Al-Ghazali menyerang falsafah dan menyatakan
tidak puashatinya terhadap pendekatan theologi (Ilm al-Kalam). Dalam kitabnya
yang berjudul Al-Munqidh Min al-Dalal wa Abhath fi al-Tasawwuf. Menurut
Al-Ghazali yang dicarinya ialah `Hakikat Ilmu` sebenarnya. Al-Ghazali bertanya,
Apakah itu `Hakikat Ilmu` ? Beliau menjawab:
``Hakikat ilmu itu ialah `Al-Ilmu
al-Yaqiniyy``. Iaitu ilmu yang terbuka dengannya maklumat, sebagai keterbukaan
yang tidak tersisa padanya sebarang keraguan, tidak menyertainya kemungkinan
kesilapan dan waham dan tidak terbetik dihati sedemikian, bahkan aman dari
kesilapan.``
(Al-Ghazali, Al-Munqidh Min al-Dalal, Maktabat
al-Anglo al-Misriyyah, Al-Qahirah, 1964: 13-14).
Berhubung dengan `Ilmu al-Kalam` kata
Al-Ghazali bahawa para mutakalimun mereka adalah ahli fikiran dan penelitian
(hlm. 19). Berhubung dengan ilmu ini, ``Kudapatkan karangan mengenainya dan aku
cuba fahamkan dan aku mutalaah kitab-kitab kalangan muhaqqiqin daripada mereka
itu,`` bahkan Al-Ghazali cuba mengarang mengenai bidang ini, tetapi kata
Al-Ghazali, ``Aku tak terkarang.`` (Ibid.).
Tentang `Ilmu Al-Kalam` ini Al-Ghazali membuat
kesimpulan:
``Aku dapati aku berdepan dengan `Ilmu
Bertarap Memada` dengan maksudnya, tetapi tidak memada dengan maksudku !``
(Ibid.). Kata Al-Ghazali lagi:
``Adapun tujuan `Ilmu al-Kalam` Memelihara
`Aqidah Ahl al-Sunnah` dan menjaganya daripada waswas ahli al-bid`ah`. (Ibid.).
Sesungguhnya Allah Ta`ala mengurniakan kepada
hamba-hambanya melalui lisan Rasulnya ``Aqidah`. Dia adalah kebenaran dalam
mana ianya memberi kebaikan bagi agama dan dunia mereka, sebagaimana diungkapkan
dengan mengenalinya melalui Al-Qur`an dan Akhbar (Hadith-Hadith Nabi) – (Ibid.
20-21).
Kata Al-Ghazali, ``Namun syaitan mencampakkan
rasa waswas dengan perkara-perkara yang bid`ah yang bercanggah dengan Sunnah.
Maka membiasa mereka itu dengannya, hingga hampir-hampirlah mereka diusik
was-was daripada pegangan aqidah yang benar bagi mereka. (Ibid. Hlm.21).
Sesungguhnya Allah Ta`ala menyediakan satu golongan mutakallimun,
menggerakkan dakwah mereka bagi menegakkan Sunnah dengan susunan kalam yang
teratur. Dengannya tersingkap bahaya ahl al-bid`ah yang baharu, bertentang
dengan Sunnah yang betul. Mereka mengatur `Ilmu al-Kalam` kepada orang ramai.
(Ibid.21).
Sesungguhnya bangkit golongan dari kalangan
mereka itu dengan apa yang ditunjuk Allah kepada mereka, mereka memperelokkan
jejak-jejak Sunnah, berjuang dengan aqidah yang diterima dari kenabian, dan
mengubah dari apa yang bersifat bid`ah. Tetapi mereka berpegang pada muqaddimah
yang menyelamat dari seteru-seteru mereka yang pernah mengganggu mereka dari
menerimanya. Namun kalangan mereka ada yang bertaraf taqlid, atau berdasarkan
ijma` ummah, atau menerima menurut Al-Qur`an dan Hadith-Hadith. (Ibid. 22-23).
Adalah kebanyakan mereka mengharungi persoalan
aqidah mereka dari berlaku pertentangan, dan ambilan-ambilan mereka dari
kebiasaan diterima.
Menurut penilaian Al-Ghazali ``Ini kurang
memberi manfaat dari segi hak orang yang tidak seharusnya menerima pada tahap
melepaskan daruriyyat pada asal. (Ibid. 23).
Al-Ghazali menegaskan lagi, ``Tidaklah
pendekatan Ilmu al-Kalam sebenarnya bagiku ``Memada`` (Tidak memada), bahkan
tidak meringankan penyakut yang aku mengadu (sterss yang dihadapi), bahkan tidak pun
sembuh. (Ibid.)
Al-Ghazali berpendapat, ``Semakin berkembang
Ilmu Al-Kalam, semakin mereka mengharunginya dan makin lama mereka berusaha
menjejaki jalan Sunnah dengan berbahas mengenai hakikat perkara-perkara seperti
jauhar, sifat dan hukum makin tiada rumus kepastian, tetapi, oleh kerana bukan
sedemikian yang dimaksudkan, tidak sampai maksud perbahasan mereka kepada
tujuan tertinggi. Mereka tidak mampu menghilangkan kegelapan keheranan dengan
kepelbagaian kelainan pendapat. Kata Al-Ghazali,`` Ku jangka demikian juga
pendapat selain dariku. Kuragu akan penghasilan yang dapat dicapai, bahkan
tidak lebih daripada bersifat taqlid
dalam banyak perkara yang diberi keutamaan.``
Mengakhiri pendapatnya tentang Ilmu al-Kalam
Al-Ghazali membuat alegori, bahawa,
``Tidaklah ada halangan bagi mereka yang
berusaha menyembuh penyakit dengannya, tapi untuk menyembuh bagi penyakit
berlainan, berapa daripada ubat boleh menyembuhkan penyakit, tetapi tidak pula
bagi yang lain yang mengharapkan.`` (Ibid. Hlm. 24).
Menurut Dr. Abdul Halim Mahmud (pernah menjadi
Rektor Al-Azhar) yang membuat ulasan terhadap teks Al-Munqidh Min al-Dalal,
bahawa Al-Ghazali dengan keadaan tidak berpuashati dengan Ilmu al-Kalam
sebagaimana diulang berkali-kali, dia masih berbaik sangka dengan golongan
al-Mutakallimun (hlm. 19). Al-Ghazali pada dasarnya mau mempretahankan
kemurnian aqidah dari diperbahaskan dengan secara kalam yang hakikat Allah
adalah berlainan dari yang diungkapkan. Dr. Abdul Halim Mahmud memetik pendapat
Ibn `Abd al-Barr (m.463H.) dalam kitab `Jami` Bayan al-`Ilm wa Fadlih`
mengatakan, ``Ulama` salaf rahimahum Allah
menegah daripada berbantah (jidal) tentang Allah Jalla Sha`nuh sama ada tentang
sifatNya dan namaNya.`` (Ibid.) tambah dalam huraian, ``Tidaklah i`tiqad
sedemikian, kerana Allah Jalla wa `Azza, tidak boleh disifat, menurut pendapat
jamaah Ahl al-Sunnah, melainkan dengan apa yang disifatkan oleh Allah tentang
diriNya dan disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. atau jamaah ummah dengannya
(Allah tidak boleh dibandingkan dengan
sesuatu), Maka dia didapati dengan qiyas atau sempurna pandangan (nazar).
Sesungguhnya kita dilarang dari memikirkan tentang Allah, kita disuruh berfikir
tentang makhlukNya yang menjadi dalil bagiNya. (Ibid.).
Sebagai kesimpulan Al-Ghazali tidak bersetuju
dengan pendekatan Ilmu al-Kalam, lantaran baginya tidak memberi kepuasan,
tetapi beliau bersifat tolerans dan menyatakan, Ilmu Al-Kalam boleh memberi
kefahaman kepada orang awam, tetapi tidak pada tahap tinggi. Al-Ghazali memberitahu beliau tertekan memikirkan
bahawa bagaimana diusahakan, falsafah tidak mampu memberi jawapan memuaskan,
apa lagi jawapan yang betul seperti diharapkan,
Beliau memikirkan bagaimana pendekatan Ilmu Kalam ditangani sebaik mungkin, persoalan yang menekankan jiwa dan minda
Al-Ghazali menyebabkan beliau jatuh sakit. Al-Ghazali seharusnya menawarkan pendekatan
Ilmu Kalam yang betul sebagai alternatif, namun beliau sendiri mengakui tidak
mampu (berhenti dari mengarangnya). Persoalan akidah yang dihuraikan di dalam
Ihya` `Ulum al-Din adalah ringan , iaitu m,enyebut tentang tanzih dan
sifat-sifat Allah dan Nabi berasaskan dua kalimah Shahadah. (Al-Ghazali, Abu Hamid
Muhammad bin Muhammad, Ihya` `Ulum al-Din, Jil I, Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan,
1409/1989: 108-112).
Dalam kata lain beliau mengkritik pendekatan
Ilmu al-Kalam, tetapi tidak memberi pendekatan konkrit sebagai alternatif.
Sekian.
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]
ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D
ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/
ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND
ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D