BBB, 05 Rabiul Akhir 1437 = 15 Januari 2016
(Jumaat):
Ungkapan seterusnya oleh Al-Tahawi tentang
Allah:
Mtn. 6. (Dan katanya (Dia tidak fana dan tidak
binasa).
Srh: Iqrar dengan berkekala baqa` Allah
s.n.w.. Berfirman Allah Yang Mulia bermaksud:``Semua siapa di atasnya adalah fana
dan yang Kekal ialah Wajah Tuhan engkau yang bersifat Jalal lagi Mulia``
(Al-Rahman: 26-27).
Mtn 7. Berkata Al-Tahawi ( Dan sesuatu tidak ada melainkan dengan
kehendakNya jua).
Srh: Ini adalah menolak pendapat Qadariyyah
dan Mu`tazilah , kerana mereka menyangka bahawa Allah menghendaki keimanan
daripada manusia seluruhnya., dan kafir menghendaki kekufuran. Perkataan mereka
adalah rosak tertolak, kerana bersalahan dengan `Kitab` dan `Al-Sunnah`, dan
ma`qul yang sahih. Dia adalah masalah `qadar` yang masyhur. Dan akan datang
penerangan insya Allah Ta`ala.
Adapun pendapat Ahlu al-Sunnah, mereka berkata,:
Sesungguhnya Allah, jika Dia Mau orang yang berdosa akan qadar, maka Dia tidak menyukainya
dan tidak meredai dengannya, dan tidak menyuruh dengannya, bahkan Dia Marah dan
Merendah dan membencinya dan menegah daripadanya. Inilah pendapat salaf secara
qat`iyyah, maka berkata mereka itu, ``Apa yang dikehendaki Allah terjadi, dan
apa yang tidak dikehendaki tidak terjadi``
Adalah kalangan muhaqqiqin dari kalangan Ahl
al-Sunnah mereka berkata, ``Iradah di dalam kitab Allah ada dua jenis
Iradah Qadariyyah Kauniyyah Khalqiyyah dan
Iradah Diniyyah Amriyyah Shar`iyyah. Maka kehendak shar`iyyah mengandungi
mahabbah dan reda dan Al-Kauniyyah ialah kehendak yang mengandungi semua yang
baharu. Ini adalah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
``Maka siapa yang dikehendaki Allah Dia
memberi pertunjuk baginya diterangkan dadanya dengan Islam dan siapa yang
dikehendaki disesatkannya dia jadikan
dadanya sempit menyesak seolah-olah menaiki ke langit.`` (Al-An`am: 125).
Mtn. 8. Berkata Al-Tahawi: (Tidak
MenyampaikanNya oleh waham dan tidak mendapatinya oleh faham).
Srh: Ini bermakna sebagaimana firman Allah
bermaksud:`Dan meliputi dengan Nya sebarang Ilmu (Taha: 110).
Dimaksud oleh Al-Tahawi r.h.a. maksud matan ``Bahawa
tidak sampai kepadanya waham dan tidak meliputinya oleh ilmu makhluk
Hr. pecahan ini indah ungkapan membawa makna
mendalam
Mtn 9.
Berkata Al-Tahawi ( Dan tidak menyerupaiNya oleh makhluk).
Srh. Ini menolak pendapat qaul mushabbah yang
menyerupakan (mentashbih) Khalik dengan makhluk, Subhanahu wa Ta`ala. Berfirman
Allah `Azza wa Jalla bermaksud: ``Tidak menyerupainya oleh sesuatu dan Dia Amat
Mendengar lagi Amat Melihat`` [Al-Shura: 11].
Dan tidak bermaksud menafi sifat-sifat
sebagaimana kata ahli bid`ah. Daripada kalam Abi Hanifah rahmat Allah alayh di
dalam `Al-Fiqh al-Akbar`: Tidak menyerupaiNya sesuatu daripada makhlukNya.
Kemudian dia berkata selepas itu. Dan sifatNya keseluruhannya berlainan dari
sifat makhluk-makhluk. Dia Mengetahui bukan seperti ilmu kita. Dia Berkuasa
bukan seperti kekuasaan kita dan Dia Melihat bukan seperti penglihatan kita.
Mtn. 10. Adapun katanya (Al-Tahawi) (Hidup
tidak mati, Jaga tidak tidur)
Srh: Maka demikian firman Allah T`ala
bermaksud: ``Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia Yan g Hidup Mentadbir dan
tidak mengantuk dan tidak tidur (Al-Baqarah: 255)..
Penafian terhadap mengantuk dan tidur (tidak
lalai) dalil di atas kesempurnaan hidup dan tadbiranNya.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak
sayugia bagiNya tidur``.
Mtn. 11. Berkata Al-Tahawi (Dia Mencipta
dengan tidak memerlukan, Pemberi rezeki
dengan tidak perlu balasan)
Srh. Sesungguhnya Allah berfirman bermaksud:
``Tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku. Tidak aku
perlu dari mereka dari rezeki dan tidak diberi makan. Sesungguhnya Allah
Pemberi rezeki dan mempunyai kekutana yang teguh.`` (Al-Dhariyat: 56-58).
Dan firman Allah bermaksud``Wahai manusia kamu
semua faqir kepada Allah dan Dia Kaya lagi Terpuji (Fatir: 15).
Mtn. 12 Kemudian berkata Al-Tahawi: (Mematikan
tanpa takut, membangkitkan tanpa masyaqqah).
Srh. Yang demikian, kerana mati adalah sifat
yang ada, bersalahan bagi falsafah dan yang semuafakat bersama mereka. Firman
Allah Ta`ala bermaksud:
``Dia yang menjadikan maut dan hidup untuk
menguji kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalan.`` (Al-Mulk: 2).
Dan jika tiada tidak disifatkan dengan
keadaannya sebagai makhluk.
Mtn 13 Berkata Al-Tahawi; (Berterusanlah
sifat-sifatNya qadim sebelum penciptaanNya, tidak bertambah – dengan keadaan
semua – sesuatu, tidak sebelum dari sifatNya, sebagaimana dengan sifatNya
azali, sebagaimana berterusan dengan abadi)
Srh. Yakni bahawa Allah Subhanahu wa Ta`ala
berterusan bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, sifat-sifat Dhat, dan sifat-sifat perbuatan, dan tidak harus
bahawa dii`tiqadkan bahawa Allah Ta`ala disifat dengan sifat (umpamanya – Hr.)
selepas tidak bersifat dengannya. Kerana sifat-sifatNya –Subhanah, sifat-sifat
Kamal, - (kiranya - Hr) luput darinya adalah sifat kurang, maka tidak harus
bahawa terhasilnya sifat Kamal selepas bahawa Dia bersifat dengan lawannya
(tidak kamal – Hr.).. Dan sifat-sifat ikhtiariyyah dan sifat-sifat f`il
(membuat) semuanya azali juga seperti menjadikan, merupakan (taswir), menghidup
dan mematikan dan lain-lain.
Matan Al-Tahawi
bersih dari mengaitkan aliran-aliran akidah, namun pensharh mengaitkannya di
mana perlu. Pengukuhan pendekatan Sunni salafi bahawa penghujahan banyak
menggunakan ayat-ayat Al-Qur`an, di samping Hadith - tidak sebanyak ayat-ayat
Al-Qur`an.
Sekian.
No comments:
Post a Comment