Hingga ke bahagian akhir pembicaraan ini
lengkaplah pembicaraan Al-Tahawi tentang akidah berhubung dengan Allah, sebagai
kepercayaan terawal di dalam rukun shahadah.
Berkata Al-Tahawi:
Mtn: 23 (Dan setiap sesuatu berlari (berlaku)
dengan takdirNya, kemahuanNya lulus, bukan kemahuan hamba-hamba, melainkan apa
yang Dia kehendak bagi mereka itu, adalah berlaku, dan apa yang tidak Dia
kehendak tidak berlaku).
Srh: Sebagaimana firman Allah Ta`ala
bermaksud:
``Dan tidaklah kamu berkemahuan melainkan
kemahuan Allah, sesungguhnya Allah adalah Amat Mengetahui lagi Bijaksana.(Al-Dahr:
30).
Firman Allah lagi bermaksud (Dan tidaklah kamu
berkemahuan, melainkan kemahuan Allah Tuhan sekalian alam`` (Al-Takwir: 29).
Pensharh menyelitkan sebuah cerita berhubung
dengan `Kehendak` di atas,
Berhujjah seorang pencuri yang dihukum
terhadap `Umar Ibn al-Khattab, bahawa dia mencuri kerana takdir, maka dijawab
`Umar, ``Aku memotong Tangan Engkau dengan qada` Allah dan kadarnya !``
Berkata Al-Tahawi:
Mtn 24 (Dia memberi hidayah kepada yang
dikehendak, Memelihara dan Mengafiat, sebagai kelebihan, Dia Menyesatkan siapa
yang Dia Kehendak, Dia Menghina dan Memberi bala`, sebagai keadilan).
Srh. Dan ini sebagai menolak (radd) ke atas
Mu`tazilah ketika mereka berkata dengan wajib Allah melakukan aslah bagi hamba
. Dia adalah masalah hidayah dan kesesatan.
Berkata Mu`tazilah: Hidayah dari Allah sebagai
kenyataan keterangan yang betul dan kesesatan dinamakan hamba sesat. Dan hukum Allah
ke atas hamba dengan kesesatan ketika hamba melakukan kesesatan dengan dirinya.
Ini adalah dibina di atas asal kerosakan (fasid), adalah perbuatan hamba
ciptaan (makhluk) bagi mereka.
Dan dalil sebagaimana telah kami katakan,
iaitu firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya engkau tidak memberi hidayah
kepada orang yang engkau kasihi dan akan tetapi Allah memberi hidayah kepada
siapa yang Dia kehendaki.`` (Al-Qasas: 56)
Dan walaupun hidayah menyatakan jalan, tatkala
mana sah penafian terhadap Nabi, kerana bahawasnya s.a.w. menerangkan jalan
kepada yang dia suka dan marah dan dalam mana pertunjukan adalah dari Allah
bagi menyatakan – Dia adalah am bagi tiap-tiap diri, dalam mana Dia mengesahkan
kelulusan dengan kehendakNya.
Hr. Penulis mengangkat semua penulisan sharih,
untuk penjelasan dan mengelak dari kekeliruan. Penulis juga menambah, bahawa di
dalam aliran Ash`ari dan Maturidi ada aspek aspek `Ikhtiar` bagi hamba.
Dan katanya 25 (Al-Tahawi): (Keseluruhan dalam
perbalikan kehendakNya, di antara kelebihanNya dan KeadilanNya.
Srh. Memetik ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Dialah yang menjadikan kamu, maka daripada
kamu ada kafir dan daripada kamu mu`min (Al-Taghabun: 2).
Katanya lagi Mtn.26: (Dia Tertinggi suci dari
mempunyai lawan dan penyerupaan).
Srh: Seperti firman Allah bermaksud:
`` Dan tidak ada baginya kesamaan oleh sesuatu
(Al-Ikhlas: 4).
Katanya: Mtn. 27 (Tidak ada penolakan bagi qada`Nya, dan tidak
ada mengakhir bagi HukumNya dan tidak
ada yang mengalahkan di atas suruhanNya)
Srh. Huraian ringkas lebih kurang sama dengan
teks Matan.
Berkata ia: Mtn. 28 (Kami beriman dengan
demikian seluruhnya, dan kami yakin bahawa setiapnya dariNya).
Hr. Hingga ke sini Al-Tahawi melengkapkan
pembicaraan yang berhubung dengan keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala
sebagai rukun iman yang pertama yang terkandung di dalam shahadah.
Kepercayaan kepada Allah adalah paling penting
di dalam keimanan. Ia adalah `Pandangan Wujud` yang paling utama. Dengan `Pandangan
Wujud` yang betul akan membetulkan skema `Pandangan Wujud` yang lain. Dengan
keyakinan bahawa Allah Tuhan yang disembah dan tidak ada yang lain seumpama dan
menyamaiNya, bahkan yang lain adal;ah makhluk ciptaanNya, maka asas utama `Pandangan
Wujud` adalah betul, insya Allah membetulkan segala pandangan yang lain menurut
falsafah tauhid Islam. Sebaliknya jika `Pandangan Wujud` tidak betul dari segi
keyakinan terhadap Tuhan, maka segala `Pandangan Wujud` yang lain akan turut
tidak betul.
Walau bagaimana `Pandangan Wujud` tentang
ketuhanan tidak lepas dari kekeliruan jika tidak didasarkanm kepada keilmuan
yang betul. Misalnya `Pandangan Wujud` boleh menyeleweng dan mengelirukan
berdasarkan pandangan rasional Mu`tazilah, apa lagi yang mulhid, begitu juga
dengan pandangan moden seperti pluralisme dan leberalisme yang tendensinya menentang
agama.
Untuk keselamatan dari segi akidah, maka
Al-Tahawi mengambil pendekatan salaf yang lebih bergantung pada sumber asas
iaitu Al-Qur`an dan Al-Hadith. Beliau tidak mengaitkan dengan aliran-aliran
akidah yang sudah berkembang pada masanya, namun di dalam sharah turut
menyinggung pendapat-pendapat yang mencanggahi akidah Sunni.
Kita memberi perhatian terhadap Akidah
Al-Tahawi, di samping akidah Al-Ash`ari dan Al-Maturidi yang semuanya diterima
sebagai pendekatan akidah Sunni agar dapat memahami semua aliran ini dan
membandingnya agar dengan kefahaman yang dicapai dapat dimanfaatkan di dalam
mengukuhkan akidah pegangan dan sebagaimana disebut dengan memahami prinsip
utama Akidah Tauhid berhubung dengan Allah, insya Allah membetulkan akidah dan `Pandangan
Wujud` yang lain yang terletak di bawah kerajaan dan kekuasaan Allah – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment