BBB, 19 Rabiul Akhir 1437 = 29 Januari 2016
(Juma`at):
Berkata Al-Tahawi:
91 (Berkemampuan yang wajib dengannya
perbuatan adalah dari sudut taufiq yang tidak boleh disifatkan kepada makhluk
dengannya yang adalah bersama perbuatan.. Adapun berkemampuan (al-istita`ah)
dari aspek kesihatan dan kelawasan, kemungkinan, keselamatan peralatan, maka ia
adalah sebelum berlakunya perbuatan, dan adalah dengannya bergantung pada
ucapan (khitab), sebagaimana firman Allah Ta`ala bermaksud: (Allah tidak
memaksa seseorang melainkan menurut kemampuan – Al-An`am: 153 ).
Srh. Kemampuan (al-istita`ah), kebolehan
(al-taqah), berkuasa (qudrat), kelawasan (al-wus`u) adalah lafaz-lafaz yang
berdekatan dari segi makna. Terbahagi kemampuan kepada dua:
Pertama berkata Qadariyyah dan Mu`tazilah,
``Tidak ada qudrat melainkan sebelum berbuat.
Kedua: Menentang mereka oleh segolongan dari
Ahl al-Sunnah. Mereka berkata, ``Tidak ada kemampuan melainkan bersama
perbuatan``.
Adapun yang mengata akannya oleh kebanyakan Ahl al-Sunnah,
bahawa bagi hamba ada qudrat yang bergantung dengan suruh dan tegah, yang antaranya sebelumnya
yang tidak semestinya bersamanya dan qudrat yang bersama perbuatan, tidak dapat
tidak bersama perebuatan dan tidak harus didapati perbuatan tanpa qudrat.
Adapun qudrat dari pihak sihat dan kelawasan dan kemungkinan dan selamat
alat-alat, sesungguhnya mendahului perbuatan. Qudrat ini tersebut pada firman
Allah bermaksud:
``Dan kerana Allah berkewajipan bagi manusia
menunaikan haji ke Baitillah ke atas sesiapa yang mempunyai kemampuan jalan
kepadanya.`` (Ali Imran: 97).
Demikian juga dengan firman Allah bermaksud:
``Maka jika dia tidak berkemampuan, maka
hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin.`` ( Al-Mujadalah: 4 ) dikehendaki dengannya
kemampuan asbab dan alat.
Berkata Abu Ja`afar al-Tahawi r.h.a.
92 (Perbuatan hamba ialah dijadi Allah dan
usaha adalah dari hamba).
Srh. Berkata Sharih Al-Qadi Ibn Abi al-`Izz
al-Azrai`, ``Bersalahan pendapat tentang perbuatan hamba yang ikhtiariyyah.
Disangka oleh Jabariyyah yang diketuai Al-Jahm
bin Safwan, bahawa tadbir bagi perbuatan makhluk semuanya bagi Allah. Semuanya
turut secara mekanisme seperti bergetar jari tangan pada tangan (bergerak) orang
yang mengidap parkinson atau bergeraknya dahan pokok dipukul angin..
Adapun pendapat Ahl al-Haqq (yang benar),
``Perbuatan hamba dengannya terjadi orang yang taat dan derhaka. Dia adalah
makhluk Allah Ta`ala, dan hakikatnya Allah
Subhanahu wa Ta`ala bersendiri (secara tunggal) mencipta segala makhluk.
Tidak ada Pencipta selain dariNya.
Berkata Al-Imam Al-Tahawi:
93 (Dan Allah tidak memberatkan (taklif)
mereka itu, kecuali apa yang mereka berkemampuan dan mereka tidak berkemampuan
melainkan apa yang ditaklifkan mereka, dan tafsirnya: Tidak ada daya dan
kekuatan melainkan dengan Allah. Kami berkata, tiada helah bagi seseorang, dan
tidak boleh membuat helah bagi seseorang, tidak ada harakah bagi seseorang
daripada maksiat terhadap Allah, melainkan dengan ma`unah Allah. Dan semua
berlari (berlaku) dengan kehendak Allah Ta`ala dan ilmuNya, qada` dan qadarNya.
Kalah kemahuan yang berkemahuan keseluruhannnya, dan terbalik (`akas) kehendak
yang berkehendak keseluruhannya, mengalahkan oleh qada`Nya segala helah keseluruhan.
Dia melakukan apa yang Ia kehendak, Dia tidaklah yang zalim selama-lamanya, dan
tidak ditanya dari apa yang Dia lakukan sebaliknya mereka itu ditanyakan).
Srh: Demikian firman Allah Ta`ala bermaksud,
``Tidak dipaksa seseorang melainkan dengan kemampuannya.`` (Al-An`am: 153),
begitu juga firman Allah bermaksuD
``Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini
semuanya, jika kamu golongan yang benar.`` (Al-Baqarah: 31). Dengan ketiadaan
ilmu mereka tentang yang demikian, kerana sesungguhnya ia bukan taklif, bahkan
ia adalah khitab (percakapan) bermu`jizat.
Tentang suruhan menurut kemampuan, firman
Allah Ta`ala berm,aksud:
``Allah berkehendakkan kamu kemudahan dan Dia
tidak mau kamu dengan kesusahan,`` ( Al-Baqarah: 185).
Tentang semua berlaku menurut qada`Nya seperti
firman Allah bermaksud:
``Memerintah Tuhan Engkau agar kamu tidak
menyembah melainkan kepadaNya.`` (Al-Isra`: 23).
Demikian halusnya persoalan yang berhubung
dengan perbuatan hamba bagi menentukan akidah pegangan yang sebenarnya. Ianya
tidak kurang rumitnya sebagai persaoalan Kalam Tuhan, Al-Qur`an, persoalan
qada` dan qadar, juga persolan yang berhubung dengan perbuatan bila dikaitkan
dengan hamba. Untuk mengelak dari pegangan seolah-olah manusia mencipta
perbuatannya sebagaimana dipegang oleh Mu`tazilah dan juga bagi mengelak
melihat manusia seolah-olah tidak ada daya upaya, bahawa segala yang dilakukan adalah dilakukan Allah
seperti pegangan Jabariyyah. Sedikit membezakan bagi pegangan Ahlu al-Sunnah wa
al-Jama`ah bahawa ada pada manusia ikhtiar dan pilihan, lantaran manusia ada
akal yang mampu memilih antara yang baik dan buruk. Implikasi bukan setakat ini
sahaja, tetapi perebuatan berhubung dengan nilai, pahala dan balasan di
akhirat. Manusia pada satu pihak tidaklah dilihat sebagai robot, tetapi robot
diibaratkan sebagai ikhtiar rekacipta manusia sebagai mekanisme ikhtiar yang
menghasilkan hasil ikhtiar yang tentu tidak lari dan tidak terhasil melainkan dengan
keizinan Allah.
Wallahu a`lam.
No comments:
Post a Comment