sesiapa yang dikehendaki``. Dan kalau Dia berkehendak mengazabkan mereka di dalam neraka adalah dengan adilNya, kemudian dikeluarkan mereka daripadanya dengan rahmatNya.   Dan shafaat bagi mereka yang mendapat shafaat ialah dari ahli yang mentaatiNya. Kemudian Dia membangkitkan mereka itu ke syurgaNya. Demikianlah bahawa Allah Subhanahu wa Ta`ala Tuan bagi ahli ma`rifatNya dan Dia tidak menjadikan mereka di dua tempat seperti ahli yang menentangnya yang tersisih dari hidayatNya dan tidak mencapai daripada wilayahNya. Wahai Allah  Ya Waliyy al-Islam dan ahlinya, tetapkanlah kami di atas Islam sehingga kami menemui Engkau dengannya).
Semua berpendapat pelaku dosa besar, maka balasannya ke neraka.
Firman Allah bermaksud:
``Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan mengampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (Al-Nisa`: 31).
Berkata Al-Tahawi lagi:
76 (Kami melihat (berpendapat) bersolat di belakang orang yang baik dan orang jahat dari pada ahli al-Qiblat dan yang mati adalah dari kalangan  mereka)
Srh. Dalam Sahih Bukhari bahawa `Abdullah bin `Umar r.a. adalah beliau bersolat di belakang Al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafiyy, demikian juga Anas bin Malik, sedangkan Al-Hajjaj seorang fasiq lagi zalim.
Dalam Sahih Bukhari juga, bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Bersolatlah bagi kamu,, maka jika membetuli, maka bagimu dan bagi mereka itu, dan jika tersalah, maka di atas kamu dan di atas mereka itu.``
Hr. Kita tak dapat menentu dan menilai dalaman seseorang dengan tepat, terpulang kepada Allah Ta`ala. Kita hanya menyangka baik dan mengharapkan kebaikan dari Allah.

Sekian.


January 26, 2016

Tentang Al-Qur`an Kalam Tuhan Dan Iman


BBB, 15 Rabiul Akhir 1437 = 25 Januari 2016 (Isnin):


Berkata Al-Tahawi:
63 (Dan kita namakan ahli Qiblat kita muslimin mu`minin, selama mana mereka dengan apa yang didatangkan denganmya oleh Nabi s.a.w. mereka diiktiraf, dan baginya dengan setiap apa yang dikatakan dan dikhabarkan oleh orang dipercayai.
Srh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: `` Siapa yang solat akan solat kami, dan menghadapi Qiblat kami, dan makan sembelihan kami, maka dia adalah muslim, baginya apa yang  ada di kalangan kami dan di atasnya apa yang di atas kami).
Berkata Al-Tahawi :
64 Kami tidak mengharungi pembicaraan tentang Allah dan kami tidak membantah tentang agama Allah.
Srh. Maksud Al-Tahawi ialah menegah dari membicarakan kalam para mutakallimin yang batil, dikeji ilmu mereka, kerana mereka bercakap tentang ketuhanan tanpa keilmuan dan mengubahkan apa yang didatangkan kepada mereka.
Berkata Abu Hanifah r.h.a., ``Tidak sayugia seseorang bercakap tentang Dhat Allah dengan sesuatu, bahkan dengan sifat daripada apa yang disifatkan dengannya akan DiriNya.
Bab XV
Al-Qur`an (Lanjutan – Sudah Dibicarakan berhubung dengan `Kalam`).
65  Berkata Al-Tahawi (Dan jangan berbantah tentang Al-Qur`an, kita naik saksi bahawasanya Kalam Rabb al-`Alamin, diturunkan dengannya oleh al-Ruh al-Amin, maka dia mengajarkan akan Sayyid al-Mursalin Muhammad s.a.w., dan dia adalah Kalam Allah Ta`ala, tidak menyamainya sesuatu dari kalam sekalian makhluk, kita tidak katakannya sebagai makhluk dan kita tidak menyalahi jamaah al-muslimin.
Srh. Dan katanya, `Turun dengannya oleh al-Ruh al-Amin, dia adalah Jibril a.s. Dinamakan dengan `al-Ruh al-Amin`, kerana dia pembawa wahyu yang dengannya menghidupkan hati kepada Rasul dari manusia salawat dan salam ke atas mereka semua. Dia adalah Amin sebenar Amin salawat Allah `alayh.
Firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Bahawasanya Al-Qur`an itu sungguh-sungguh Kalam Allah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia. Yang kuat gagah yang berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai `Arash. Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat) lagi dipercayai (Al-Takwir: 19-21).
Berkata Al-Tahawi,
66 (Dan kami tidak mengkufurkan seseorang daripada ahli al-Qiblat dengan dosa selama dia tidak menghalalkannya dan kami tidak berkata `Tidak mudarat bersama iman dosa bagi yang melakukannya.``
Memaksudkan Al-Tahawi dengan kalam ini ialah menolak terhadap Khawarij yang berkata  bahawa  kufur dengan setiap dosa dilakukan .
Berkata Al-Tahawi:
67 (Kami berharap bagi semua muhsinin dari kalangan mu`minin diampun Allah daripada mereka itu dan dimasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmatNya. Kami tidaklah pemberi aman kepada mereka dan tidak penyaksi terhadap mereka disyurga, kami memohon di atas kesalahan mereka, dan kami bimbang terhadap mereka, tetapi tidak berputus asa.
Srh. Al-Tahawi mengingatkan tentang hak diri dan hak lainnya.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan dirinya kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabnya. Sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti .`` (Al-Isra`: 57).
Dan berkata Al-Tahawi:
68 (Keamanan dan kekeciwaan berpindah dari millah al-Islam dan jalan kebenaran antara keduanya bagi Ahli al-Qiblah).
Srh: bermaksud adalah wajib bagi seorang hamba takut yang wajib, kerana takut yang dipuji yang benar ialah apa yang berlaku antara hal sahabatnya dan di antara kawasan larangan Allah, jikalau dia melampaui sedemikian ditakuti daripadanya keciwa dan putus asa .
Berkata Aql-Tahawi;
69 (Tidak keluar seorang hamba daripada iman melainkan dengan sekeras yang memasuki padanya)
Srh. Dimaksud sedemikian oleh Al-Tahawi untuk menolak pendapat Khawarij dan Mu`tazilah mengenai perkataan mereka itu dengan keluarnya dari iman dengan melakukan dosa-dosa besar (banyak).
Bab XVI – Al-Iman
Berkata Al-Tahawi:
70 (Dan Iman itu ialah ikrar dengan lisan dan tasdiq dengan hati, dan semua ialah apa yang sah daripada Rasulullah s.a.w. dari shara` dan keterangan keseluruhan adalah hak. Iman adalah satu, dan ahlinya pada asalnya adalah sama, dan berlebih kurang di antara mereka dengan takut dan taqwa, menentang hawa nafsu dan melazimkan diri dengan keutamaan.
Tentang iman, Berpendapat Maliki, Al-Shafi`, Ahmad, Al-Auza`i, Ishaq bin Rahawayh dan semua ahli al-Hadith, Ahli al-Madinah, Ahli al-Zahir dan jamaah dari kalangan mutakallimin, bahawasanya Iman ialah tasdiq dengan hati, iqrar dengan lisan dan amal dengan arkan dan banyak pula dari kalangan sahabat kami bersama pendapat Al-Tahawi bahawa iman ialah Iqrar dengan lisan dan tasdiq dengan hati.
Bukti bahawa Iman boleh bertambah – juga berkurang seperti firman Allah bermaksud:
``Dan apabila dibacakan ke atas mereka itu ayat-ayatNya  bertambahlah ke atas mereka itu keimanan.`` (Al-Anfal: 2).

Sekian.


January 25, 2016

Qada` Dan Qadar Aspek Akidah, Usul Ma`rifat Mentauhidkan Allah


BBB, 14 Rabiul Akhir 1437 = 24 Januari 2016 (Ahad):


Berkata Al-Tahawi: 55 ( Apa kesilapan hamba tidaklah musibah (nasib/membetuli) baginya dan apa yang betul tidaklah menjadi kesilapan baginya).
Hr. Yakni mengikut ketentuan qada` dan qadar baginya.
Kata Al-Tahawi 56 (Hamba hendaklah mengetahui bahawa ilmu Allah mendahului ilmu hamba pada setiap keadaan daripada makhluk kejadian, maka ditakdir baginya yang demikian dengan takdir berhikmah yang sesuai, yang tidak berlaku kekurangan, tanpa akibat, tidak hilang, tidak berubah, tidak kurang dan tidak lebih dari segi makhluk ciptaan  sama ada di langit dan bumiNya).
Srh. Ini menolak pendapat Mu`tazilah yang mengatakan, bahawasanya Allah mengetahui pada peringkat azali dan mereka berkata, bahawa Allah Ta`ala tidak mengetahui perbuatan hamba sehingga mereka melakukan perbuatan ! Maha Suci Allah daripada apa yang mereka katakan. Allah Maha Tinggi lagi Agong.
Berkata Al-Tahawi: 57 (Demikian daripada akidah iman dan usul al-Ma`rifat dan pengiktirafan dengan ketauhidan Allah dan rububiyyahNya. Sebagaimana firman Allah Ta`ala di dalam Kitabnya (AL-Qur`an) bermaksud:
``Dan Dia mencipta tiap-tiap suatu, maka Dia mentakdirkannya dengan takdir tertentu (Al-Furqan: 2) Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Dan adalah perintah Allah menurut kadar yang ditentukan kadarnya.`` (Al-Ahzab: 38).
Srh: Maka dari Ibn `Abbas r.anhuma bahawasanya ia berkata, ``Al-qadar ialah aturan ketauhidan, siapa yang mengesakan Allah dan mendustakan dengan Qadar, maka menghapus oleh pendustaannya terhadap tauhidnya.``
Ini ialah kerana beriman dengan qadar, mengandungi iman dengan ilmu Allah yang Qadim dan apa yang zahir dari ilmuNya yang tidak meliputi dengannya (oleh makhluk) dan kitabNya  tentang takdir-takdir makhluk. Sesungguhnya telah sesat di dalam maudu` ini makhluk-makhluk dari musyrikin,, al-Sabi`in, dan al-falasifah dan lain daripada mereka itu yang mengingkari ilmu Allah dengan ju`iyyat dan lain-lain.
Berkata Al-Tahawi,
Mtn. 58 (Celakalah bagi siapa yang menjadikan hatinya tentang qadar sebagai hati yang sakit. Sesungguhnya dia meminta pertolongan dengan kewahamannya untuk menyelidik tentang yang ghaib secara rahsia dan tersembunyi dan kembali dengan apa yang dikatakan padanya secara dusta.
Srh: Bahawa hati hidup dan mati, sakit dan sembuh, Hati yang sihat adalah hidup apabila dibentang kepadanya perkara yang batil dan huduh, maka ia secara naluri liar dan tidak menyukainya dan tidak berpaling kepadanya. Sebaliknya hati yang mati, maka sesungguhnya tidak membezakan antara yang elok dan huduh.
Berkata Abdullah bin Mas`ud: ``Binasalah orang yang tidak ada  baginya hati yang tidak mengenal dengannya akan yang makruf dan yang mungkar.``
Penyakit hati dua jenis.Sakit syahwah dan sakit syubhah.
Sakit syahwah dimaklumi dan sakit syubhah, seperti permasalahan al-qadr yang dibahas tanpa penghujung.
Bab XII
Berkata Al-Tahawi 59: (Bahawa `Arash dan Kursi adalah Haq)
Srh: Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Tinggi darajat dan mempunyai `Arash`` (Ghafir:15)
Berfirman Allah Ta`alabermaksud:
 ``Al-Rahman di atas `Arash memerintah.`` ( Taha: 5)
Firmannya lagi bermaksud:
``Luas Kursinya  melangit dan bumi (Al-Baqarah: 255).
Berkata Al-Tahawi: 60 ( Dia terkaya dari `Arash dan apa yang selain daripadanya, meliputi dengan setiap sesuatu dan mengatasinya dan lemah dari meliputi oleh makhluknya).
Srh. Sebagaimana firman Allah bermaksud,
`` Sesungguhnya Allah terkaya daripada alam (Al-`Ankabut: 6)
FirmanNya lagi bermaksud,
`` Dan bagi Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan adalah Allah bagi setiap sesuatu adalah meliputi (Al-Nisa`: 126).
Bab XIII
Berkata Al-Tahawi, 61 (Sesungguhgnya Allah menjadikan Ibarhim sebagai Khalil dan bercakap Allah  akan Musa sebagai percakapan, beriman, mentasdiqkan dan penerimaan)
Srh. Firman Allah bermaksud, Dan Allah menjadikan Ibrahikm sebagai Khalil.`` (Al-Nisa`: 125).
Dan berfirman Allah bermaksud,
``Dan bercakap oleh Allah akan Musa sebagai percakapan.`` (Al-Nisa`: 164).
Bab XIV
Kata Al-Tahawi (Kami beriman dengan Malaikat dan Nabi-Nabi dan kitab-kitab yang diturunkan ke atas Rasul-Rasul, dan kami menyaksikan bahawasanya adalah mereka itu di atras Kebenaran yang nyata).
Srh. Ini adalah perkara-perkara yang berhubung dengan rukun-rukun iman. Sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksuD;
``Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya.`` (Al-Baqarah: 285).
Dan bersabda Rasulullah s.a.w. pada Hadith yang ittifaq tentang kesahihannya, Hadith Jibril dan soalannya kepada Nabi s.a.w. tentang iman, maka sabda Rasulullah s.a.w.,:
``Bahawa engkau beriman dengan Allah, dan malaikat-malaikatnya, dan kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya dan hari akhirat dan engkau beriman dengan qadar – baiknya dan jahatnya.``

Sekian.


January 24, 2016

Persoalan Qada` Dan Qadar: Penerimaan Lebih Baik Dari Mempersoalkan


BBB, 13 Rabiul Akhir 1437 = 23 Januari 2016 (Sabtu);
Bab  X


Berkata Al-Tahawi , 51 (Dan asal Qadar ialah rahsia Allah Ta`ala pada kejadianNya, tidak menaikkan persoalan ini oleh Malaikat yang mendekat, tidak juga oleh Nabi yang diutuskan. Mendalami dan mengamati yang demikian membawa kepada kekeciwaan dan melangkaui yang ditegah dan membawa kepada darjah keangkuhan. Perlu pengawasan  dari segala pengawasan untuk mengelak dari tekanan pengamatan, fikiran dan waswas. Maka sesungguhnya Allah Ta`ala melipatkan keilmuan tentang qadar dari makhlukNya dan melarang manusia melaram dengannya, kerana Allah Ta`ala berfirman di dalam KitabNya (Al-Qur`an) bermaksud ``Jangan  persoal apa yang Dia buat dan mereka  persoalkan.`` Siapa yang bertanya, kenapa dibuat demikian, maka sesungguhnya menolak  hukum Kitab, dan siapa yang menolak Hukum al-Kitab, adalah dia dari kalangan urang-orang kafir.``
Srh:  Pendirian Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, bahawa tiap-tiap sesuatu dengan Qada` Allah dan QadarNya dan menyalahi sedemikian oleh Qadariyyah dan Mu`tazilah. Mereka menyangka bahawa Allah menghendaki keimanan dari orang kafir, tetapi orang kafir maukan kekufuran, maka terjadilah bahawa kehendak orang kafir tidak seperti kehendak Allah Ta`ala ! Ini adalah seburuk-buruk i`tiqad, dan adalah pendapat yang tidak ada dalil, bahkan bersalahan dari dalil. Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman bermaksud:
``Dan (bagi menolak rayuan itu Tuhan berfirman), ``Kalaulah kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat pertunjuk untuk beriman dan beramal salih kepada tiap-tiap seorang dengan kitiadaan usaha dari masing-masing), nescaya kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah pertunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat), tetapi telah tetap hukuman siksa dari Ku, ``Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal salih).`` (Al-Sajdah: 13).
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya, nescaya  Ia melapangkan dadanya (membukakan hatinya) untuk menerima Islam, dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sebak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman,``(Al-An`am: 125).
Berkata Al-Tahawi:
Mtn: 52 (Ini adalah jumlah yang diperlukan kepadanya oleh orang yang diiberi cahaya hatinya daripada wali-wali Allah Ta`ala, iaitu darajah orang yang mendalam di dalam keilmuan. Kerana ilmu ada dua;
Ilmu pada makhluk yang wujud dan ilmu yang ada pada makhluk yang luput (mafqud), maka ingkar kepada ilmu yang ada adalah kufur dan mendakwa dengan ilmu yang luput kufur. Dan tidak kukuh iman melainkan menerima ilmu yang maujud, dan meninggal menuntut ilmu yang luput).
Maksud ilmu yang luput, hilang (mafqud) ialah `Ilmu Qadar` yang melipatkannya (menyembunyikannya dan melarang daripada mengoreknya).
Adapun ilmu maujud ialah Ilmu Syari`at, umbinya dan cabang-cabangnya.
Siapa yang mengingkarkan daripada perkara yang dibawa datang oleh Rasul, adalah dia daripada orang kafir dan siapa mendakwa dengan keilmuan ghaib juga daripada orang kafir.
Firman Allah bermaksud:
``Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuinya itu kepada sesiapa pun. Melainkan kepada mana-m,ana Rasul yang diredainya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya, apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian), Maka sesungguhnya Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasinya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan). (Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu), supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya – (dengan jagaan mereka), - Rasul-Rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka (dengan sempurna), pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi akan segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu, satu persatu.`` (Al-Jinn: 26-28).
Bab XI
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 53 (Dan kami beriman dengan Lauh dan qalam dan dengan apa yang padanya telah dirakam).
Srh. Firman Allah bermaksud:
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau perkara sihir), Bahkan ialah Al-Qur`an yang tertinggi kemuliaannya). (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.`` ( Al-Buruj: 21-22).
Lauh Mahfuz ialah yang ditulis (ditentu) oleh Allah tentang kadar-kadar makhluk padanya, dan Qalam yang disebut ialah  yang dijadikannya oleh Allah dan ditulis padanya - pada Lauh tersebut kadar-kadar. Seperti dalam Sunan Abi Daud daripada `Ubadah bi al-Samit berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
``Sesungguhnya seawal-awal dijadikan Allah ialah Al-Qalam: Maka dikatakan kepadanya. ``Tulis``, maka katanya, Wahai Tuhan, ``Apakah hendak aku tulis ?``Katanya, ``Tulislah takdir-takdir setiap sesuatu sehingga tibanya Hari Kiamat.
Berkata Abu Ja`afar al-Tahawi:
Mtn. 54
(Maka kalau berhimpun oleh makhluk keseluruhannya di atas sesuatu yang ditulis oleh Allah Ta`ala keadaannya, untuk mengubahnya tidak berlaku, mereka tidak berkuasa di atasnya. Dan kalau mereka berhimpun keseluruhan di atas sesuatu yang tidak ditulis Allah Ta`ala untuk menjadikannya (tertulis), mereka tidak berkuasa dengannya. Kering kalam dengan apa yang berlaku hingga ke hari Kiamat)
Srh. Sebagai bukti dibawa Hadith Rasulullah s.a.w. antaranya bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a. berkata:
``Adalah aku di belakang Rasulullah s.a.w. pada satu hari, maka bersabda Baginda, Wahai lelaki, Maukah aku mengajarmu beberapa kalimat ! Jagalah Allah Dia menjaga engkau. Jagalah Allah engkau mendapat apa yang engkau hadapi. Apabila memohon, mohonlah kepada Allah, apabila meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Dan ketahuilah bahawa  ummah kalau berhimpun untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu tidak memberi manfaat kepadamu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis Allah bagi engkau.. Dan kalau berhimpun mereka itu dengan tujuan untuk memudaratkan engkau dengan sesuatu, tidak memudaratkan engkau melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis Allah ke atas engkau. Terangkat qalam-qalam dan keringlah mushaf-mushaf). Riwayat al-Tirmidhi, dan kata: Hadith Hasan Sahih.

Sekian.


January 23, 2016

Pendapat Tentang Isra` Dan Mi`raj: Kita Beriman


BBB, 12 Rabiul Akhir 1437 = 22 Januari 2016 (Jumaat):
Bab  V


Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 45 (Dan Mi`raj adalah haqq (benar) dan sesungguhnya telah menjalankan waktu malam akan Nabi s.a.w. dan dinaikkan (mi`raj) dengan diri (tubuh badan) dalam keadaan sedar ke langit, kemudian kepada sekiramana dikehendaki Allah kepada ketinggian, dan memuliakannya oleh Allah menurut kehendakNya, diwahyukan kepadanya dengan apa yang diwahyukan, tidaklah berdusta oleh hati dengan apa yang dilihat, maka mensalawat oleh Allah ke atasnya di akhirat dan di dunia).
Srh. Menurut Al-Tahawi kita tidak mengetahui bagaimana kaedah dan kayfiyat, tetapi hukumnya menurutnya sebagaimana pegangan yang lain tentang perkara-perkara yang ghaib, kita beriman dengannya dan kita tidak perlu bersusah bertanya tentang kayfiyatnya. Menurut pensharh:
Berbagai pendapat tentang Isra`. Ada yang berkata adalah Isra` dengan ruhnya dan tidak dengan jasadnya sebagaimana pendapat ini dipetik oleh Ibn Ishaq dari A`ishah r.`anha dan dipindah dari Hasan Basari seumpamanya. Bukti dengan jasad Isra` secara sedar (yaqzah) secara sahih bahawa Nabi s.a.w  Isra dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dengan menunggang `Buraq`. Bukhari di dalam Hadith riwayatnya menerangkan secara detail tentang Isra dan Mirajnya hingga ke  Sidratul Muntaha dalam misi menerima fardu solat yang asalnya lima puluh hingga tinggal lima. Berselisih pendapat antara ulama` tentang`Melihat Rasulullah Allah`, kebanyakan berpendapat melihat dengan mata hati, bukan mata lahir.
Hr. Hujah Isra`dan Mi`raj dengan ruh dan jasad ialah ayat pertama di dalam surah Al-Isra` menyebut `Asra bi `abdihi`. Ditegaskan kalau dengan ruh sahaja tidak dinisbahkan dengan `abdihi`. Maksud `hamba` melibatkan jasad dan ruh.
Bab VI
Berhubung Dengan Haud (Kolam)
Berkata Al-Tahawi: 46 (Al-Haud –Kolam yang memuliakan Allah Ta`ala dengannya sebagai minuman  umat Nabi Muhammad adalah benar).
Srh: Lantaran terdapat Hadith-Hadith berkenaannya.
Bab VII
Berkenaan Shafa`ah
Berkata Al-Tahawi: 47 (dan Shafa`ah sebagai perbendaharaan bagi mereka adalah Haq)
Srh. Lantaran terdapat Hadith mengenainya
Hr. Maksud di Padang Mahsyar di dalam menunggu hisab. Antara Hadith Nabi bermaksud:
``Akulah orang pertama memberi Shaf`ah memasuki syurga.``
Bab VIII
Tentang Janji.
Berkata Al-Tahawi, 48 (Dan Janji yang diambil Allah daripada Adam dan zuriatnya adalah haq)
Srh. Sebagaimana maksud daripada firman Allah bermaksud:
``Ingatlah (wahai Muhammad)) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Ia bertanya  dengan firmanNya), ``Bukankah Aku Tuhan kamu ?``Mereka semua menjawab, ``Benar (Engkaulah Tuhan kami). Kami menjadi saksi,`` yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak., Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. ( Al-A`raf: 172).
Bab  IX  Tentang Balasan Syurga Dan Neraka
Berkata Al-Tahawi 49 (Sesungguhnya Allah Ta`ala Mengetahui sejak azali bilangan mereka yang masuk syurga dan bilangan mereka yang masuk neraka, maka tidak bertambah dengan bilangan sedemikian dan tidak berkurang daripadanya, dan dengan perbuatan mereka itu dengan apa yang diketahui dari mereka melakukannya).
Srh. Firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Sesungguhnya Allah di atas sesuatu Amat Mengetahui (Al-Taubah: 115).
Dan Firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Dan adalah Allah dengan tiap-tiap suatu Amat Mengetahui`` (Al-Fath: 26).
Berkata Al-Tahawi:
Mtn 50 (Dan setiap suatu dipermudah bagi apa yang dijadikan baginya, dan amalan-amalan  mengakhiri. Yang berbahagia ialah orang yang bahagia dengan Qada` Allah, dan yang celaka ialah orang yang dicelaka dengan Qada` Allah)..
Srh: Dalam dua Sahih (Bukhari dan Muslim):
Daripada Abdullah bin Mas`ud r.a. berkata. Bersabda Rasulullah s.a.w. – Baginda Benar lagi DiBenarkan, bermaksud:
``Bahawa adalah seorang kamu dihimpun kejadiannya pada perut ibunya empat puluh hari sebagai air mani, kemudian menjadi darah beku, selama itu, kemudian menjadi seketul daging selama sedemikian juga. Kemudian dihantar kepadanya malaikat, maka ditiup padanya ruh dan diperintah dengan empat kalimat:, rezekinya, ajalnya, amalnya, seksa dan bahagia. Demi yang tiada Tuhan melainkanNya, seorang kamu melakukan amalan ahli syurga sehingga antaranya dengan syurga melainkan sehasta,, maka mendahului ke atasnya kitab, maka dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka dia masuk neraka.. Maka demikian seorang kamu beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga antaranya dengan neraka melainkan sehasta,, maka mendahului ke atasnya kitab, maka dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk neraka.``
Hr. Lantaran itu kita digalakkan memohon dari Allah agar dikurniakan `Husnu al-Khatimah` dan tidak dengan `Su` al-Khatimah`. Demikian doa` supaya Allah  menjadikan hidup di dunia hasanah dan di Akhirat juga Hasanah dan dijauhi dari api neraka.

Sekian.


January 22, 2016

Persoalan Melihat Tuhan


B BB, 11 Rabiul Akhir 1437 = 21 Januari 2016 (Rabu):


Persoalan yang berat seperti Kalam Allah dan Al-Qur`an, ialah persoalan melihat Allah.
Bab  IV
Berkata Al-Tahawi: Mtn. 38 (Dan Ru`yah (melihat) adalah Haqq bagi ahli syurga, dengan tidak mengelilingi (lingkungan) dan tanpa kayfiyah, sebagaimana dsicakap dengannya oleh Kitab Tuhan kita bermaksud ``Wajah-wajah pada masa itu melihat kepada Tuhannya dengan melihat (yang layak). Dan tafsirnya sebagaimana dikehendak oleh Allah Ta`ala dan keilmuanNya, dan setiap yang datang sedemikian itu daripada Hadith Sahih daripada Rasulillah s.a.w. sebagaimana Baginda bersabda. Dan maknanya sebagaimana dikehendaki, tidak kita masuk yang sedemikian sebagaimana takwilan menurut fikiran kita, dan sebagaimana mewahamkan dengan hawa nafsu kita, kerana sesungguhnya siapa yang selamat dalam agamanya ialah orang yang selamat bagi Allah `Azza wa Jalla dan bagi Rasulnya s.a.w.. Penolakan terhadap yang mentashbihkan ke atasnya kepada alamnya).
Srh. Ungkapan di atas adalah sebagai menolak oleh Al-Tahawi terhadap mereka yang mengingkari akan `ru`yah`. – Yakni ru`yah orang-orang mu`min, apabila mereka masuk syurga – melihat Tuhan subhanahu wa Ta`ala. Lantaran mengingkari terhadap sedemikian oleh golongan Jahmiyyah dan Mu`tazilah dan mereka yang sependapat dengan mereka.. Sesungguhnya kata mereka adalah batal, lantaran bercanggah dengan Kitab dan Al-Sunnah. Turut mengukuhkan pendapat sedemikian (seperti Al-Tahawi) ialah  Al-Tabari dan Al-Shafie dan lain-lain.
Berkata Al-Tahawi Mtn. 39 (Tidak tetap kukuh tapak kaki Islam, melainkan di atas tempat selamat  dan penyerahan dengan selamat).
Srh: Ungkapan secara isti`arah (pinjaman – sudut adabiyy) lantaran tapak kaki yang berdiri secara baik tidak dapat tetap, melainkan di atas belakang sesuatu, yakni, tidak kukuh Islam siapa yang tidak menerima nas-nas kewahyuan, terima dan tidak menentang dan tidak mencanggahinya  dengan fikiran, kewarasan dan kiasan.
Riwayat Bukhari daripada Imam Muhammad bin Shihab al-Zuhri r.h.m bahawasanya dia berkata, ``Daripada Allah ialah Risalah, daripada Rasul penyampaian dan di atas kita ialah penerimaan.``
Berkata Al-Tahawi, Mtn. 40 (Maka barangsiapa diganggu keilmuannya oleh lintasan daripadanya  sebagaimana diketahui, dan tidak memada dengan penerimaan dengan kefahamannya, melindungi (disertai) oleh  lintasan gangguan terhadapnya daripada kebersihan tauhid, bersih ma`rifat dan iman yang sahih).
[Perlu bersih dari gangguan, lintasan dan waswas].
Srh. Bagi  mengingatkan dari permainan waswas yang merupakan gangguan syaitan.
Sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Ada dari kalangan manusia yang berbalas hujah tentang Allah, tanpa keilmuan dan dia mengikut langkah dan kemahuan syaitan .`` (Al-Hajj: 3)
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 41 (Dia dalam keraguan antara kufur dan iman, membenar dan mendustakan,, ikrar dan ingkar, dalam waswas dan sesat, bukan sebagai orang mukmin yang membenarkan dan tidak penentang yang dusta.
Srh. Adalah gambaran mereka yang  ragu dan tiada pegangan yang kukuh, bagai hanyut dan tiada kepastian di mana terdampar. Pensharh menyebut tokoh-tokoh falsafah seperti Ibn Rushd, Al-Razi,, Al-Sahrastani dan beberapa lagi yang mengakui mereka berkelana dalam falsafah, tidak mereka dapati melainkan ketakjuban dan kekesalan. Sebaik-baik kembali kepada induk Islam.
Berkata Al-Tahawi:
Mtn, 42 (Dan tidak sah iman dengan ru`yah bagi ahli Dar al-Salam yang mengibaratkan  penerimaan secara waham atau mentakwilnya menurut yang difaham, lantaran ta`wil ru`yah, dan ta`wil bagi setiap makna yang disandarkan kepada ru`yah, dengan meninggalkan ta`wil, dan melazimkan penerimaan, maka baginya agama bagi muslimin dan siapa yang tak meninggalkan nafi dan tashbih, tergelincir dan tidak betul dari tanzih).
Srh. Ungkapan ini adalah bagi menolak pendapat Mu`tazilah yang menafikan melihat Tuhan, dengan hujah rasional bahawa sesuatu yang baharu tidak mungkin berdepan dengan yang kekal dan abadi. Adapun Al-Tahawi berpegang dengan nyata ayat Al-Qur`an telah disebutkan dan Hadith Nabi s.a.w. yang bersabda bermaksud:
``Engkau melihat Tuhan kamu seperti kamu melihat bulan penuh purnama. 
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 43 (Maka sesungguhnya Tuhan kita Jalla wa `Ala disifatkan dengan sifat-sifat wahdaniyyat, disifat dengan sifat ketunggalan, bukan seperti makna esa  kejadian alam.
Srh: Al-Tahawi menyebut persoalan ini bagi  membersih pegangan bahawa Allah Ta`ala disifat secara nafi dan ithbat.
Hr. Al-Tahawi lebih ketat dari aliran Ash`ari dan Maturidi yang mengambil pendekatan tashbih dan nafi bagi memahami sifat-sifat Allah.
Berkata Al-Tahawi:
(Tidak dikaitkan dengan Allah oleh sempadan, hujungan,, rukun, anggota,  alatan, tidak tertakluk dengan jihat yang enam seperti pendapat yang bid`ah).
[Jihat – arah enam ialah hadapan dan belakang, kiri  dan kanan dan atas dan bawah].
Srh. Kita tidak boleh mensifatkan Allah Ta`ala dengan apa yang tidak disifat dengannya akan diriNya dan tidak disifat dengannya oleh RasulNya, baik secara nafi atau ithbat. Sesungguhnya kita mengikuti dan tidak bersifat bid`ah. Maka wajiblah di atas kita pada bab sifat menthabit apa yang dithabitkan Allah dan RasulNya dan kita nafi apa yang dinafikan oleh Allah dan RasulNya.
Ternyata Al-Tahawi mengambil sikap yang ketat di dalam membicarakan, terutama apa yang berhubung dengan Allah, contoh persoalan sifat berbanding dengan pendekatan Ash`ari dan Maturidi. Beliau menentang keras pendapat Mu`tazilah dan seumpamanya yang mentakwilkan sesuatu berdasarkan rasional akal.

Sekian                                       


January 21, 2016

Bukhari Dan Abu Hanifah Turut Mengukuhkan Akidah Sunnah


BBB, 10 Rabiul Akhir 1437 = 20 Januari 2016 (Rabu):


Berhubung dengan sifat Kalam Allah ini,  Ali bin Abi al-`Izz al-Adhra`i memetik pendapat Bukhari untuk sharhnya terhadap Matn `Aqidah al-Tahawi sebagaimana berikut:
Srh: Berkata Al-Bukhari di dalam Sahihnya (Kitab Hadith Sahih Bukhari), dalam `Bab Kalam Tuhan Tabaraka wa Ta`ala Bersama Ahli Syurga`. Dia menarik beberapa Hadith. Dia mengatakan bahawa seafdal-afdal nikmat ahli syurga; Ialah melihat WajahNya Tabaraka wa Ta`ala, dan PercakapanNya kepada mereka itu, maka mengingkar yang sedemikian adalah ingkar bagi ruh kesyurgaan dan ketinggian nikmatnya dan kelebihannya yang berterusan yang tidak ada terlebih baik bagi ahlinya melainkan dengannya.
Persoalan ditimbulkan oleh Pensharh tentang ayat Al-Qur`an sebagai memihak kepada pendapat Mu`tazailah seperti ayat Al-Qur`an yang bermaksud:
``Sesungguhnya Kami jadikan Al-Qur`an berbahasa `Arab semoga kamu memahami.`` (Al-Zukhruf: 3), bukan bermaksud  bahawa Al-Qur`an Kena Jadi`, tetapi bermaksud `Kalam Asli` sebagai Kalam Tuhan yang Abadi itu dibawa Jibril kepada Nabi menurut kalam Rasulnya berbahasa bahasa `Arab.
Ini adalah masalah bahasa, sebagaimana juga firman Allah yang bermaksud:
``Sesungguhnya ia adalah perkataan Rasul yang Mulia (Al-Takwir: 19).
Dilihat secara langsung memberi kefahaman bahawa ianya seolah-olah Al-Qur`an itu sebagai perkataan langsung Rasul, tetapi maksudnya diturunkan Al-Qur`an ke atas Nabi melalui Jibril secara bahasa yang digunakan Nabi.
Sebagai penjelasan pensharh memetik pendapat zahir kalam al-Imam Abu Hanifah r.h.m di dalam kitabnya `Al-Fiqh al-Akbar`:
``Dan Al-Qur`an pada mushaf-mushaf adalah tertulis (kena tulis), dan di dalam hati dihafaz, dan di atas lisan kena baca, dan ke atas Nabi s.a.w. diturunkan (kena turun), dan kita lafazkan dengan Al-Qur`an adalah makhluk dan Al-Qur`an bukan Makhluk.``
Pensharh juga mengukuhkan pendapat dengan menyatakan bahawa:
``Dari segi keseluruhan, maka Ahlu al-Sunnah keseluruhan dari mazhab yang empat dan yang lain daripada mereka itu daripada salaf dan khalaf sepakat pendapat bahawasanya Kalam Allah Bukan Makhluk. Sepatut menurut fitrah manusia yang sempurna diri dan akal yang betul, tidak berlaku perselisihan pendapat antara mereka itu, tetapi syaitan selalu mencampakkan perselisihan di kalangan mereka yang boleh memecahbelahkan mereka, sebagaimana  firman Allah bermaksud:
``Dan sesungguhnya yang berselisih pendapat tentang Al-Kitab, menjadikan mereka berpecah yang menjauhkan antara mereka (Al-Baqarah: 176).
Seterusnya Pensharh menerangkan selanjutnya bahawa, dari segi hakikat, bahawa Kalam Allah luaran, iaitu yang didengar daripadanya atau dari orang yang menyampaikannya, maka apabila didengar oleh pendengar, maka dia mengetahui dan menghafaznya, maka Kalam Allah itu didengar baginya, dihafaz secara maklum, apabila dikata oleh pendengar, maka ia adalah dibaca, baginya yang ditilawah, maka jika ditulis, maka dia kena tulis secara bertulisan, dia adalah hakikat pada kewujudan ini, yang tak boleh dinafikan, tetapi secara `majaz`  sah menafikannya, maka tidak harus bahawa dia berkata, ``Tidak ada di dalam mushaf-mushaf itu Kalam Allah dan tidak juga boleh berkata, `Tidaklah apa yang dibaca oleh al-qari` itu Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman bermaksud:
``Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta pertolongan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar `Kalam Allah` (tentang hakikat Islam itu.`` ( Al-Taubah: 6).
Bermaksud dia tidak mendengar Kalam daripada Allah, tetapi mendengar dari penyampainya daripada Allah. Ayat ini menunjukkan rosaknya kata-kata yang berkata, ``Bahawa yang didengar ialah ibarat daripada Kalam Allah dan bukan dia Kalam Allah.``Allah berfirman bermaksud:
``Sehingga dia mendengar Kalam Allah.`` (Al-Taubah: 6).
Pensharh juga menerangkan maksud Matan `Aqidah Al-Tahawi:
``Dan katanya dengan tidak ada kayfiyat`, iaitu tidak dikenali percakapan kalamNya dengannya – Maksud kata bukan secara majaz. Dia adalah diturunkan ke atas Rasulnya secara wahyu, iaitu diturunkan kepadanya di atas lisan malaikat, maka didengarnya oleh Malaikat Jibril daripada Allah dan didengar oleh Rasul s.a.w. daripada Malaikat dan dibacakannya kepada manusia, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Diturun dengannya oleh Ruh al-Amin, di atas hati engkau supaya engkau memberi peringatan, dengan bahasa `Arab yang nyata-terang.`` (Al-Shu`ara`: 193-195).
Dan berkata Al-Tahawi:
Mtn. 37 (Dan barang siapa mensifatkan Allah dengan makna daripada makna-makna kemanusiaan, maka sesungguhnya dia kufur, maka siapa yang mendapati ungkapan sedemikian dan seperti ungkapan orang kafir, maka ditolak sekerasnya. Sesungguhnya sifat Allah tidak sebagaimana manusia).
Srh:  Selepas Sharih menyebut (bahawa Al-Qur`an Kalam Allah bersifat Hakiki darinya nyata), Al-Tahawi mengingatkan selepas daripada itu bahawasanya Allah Ta`ala dengan sifat-sifatNya tidak sebagaimana manusia, bersih dari tashbih, tidak berakibat dari ithbat, yakni Allah Ta`ala, walaupun disifatkan bahawa Dia Mutakallim, tetapi tidak disifatkan dengan makna daripada makna-makna kemanusiaan yang adalah manusia dengan bercakap, kerana Allah tidak ada seumpamaNya sesuatu, Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat.
Demikian perbincangan berhubung dengan Kalam Allah, sebagaimana Al-Qur`an - dua persoalan yang amat rumit dari segi perbahasan dan banyak pendapat mengenai kedua-duanya. Namun satu yang jelas bahawa pendapat Ahl al-Kalam Sunni, para mazhab fiqh dan juga Bukhari sebagaimana telah diterangkan , mereka semua berpendapat sama dengan kalangan ahl Sunnah tentang Kalam Allah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam.

Sekian.


January 20, 2016

Akidah Berhubung Dengan Al-Qur`an - Rumit Persoalan


BBB, 09 Rabiul Akhir 1437 = 19 Januari 2016 (Selasa):


                                      Bab III
Antara rukun iman ialah percayakan kepada kitab., bahawa Allah menurunkan kitab-kitab kepada Rasul-Rasul.  Antara kitab yang wajib dipercayai ialah kitab-kitab:
Kitab Taurat turun kepada Nabi Musa
Kitab Zabur turun kepada Nabi Daud
Kitab Injil turun kepada Nabi Isa
Kitab Al-Qur`an turun kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Tahawi memfokuskan pembicaraan pada Al-Qur`an, walapun begitu persoalan akidah berhubung dengan kitab-kitab ini adalah sama dengan Al-Qur`an sebagai Kalam Allah. Aspek-aspek akidah yang berhubung dengan Al-Qur`an adalah rumit dan berlaku perselisihan pendapat antara aliran-aliran  akidah di dalam Islam.
Berkata Al-Tahawi rahimahu Allah, Mtn. 36:
 (Bahawasanya Al-Qur`an ialah Kalam Allah, daripadanya ternyata tidak dengan sebarang kayfiyah dari segi kata, dan ianya diturunkan ke atas RasulNya selaku wahyu, dan membenarkannya oleh orang-orang mukmin di atas yang sedemikian secara haqq. Mereka yakin  bahawasanya adalah Kalam Allah Ta`ala dengan hakikat, bukan makhluk sebagaimana kalam manusia. Maka siapa mendengarnya  menyangka mereka itu bahawasnya kalam manusia, maka sesungguhnya dia kufur, dan sesungguhnya dia dihina Allah dan meng`aibkannya dan dijanji akannya masuk neraka Saqar., sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Akan disalaikannya di dalam neraka Saqar``. Maka adalah janji Allah dengan Saqar bagi siapa yang berkata:
``Bahawasanya ini (tiada lain) melainkan kata manusia.``
 Kita ketahui dan kita yakin bahawasnya ia adalah kata Pencipta manusia, dan tidak menyerupai kata manusia).
Srh: Berkata Ibn Abi al`Izzi al-Adhra`i Pensharh Matan Akidah Al-Tahawi:
Dan ini adalah kaedah yang mulia, umbi utama dari segi usuluddin, namun sesat dalamnya banyak kumpulan daripada manusia. Dan ini dicatat oleh Al-Tahawi r.h.a. Dia adalah kebenaran yang ditunjuk oleh dalil-dalil daripada Kitab dan Sunnah. Bagi mereka yang tadabbur dengan keduanya, dan menyaksikannya dengan  fitrah yang sempurna yang tidak berubah dengan shubahat, shak-shak dan kebatilan.
Dan daripada kata (Al-Tahawi), ``Daripadanya nyata dengan tiada kayfiyah dari segi perkataan``, adalah bertujuan menolak  ke atas pendapat Mu`tazilah dan lain daripada mereka, kerana Mu`tazilah menyangka bahawa Al-Qur`an tidak secara  nyata denganNya. Mereka berkata, idafah (disandar) kepadaNya sebagai idafah memuliakan, sebagai contoh dikatakan `Baitillah al-Haram`, ``Unta Allah` yang dipalingkan Al-Qur`an dari tempatnya, dan kata mereka itu adalah batal ! Kerana bahawasanya sandaran kepada Allah Ta`ala, mempunyai makna dan ketentuan, maka idafah sesuatu kepada Allah sebagai memuliakan, dan dia adalah makhluk baginya (bagi Mu`tazilah – Penulis), seperti Baitillah, berlainan dengan idafah makna-makna, seperti ilmu Allah,, dan kudratNya dan KemuliaanNya dan kalamNya, kerana semua ini adalah sifatNya., yang tidak mungkin sesuatu daripada demikian adalah makhluk.
Disifatkan dengan `Bercakap` adalah daripada sifat kesempurnaan, dan lawannya adalah dari sifat kekurangan.
Sesungguhnya Allah Ta`ala berkata-kata dan begitu banyak di dalam Kitab (Al-Qur`an) dan Al-Sunnah dari dalil-dalil bahawa  bercakap Allah Ta`ala kepada ahli syurga dan yang lain. Antaranya firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Salam  perkataan dari Tuhan yang Amat Mengasihani.`` (Yasin: 58).
Dan berfirman Allah Ta`ala  bermaksud:
``Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka (yang dibuat), mereka itu tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari Akhirat, dan Allah Ta`ala tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.``(Ali Imran: 77).
Hr. Perselisihan pendapat nyata adalah antara Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah sebagai pegangan umum umat Islam, bahawa Allah bersifat dan antara sifatNya ialah `kalam` - berkata-kata, manakala bagi Mu`tazilah berpendapat adalah tidak boleh dinisbahkan bersifat. Allah bercakap adalah dengan DhatNya, demikianlah sifat-sifat yang lain dengan Dhat. Bagi Mu`tazazilah Al-Qur`an adalah makhluk yang diciptakan Allah, tetapi bagi Ahlu ahli al-Sunnah Al-Qur`an sebagai kalam yang asal adalah qadim.
Dengan kedua faham yang berlainan ini kedua aliran berhujah dengan bukti dan dalil masing-masing. Pihal Sunnah membuktikan dengan dalil ayat-ayat Al-Qur`an dan juga Hadith, manakala pihak Mu`tazilah yang banyak berpegang pada rasional akal, menghujahkan pendapat mereka (Mu`tazilah dan pengikut-pengkut) dengan hujah-hujah rasional akal.
Contoh dikemukakan pendapat tentang Mu`tazilah ini:
``Kerana itu  Qur`an adalah makhluk. Ertinya Tuhan menciptakan perkataan (kalam) pada Luh Mahfuz atau Jibril atau UtusanNya.``
(A.Hanafi M.A., Theology Islam (Ilmu Kalam), Bulan Bintang, Jakarta, 1974, 105).
Perselisihan antara Ahlu al-Sunnah dan Mu`tazilah ini bukan setakat `kalam`, tetapi melibatkan banyak persoalan mengenai akidah.

Sekian.


January 19, 2016

Akidah Berhubung Dengan Rasulullah S.A.W.


BBB, 08 Rabi`ul Akhir 1437 = 18 Januari 2016 (Isnin):


Apa yang telah dibicarakan ialah akidah berhubung dengan Allah Subhanahu wa Ta`ala yang boleh dikategorikan sebagai Bab 1 (Biarpun tidak diberi pecahan oleh Al-Tahawi). Berikut ialah  akidah berhubung dengan Rasulullah s.a.w. sebagai bahagian kedua dari kandungan dalam `Kalimah Shahadatayn`- Dua Kaliamah Shahadat`.
                       Bab 2 – Akidah Berhubung Dengan Rasulullah S.A.W.
Berkata Al-Tahawi, Mtn 29 (Bahawasanya Muhammad ialah HambaNya al-Mustafa, dan Nabi Al-Mujtaba dan Rasulnya Al-Murtada).
Srh: Al-Istifa` wa Al-Ijtiba` dan Al-Irtida` berhampiran makna (terpilih, istimewa dan diredai) . Ketahuilah bahawa kesempurnaan makhluk pada mentahqiq kehambaan kepada Allah Ta`ala. Bilamana bertambah hamba dengan `Tahqiq ma`budiyyah` hamba bertambahlah sempurnanya dan makin tinggi darjatnya. Siapa yang waham bahawa makhluk boleh keluar dari ubudiyyah dengan cara dari berbagai cara, dan keluar darinya dianggap lebih sempurna, maka dia adalah dari sejahil-jahil makhluk dan kalangan mereka yang sesat.
Firman Allah Ta`ala bermaksud::
``Mereka berkata Tuhan Al-Rahman mempunyai anak, Maha Suci Tuhan, bahkan mereka hamba-hamba yang dimuliakan.`` (Al-Anbiya` 26).
Srh. Tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. pensharh memberi huraian panjang lebar tentang kerasulannya. Antaranya:
·         Allah memuliakan NabiNya s.a.w. dengan menyebur `al-abd`` dalam menyebut Isra` sebagaimana firmaNya bermaksud: ``Mahasuci Dia Yang Menjalankan Hambanya waktu malam.`` (Al-Isra` : 1).
·         Biarpun mu`jizat bukti kenabian, tetapi kenabian itu sebenarnya – lebih dari segala yang benar (Asdaq al-sadiqin).
·         Kebenaran kenabian Rasulullah s.a.w ditasdiqkan oleh Khadijah, Al-Najashi, bahkan oleh Waraqah bin Naufal.
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 30 (Sesungguhnya dia Khatam al-Anbiya`)
Srh: Firman Allah bermaksud: ``Dia Khatam al-Nabiyyin dan akan tetapi juga Rasulullah.`` Al-Ahzab: 40).
Dan bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud::
``Sesungguhnya tamsil diriku dan tamsil nabi-nabi sebelum daripadaku seperti seorang lelaki membina sebuah rumah, maka dia memperelok dan mencantikkannya, melainkan satu tempat batu bata dari satu sudut, maka jadilah manusia berkeliling dan takjub dengannya, maka berkata mereka itu, ``Mengapa tidak diletakkan batu bata ini di situ ? Maka Baginda bersabda, Aku batu bata itu, dan Aku Khatam al-Nabiyyin.`` Riwayat al-Bukhari.
Berkata Al-Tahawi: Mtn. 31 (Dia Imam bagi segala yang bertaqwa).
Srh. Imam ialah yang diimami dengannya, iaitu mengikut dengannya dan Nabi s.a.w sesungguhnya dibangkitkan untuk diikuti dengannya sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Katakanlah jika kamu kasihkan Allah maka ikutkanlah aku nescaya kamu dikasihi Allah.`` (Ali `Imran: 31)
Dan siapa yang mengikutinya dan berpandu dengannya dia adalah daripada kalangan al-Atqiya`.
Berkata Al-Tahawi: Mtn. 32 (Dan Penghulu segala Rasul):
Srh: Bersabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:
``Aku Penghulu dari anak Adam pada hari Kiamat, dan terawal dibangkit dari kubur, Aku seawal yang memberi syafaat dan seawal yang mensyafaat.`` Riwayat Muslim.
Dan berkata Al-Tahawi, Mtn. 33 (Dia Kekasih Tuhan sekalian alam).
Srh: Maka sesungguhnya telah thabit baginya s.a.w. setinggi martabat al-mahabbah, iaitu `Teman dikasihi, sebagaimana disahkan daripadanya s.a.w Baginda bersabda bermaksud:
``Allah menjadikanku Khalil sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim Khalil dan besabda Baginda,, ``Kalau aku mengambil daripada penduduk bumi `Khalil`, nescaya aku mengambil Abu Bakar sebagai Khalil, akan tetapi sahabat kamu itu Khalil al-Rahman.
Berkata Al-Tahawi, Mtn. 34 (Sebarang dakwaan kenabian selepasnya adalah sesat dan menurut hawa nafsu).
Srh. Oleh kerana dia adalah Khatam al-Nabiyyin, maka diketahui orang yang mendakwa kenabian selepasnya, maka ia adalah dusta.
Berkata Al-Tahawi,Mtn.  35 (Baginda adalah dibangkit kepada semua jin  dan keseluruh kejadian dengan kebenaran, hidayah, dengan cahaya dan benderang)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Srh. Bahawa adalah Rasulullah dibangkitkan kepada seluruh kejadian. Firman Allah bermaksud:
``Dan tidaklah kami utuskan engkau melainkan untuk seluruh manusia.`` (Saba`; 28).
 Dan firmanNya lagi bermaksud:
``Katakanlah wahai sekalian manusia, bahawasnya aku Rasul Allah kepada kamu semua.`` ( Al-A`raf 158).
Demikianlah di dalam bab dua Al-Tahawi menjelaskan di dalam matannya tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. yang banyak dibuktikan dengan ayat-ayat Al-Qur`an dan juga Hadith-Hadith, ternyata persoalan mudah difaham dan tidak mempunyai kerumitan seperti memperkatakan tentang ketuhanan yang memerlukan ketelitian agar tidak tersalah dan bercanggah dari segi akidah. Perbicaraan tentang kerasulan ini pun lebih ringkas dan pendek dari pembicaraan tentang ketuhanan. Ini bererti pengakhiran ini merupakan pengakhiran bagi bab 2 mengenai kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Sekian.