January 22, 2016

Persoalan Melihat Tuhan


B BB, 11 Rabiul Akhir 1437 = 21 Januari 2016 (Rabu):


Persoalan yang berat seperti Kalam Allah dan Al-Qur`an, ialah persoalan melihat Allah.
Bab  IV
Berkata Al-Tahawi: Mtn. 38 (Dan Ru`yah (melihat) adalah Haqq bagi ahli syurga, dengan tidak mengelilingi (lingkungan) dan tanpa kayfiyah, sebagaimana dsicakap dengannya oleh Kitab Tuhan kita bermaksud ``Wajah-wajah pada masa itu melihat kepada Tuhannya dengan melihat (yang layak). Dan tafsirnya sebagaimana dikehendak oleh Allah Ta`ala dan keilmuanNya, dan setiap yang datang sedemikian itu daripada Hadith Sahih daripada Rasulillah s.a.w. sebagaimana Baginda bersabda. Dan maknanya sebagaimana dikehendaki, tidak kita masuk yang sedemikian sebagaimana takwilan menurut fikiran kita, dan sebagaimana mewahamkan dengan hawa nafsu kita, kerana sesungguhnya siapa yang selamat dalam agamanya ialah orang yang selamat bagi Allah `Azza wa Jalla dan bagi Rasulnya s.a.w.. Penolakan terhadap yang mentashbihkan ke atasnya kepada alamnya).
Srh. Ungkapan di atas adalah sebagai menolak oleh Al-Tahawi terhadap mereka yang mengingkari akan `ru`yah`. – Yakni ru`yah orang-orang mu`min, apabila mereka masuk syurga – melihat Tuhan subhanahu wa Ta`ala. Lantaran mengingkari terhadap sedemikian oleh golongan Jahmiyyah dan Mu`tazilah dan mereka yang sependapat dengan mereka.. Sesungguhnya kata mereka adalah batal, lantaran bercanggah dengan Kitab dan Al-Sunnah. Turut mengukuhkan pendapat sedemikian (seperti Al-Tahawi) ialah  Al-Tabari dan Al-Shafie dan lain-lain.
Berkata Al-Tahawi Mtn. 39 (Tidak tetap kukuh tapak kaki Islam, melainkan di atas tempat selamat  dan penyerahan dengan selamat).
Srh: Ungkapan secara isti`arah (pinjaman – sudut adabiyy) lantaran tapak kaki yang berdiri secara baik tidak dapat tetap, melainkan di atas belakang sesuatu, yakni, tidak kukuh Islam siapa yang tidak menerima nas-nas kewahyuan, terima dan tidak menentang dan tidak mencanggahinya  dengan fikiran, kewarasan dan kiasan.
Riwayat Bukhari daripada Imam Muhammad bin Shihab al-Zuhri r.h.m bahawasanya dia berkata, ``Daripada Allah ialah Risalah, daripada Rasul penyampaian dan di atas kita ialah penerimaan.``
Berkata Al-Tahawi, Mtn. 40 (Maka barangsiapa diganggu keilmuannya oleh lintasan daripadanya  sebagaimana diketahui, dan tidak memada dengan penerimaan dengan kefahamannya, melindungi (disertai) oleh  lintasan gangguan terhadapnya daripada kebersihan tauhid, bersih ma`rifat dan iman yang sahih).
[Perlu bersih dari gangguan, lintasan dan waswas].
Srh. Bagi  mengingatkan dari permainan waswas yang merupakan gangguan syaitan.
Sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Ada dari kalangan manusia yang berbalas hujah tentang Allah, tanpa keilmuan dan dia mengikut langkah dan kemahuan syaitan .`` (Al-Hajj: 3)
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 41 (Dia dalam keraguan antara kufur dan iman, membenar dan mendustakan,, ikrar dan ingkar, dalam waswas dan sesat, bukan sebagai orang mukmin yang membenarkan dan tidak penentang yang dusta.
Srh. Adalah gambaran mereka yang  ragu dan tiada pegangan yang kukuh, bagai hanyut dan tiada kepastian di mana terdampar. Pensharh menyebut tokoh-tokoh falsafah seperti Ibn Rushd, Al-Razi,, Al-Sahrastani dan beberapa lagi yang mengakui mereka berkelana dalam falsafah, tidak mereka dapati melainkan ketakjuban dan kekesalan. Sebaik-baik kembali kepada induk Islam.
Berkata Al-Tahawi:
Mtn, 42 (Dan tidak sah iman dengan ru`yah bagi ahli Dar al-Salam yang mengibaratkan  penerimaan secara waham atau mentakwilnya menurut yang difaham, lantaran ta`wil ru`yah, dan ta`wil bagi setiap makna yang disandarkan kepada ru`yah, dengan meninggalkan ta`wil, dan melazimkan penerimaan, maka baginya agama bagi muslimin dan siapa yang tak meninggalkan nafi dan tashbih, tergelincir dan tidak betul dari tanzih).
Srh. Ungkapan ini adalah bagi menolak pendapat Mu`tazilah yang menafikan melihat Tuhan, dengan hujah rasional bahawa sesuatu yang baharu tidak mungkin berdepan dengan yang kekal dan abadi. Adapun Al-Tahawi berpegang dengan nyata ayat Al-Qur`an telah disebutkan dan Hadith Nabi s.a.w. yang bersabda bermaksud:
``Engkau melihat Tuhan kamu seperti kamu melihat bulan penuh purnama. 
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 43 (Maka sesungguhnya Tuhan kita Jalla wa `Ala disifatkan dengan sifat-sifat wahdaniyyat, disifat dengan sifat ketunggalan, bukan seperti makna esa  kejadian alam.
Srh: Al-Tahawi menyebut persoalan ini bagi  membersih pegangan bahawa Allah Ta`ala disifat secara nafi dan ithbat.
Hr. Al-Tahawi lebih ketat dari aliran Ash`ari dan Maturidi yang mengambil pendekatan tashbih dan nafi bagi memahami sifat-sifat Allah.
Berkata Al-Tahawi:
(Tidak dikaitkan dengan Allah oleh sempadan, hujungan,, rukun, anggota,  alatan, tidak tertakluk dengan jihat yang enam seperti pendapat yang bid`ah).
[Jihat – arah enam ialah hadapan dan belakang, kiri  dan kanan dan atas dan bawah].
Srh. Kita tidak boleh mensifatkan Allah Ta`ala dengan apa yang tidak disifat dengannya akan diriNya dan tidak disifat dengannya oleh RasulNya, baik secara nafi atau ithbat. Sesungguhnya kita mengikuti dan tidak bersifat bid`ah. Maka wajiblah di atas kita pada bab sifat menthabit apa yang dithabitkan Allah dan RasulNya dan kita nafi apa yang dinafikan oleh Allah dan RasulNya.
Ternyata Al-Tahawi mengambil sikap yang ketat di dalam membicarakan, terutama apa yang berhubung dengan Allah, contoh persoalan sifat berbanding dengan pendekatan Ash`ari dan Maturidi. Beliau menentang keras pendapat Mu`tazilah dan seumpamanya yang mentakwilkan sesuatu berdasarkan rasional akal.

Sekian                                       


No comments:

Post a Comment