January 26, 2016

Tentang Al-Qur`an Kalam Tuhan Dan Iman


BBB, 15 Rabiul Akhir 1437 = 25 Januari 2016 (Isnin):


Berkata Al-Tahawi:
63 (Dan kita namakan ahli Qiblat kita muslimin mu`minin, selama mana mereka dengan apa yang didatangkan denganmya oleh Nabi s.a.w. mereka diiktiraf, dan baginya dengan setiap apa yang dikatakan dan dikhabarkan oleh orang dipercayai.
Srh. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: `` Siapa yang solat akan solat kami, dan menghadapi Qiblat kami, dan makan sembelihan kami, maka dia adalah muslim, baginya apa yang  ada di kalangan kami dan di atasnya apa yang di atas kami).
Berkata Al-Tahawi :
64 Kami tidak mengharungi pembicaraan tentang Allah dan kami tidak membantah tentang agama Allah.
Srh. Maksud Al-Tahawi ialah menegah dari membicarakan kalam para mutakallimin yang batil, dikeji ilmu mereka, kerana mereka bercakap tentang ketuhanan tanpa keilmuan dan mengubahkan apa yang didatangkan kepada mereka.
Berkata Abu Hanifah r.h.a., ``Tidak sayugia seseorang bercakap tentang Dhat Allah dengan sesuatu, bahkan dengan sifat daripada apa yang disifatkan dengannya akan DiriNya.
Bab XV
Al-Qur`an (Lanjutan – Sudah Dibicarakan berhubung dengan `Kalam`).
65  Berkata Al-Tahawi (Dan jangan berbantah tentang Al-Qur`an, kita naik saksi bahawasanya Kalam Rabb al-`Alamin, diturunkan dengannya oleh al-Ruh al-Amin, maka dia mengajarkan akan Sayyid al-Mursalin Muhammad s.a.w., dan dia adalah Kalam Allah Ta`ala, tidak menyamainya sesuatu dari kalam sekalian makhluk, kita tidak katakannya sebagai makhluk dan kita tidak menyalahi jamaah al-muslimin.
Srh. Dan katanya, `Turun dengannya oleh al-Ruh al-Amin, dia adalah Jibril a.s. Dinamakan dengan `al-Ruh al-Amin`, kerana dia pembawa wahyu yang dengannya menghidupkan hati kepada Rasul dari manusia salawat dan salam ke atas mereka semua. Dia adalah Amin sebenar Amin salawat Allah `alayh.
Firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Bahawasanya Al-Qur`an itu sungguh-sungguh Kalam Allah (yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia. Yang kuat gagah yang berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai `Arash. Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat) lagi dipercayai (Al-Takwir: 19-21).
Berkata Al-Tahawi,
66 (Dan kami tidak mengkufurkan seseorang daripada ahli al-Qiblat dengan dosa selama dia tidak menghalalkannya dan kami tidak berkata `Tidak mudarat bersama iman dosa bagi yang melakukannya.``
Memaksudkan Al-Tahawi dengan kalam ini ialah menolak terhadap Khawarij yang berkata  bahawa  kufur dengan setiap dosa dilakukan .
Berkata Al-Tahawi:
67 (Kami berharap bagi semua muhsinin dari kalangan mu`minin diampun Allah daripada mereka itu dan dimasukkan mereka ke dalam syurga dengan rahmatNya. Kami tidaklah pemberi aman kepada mereka dan tidak penyaksi terhadap mereka disyurga, kami memohon di atas kesalahan mereka, dan kami bimbang terhadap mereka, tetapi tidak berputus asa.
Srh. Al-Tahawi mengingatkan tentang hak diri dan hak lainnya.
Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan dirinya kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabnya. Sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti .`` (Al-Isra`: 57).
Dan berkata Al-Tahawi:
68 (Keamanan dan kekeciwaan berpindah dari millah al-Islam dan jalan kebenaran antara keduanya bagi Ahli al-Qiblah).
Srh: bermaksud adalah wajib bagi seorang hamba takut yang wajib, kerana takut yang dipuji yang benar ialah apa yang berlaku antara hal sahabatnya dan di antara kawasan larangan Allah, jikalau dia melampaui sedemikian ditakuti daripadanya keciwa dan putus asa .
Berkata Aql-Tahawi;
69 (Tidak keluar seorang hamba daripada iman melainkan dengan sekeras yang memasuki padanya)
Srh. Dimaksud sedemikian oleh Al-Tahawi untuk menolak pendapat Khawarij dan Mu`tazilah mengenai perkataan mereka itu dengan keluarnya dari iman dengan melakukan dosa-dosa besar (banyak).
Bab XVI – Al-Iman
Berkata Al-Tahawi:
70 (Dan Iman itu ialah ikrar dengan lisan dan tasdiq dengan hati, dan semua ialah apa yang sah daripada Rasulullah s.a.w. dari shara` dan keterangan keseluruhan adalah hak. Iman adalah satu, dan ahlinya pada asalnya adalah sama, dan berlebih kurang di antara mereka dengan takut dan taqwa, menentang hawa nafsu dan melazimkan diri dengan keutamaan.
Tentang iman, Berpendapat Maliki, Al-Shafi`, Ahmad, Al-Auza`i, Ishaq bin Rahawayh dan semua ahli al-Hadith, Ahli al-Madinah, Ahli al-Zahir dan jamaah dari kalangan mutakallimin, bahawasanya Iman ialah tasdiq dengan hati, iqrar dengan lisan dan amal dengan arkan dan banyak pula dari kalangan sahabat kami bersama pendapat Al-Tahawi bahawa iman ialah Iqrar dengan lisan dan tasdiq dengan hati.
Bukti bahawa Iman boleh bertambah – juga berkurang seperti firman Allah bermaksud:
``Dan apabila dibacakan ke atas mereka itu ayat-ayatNya  bertambahlah ke atas mereka itu keimanan.`` (Al-Anfal: 2).

Sekian.


No comments:

Post a Comment